August 31, 2002

Cuti
Hari ni pejabat PokNeng bercuti. Mek kerja. Jadi hari ni lepas hantar Angah dan Alang ke sekolah, terus hantar Mek. Acik pun ikut sama. Dia pun cuti macam ayahnya.
Lepas hantar Mek, pergi ke bandar. Balancing kereta. Lepas tu cuci kereta pulak.

August 30, 2002

Merdeka!!!
Merdeka...merdeka...merdeka...begitu tempikan yang kedengaran di sana-sini pada hari ini. Baik di padang, di tv..terutama dari kanak-kanak yang begitu gembira dengan kibaran Jaluran Gemilang...menceriakan suasana.

Merdeka..bebas dari perhambaan. Perhambaan sesama manusia. Namun kita tidak boleh merdeka dari menjadi Hamba Allah. Biar kuat mana usaha dan tempikan yang kita keluarkan. Kita tetap HambaNya. Jadi isikan kemerdekaan Negara kita ini dengan menjadi hamba Allah yang sebenarnya dengan mematuhi segala aturanNya.

August 28, 2002

Selamat Hari Jadi (dari Isterimu...)

Semalam Birthday pokneng. PokNeng terima kad dari Mek. Antara lain kata-kata yang terpahat di kad tersebut...

Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk...Suamiku

Saat kita berdua
sentiasa membuat kita ceria
dalam usaha menghiasi langkah bersama
kita pelihara janji bersama
seiring jalan menuju redha Ilahhi
ku ulangi ungkapan rasa hati
bersama salam dan ucapan dan doa restu dari ku
serta ucapan Selamat Hari Jadi
khas untuk suamiku tersayang
sebagai tanda ikatan kita bersama
dalam mencari lambang kasih sejati

(bersyukur pada Ilahi mempunyai suami seperti mu)

Terima kasih Mek. Tiada kata yang dapat mengambarkan betapa terharu bila menerima ucapan tersebut. Ya..perjalanan kita masih jauh. Tetapkan matlamat, bulatkan tekad, usaha terus usaha. tawakkal. InsyaAllah Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga.

Untuk umur ke 40 ini, pokneng hadiahkan diri dengan digital camera Casio QV-R3.



August 24, 2002

"Ayah, acik tau ayat tu..."
Lantas dia terus membaca potongan ayat al-quran yang baru di baca oleh penceramah yang sedang berceramah di masjid berhampiran. Dekat lima ayat.
"Camner acik tau ayat tu?"
"Acik belajar kat sekolah"
"Surah apa tu?"
"Surah Yaasin"
"Alhamdulilah... pandai anak ayah. Acik nak jadi ustaz kan"
Acik mengangguk.

August 22, 2002

Menjelang usia 40 an
Lima hari lagi umur pokneng genap 40 tahun. Huh..40 tahun...satu takat usia yang menjadi pemisah kematangan.
Sesungguhnya sungguh cepat masa berlalu.
Bagaikan tak terasa.
Seolah baru semalam masuk darjah satu
Bagaikan semalam masuk sekolah menengah
Bagaikan semalam masuk universiti
Bagaikan semalam menanam anggur
Bagaikan semalam bercinta dan mendirikan rumahtangga
bagaikan semalam menimang cahaya mata pertama, kedua, ketiga dan keempat
Bagaikan semalam merasa tinggal di negara bersalji
Meneruskan pelajaran
bagaikan semalam juga segala yang berlaku mewarnai kehidpan
di dunia fana ini.
Sekejap sungguh.

Uban mula bertabur, kulit mula kendur, gigi nak mula gugur, mata mula kabur...tanda-tanda dekat dengan alam kubur.

August 05, 2002

Lebam Bahu...

Alhamdulillah, setakat ni pokneng terselamat dari jangkitan sakit mata yang menyerang seluruh keluarga pokneng.
Cuma sekarang ni bahu lebam dek hentaman M-16 waktu pokneng menembak hujung minggu lepas.

Sebenarnya itu pengalaman pertama pokneng menggunakan senjata betul. Sebelum ni, guna senapang kayu je. Main askar-askar ngan kawan-kawan. Ikat getah kat hujung senapang dan letak pemetik di pangkal. Dan guna buah terung pipit sebagai peluru. Sedap juga kalau kena tembak tu. Tambah pulak masa tu tak reti lagi pakai baju. Pakai seluar katok aja. Seliper..pun pak pandai pakai lagi.

Hari tu, selepas diberi penerangan ringkas bagaimana menggunakan senjata tersebut oleh pegawai tentera bertugas, kami terus di beri senjata. Masukkan magazin peluru, tukar picu ke kunci selamat dan pegang senjata bila di beri arahan. Bila dah pegang senjata, baru tukar picu ke kunci sedia. Bidik. Then tarik lak picu. POOOOM!

Masing-masing kami diberi satu magazin berisi 20 butir peluru. Lepas melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah sasaran yang diletakkan 200 meter. markah pun di kira...Heh....pokneng dapat 2 point je...Agaknya peluru pokneng sesat ke sasaran member sebelah.