July 31, 2002

Sakit Mata....

Hari ni Mek, Acik dan Alang cuti. Tak ke sekolah. Masing-masing sakit mata. Mek...merah dan bengkak kedua-dua belah matanya. Acik sakita mata sebelah kanan dan Alang kena sebelah kiri. Angah yang kena dulu. Hari ni dah hilang bengkak dan merahnya. Jadi boleh lah dia pergi sekolah.
Kak Long dan Pokneng je yang tak kena (atau belum kena). Yang pasti Kak Long kat asrama. Pokneng pulak 2-3 hari lepas tak de kat rumah. Baru aja balik dari KL - ada meeting. Kalau ikut hukum akal, lambat laun akan kena juga tu. Tapi doa pokneng minta jauhkanlah sebab...3 haribulan ni pokneng ada pertandingan menembak di kem Tembila....guna M16.

July 27, 2002

Bergayutan...berlompat-lompatan"

Salah satu cara merayau di alam siber ni adalah menerusi "link" yang terdapat dalam webpage. Kita seolah bergayutan dari satu pokok ke satu pokok, melompat dari satu dahan ke satu dahan. Silap lompat...kena dahan reput...bad link. Tak per boleh, kita boleh klik butang "back". Pulang ke tempat kita bergayut sebelum ini.

Acara lompat melompat, gayut bergayut inilah yang boleh membuatkan kita leka dan alpa, kerana kita akan bertemu dengan pelbagai maklumat - yang berguna maupun yang kurang berguna untuk kita. Jadi untuk mengelakkan kita membazirkan masa, terleka dengan maklumat yang menarik tetapi mungkin tidak diperlukan, sebaiknya kita merancang sebelum kita merayau di alam internet ini.

Search Engine umpamanya dapat membantu kita mencari maklumat yang kita perlukan. Gunakan ia sebaiknya.Mungkin maklumat yang kita cari akan dipaparkan dalam 100 website - adakah kita nak menziarahi semuanya - mungkin ada baiknya kita melihat sekadar 10 website yang teratas. Mana-mana yang baik dan dirasakan kita nak menziarahinya masa akan datang, masukkan ia dalam senarai "Favourite".

Seeloknya, selepas satu jam, cuba berhenti sejenak dan bermuhasabah - memeriksa diri kita - apa yang kita perolehi dari perlayaran kita selama itu? Adakah kita menemui apa yang kita cari? Atau kita sekadar berlompat-lompatan dan bergayutan dari satu link ke link yang lain tanpa arah dan tujuan.

July 18, 2002

CUTI...

Hari ni....Jumaat.... cuti
Esok..Sabtu...cuti
Lusa..Ahad ...jugak CUTI.

Hari ni ...Tak kemana...duduk rumah..menghadap PC...surfing. Petang nanti nak tengok kak long kat asrama. Dia tak balik kerana ada kelas tambahan peperiksaan PMR.

Esok...acik ada sukan tahunan tadika. Kena gi ..beri sokongan acik masuk acara bawa bola ping-pong dalam sudu. Mesti bawa videocam lah nampaknya untuk merakamkannya.

Ahad...pagi ..cadang nak menebas rumput..di padang golf...hehehe...petang lak..nak menebas rumput keliling rumah pulak...baru adil...takkan pulak rumput di padang orang ditebaskan...rumput rumah sendiri di biar meliar.




July 15, 2002

Hard talk with Thiagi
Di bawah adalah sedutan interview Maish (e-learning post editor) dengan Prof. Thiagi yang begitu menarik untuk diikuti terutama kepada sesiapa yang berkecimpung dalam bidang pendidikan - e-learning, multimedia etc.

elearningpost: Thiagi, describe your specialty area.
Thiagi: My specialty is to avoid all specialties and become a rigid eclectic.
I specialize in reconciling paradoxes. I take light things (such as play and laughter) seriously and serious things (such as e-learning dropout rates) lightly. I specialize in being a global nomad and a cultural marginal. This helps me think like an Asian and like a non-Asian with equal fluency. "

Untuk kisah seterusnya boleh diikuti di e-learning post

July 14, 2002

The Quick And Easy Way to Effective Speaking 2

Berbalik kepada pembacaan pokneng. Antara lain intipati yang pokneng dapat dari buku tu mengatakan bahawa antara cara untuk bercakap (atau menyampaikan sesuatu mesej) secara berkesan adalah memperkatakan sesuatu yang kita mempunyai hak untuk bercakap mengenainya - perkara yang kita perolehi melalui pengalaman, pembacaan, pemerhatian atau pengkajian.
Maknanya percakapan yang berkisar kepada pengalaman (peribadi) sememangnya akan lebih berkesan. Hal ini kerana kebanyakan kita amat berminat untuk mengetahui cara mana orang lain mengatasi kesulitan yang mereka alami itu.

Hal ini terbukti apabila kita melihat penulisan menerusi weblog misalnya...amat menarik kerana masing-masing penulis bercakap atau bercerita tentang kehidupan masing-masing yang tiada duanya.

July 09, 2002

Semalam, officially tamat lah attachment pokneng dengan projek di HQ.
Tak perlu lagi tiap minggu berulang-alik Ke KL.

July 03, 2002

The Quick And Easy Way to Effective Speaking

Pokneng nak mula baca buku ni secara serius. Mungkin juga hasil pembacaan itu nanti, sedikit sebanyak akan pokneng ulas di weblog ini. Bukan apa..kengkadang pokneng tertanya-tanya kenapa bila orang lain bercakap...orang boleh beri perhatian. Tapi bila pokneng cuba memberi pendapat atau pandangan atau ulasan...macam tak sampai je mesej pokneng tu.

Kalau tengok pada isi buku ni...hampir menepati apa yang pokneng cari.

The Quick And Easy Way to Effective Speaking
Introduction
Part 1 Fundamentals of Effective Speaking
Part 2 Speech, Speaker, and Audience
Part 3 The Purpose of Prepared and Impromptu Talks
Part 4 The Art of Cummunicating
Part 5 The Challenge of Effective Speaking

OK...hari ni Part 1 dulu - Part 1 Fundamentals of Effective Speaking.
Perbincangan berkisar kepada prinsip asas percakapan berkesan dan sikap yang membolehkan prinsip-prinsip tersebut dapat diamalkan. Kata pengarang tu lagi - Satu-satunya cara untuk mencapai matlamat dengan cepat adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap pencapaian matlamat kita dan juga prinsip asas yang kukuh yang menjadi pegangan kita.

Nanti pokneng ulas pulak bagaimana pengarang menunjukkan cara-cara untuk mendapatkan kemahiran asas untuk percakapan berkesan.

Pokneng: Teach Yourself by Teaching Others