March 31, 2003

Brain Plasticity

Membaca artikel berkaitan dengan keupayaan otak memang amat menakjubkan. Kebanyakan kita beranggapan tahap pemikiran kita tidak berkembang apabila kita dewasa. Namun keupayaan "keplastikan otak" membantu kita mengubahsuai keupayaan dan kemahiran seseorang terutamanya apabila kita mempelajari sesuatu yang baru.

"Brain plasticity means the ability of the nervous system to adapt to changed circumstances, to find new ways of learning, sometimes after an injury or a stroke, but more commonly when you want to acquire a skill for, say, a hobby or even a new job"

Belajar dan terus belajar.

March 25, 2003

How to watch Iraqi TV on the Web.



Setelah beberapa lama melayari internet terjumpa satu site yang menunjukkan teknik untuk menyaksikan TV Iraq menerusi web.
Jom cuba try test....

March 22, 2003

Bateri weak...

Ning nong...ning nong...ning nong.........alarm kereta rakan sekerja tak berhenti-henti berbunyi.
Puas ditekan button alarm pada kunci kereta .. pun tak berhenti bunyinya.
Datang sorang rakan lain , terus menguis-guis satu suis sebelah kiri stering sambil memulas kunci menghidupkan enjin.
Bunyi alarm terus berhenti. Tapi enjin kereta tak dapat dihidupkan.
Check bateri...air bateri..kering. Padanlah.
Tak ada siapa yang ada jumper start.
Lantas kami mengambil keputusan menolak kereta tersebut.

1...2...3....tolak...
brummm..brummm...dah hidup enjin kereta.
Tuan punya kereta mengucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan kami tadi.




March 19, 2003

Deruan Ombak Menghempas Pantai...



Semalam
Ku dengar deburan ombak nun jauh di tepian sana
bertalu-talu menyentuhi gegendang telinga ku
mengamit daku untuk bermesra padanya

Hari ini
Ku jejaki tepian pantai itu
ku susuri puing-puing buih yang berserakan
di pukul ombak yang tak pernah jemu menghempaskan dirinya ke tepian

Esok
Apakah ada lagi tepian itu
Apakah ada lagi ceburan ombak itu
Apa kah ada lagi puing buih itu

Tatkala manusia sibuk dengan cerita perang mereka.....

PokNeng
Batu Rakit



March 18, 2003

Kerjalah kamu sebelum kamu dikerjakan
Hari ini seharian menyambung kerja-kerja yang tertangguh sejak 2-3 hari tidak menjenguk ke pejabat

March 17, 2003

Everyone Can Fly...



Setelah berada hampir dua minggu di Kuala Terengganu, semalam PokNeng mengiringi PakTua pulang ke kampung halaman. Memandangkankesihatan Pak Tua yang agak tidak mengizinkan perjalanan selama hampir lapan jam dengan menaiki bas, PokNeng telah menempah 2 keping tiket menerusi AirAsia untuk ke KLIA. Tempahan dibuat terus dari rumah mengggunakan kemudahan internet.

"Kau dah beli tiket ke belum? tanya Pak Tua.
"Dengan adanya Internet, tempahan boleh dibuat tanpa meninggalkan rumah" jawab PokNeng kepada beliau.

Keesokan harinya, bila terbangun dari tidur, PokNeng perasan ada pesanan "SMS" di telefon.

"URGENT:AIRASIA FLIGHT AK6XX KT-KLIA A 16AMAR03 RETIMED TO 1X.XX AM.
PLS CALL 03-76512222.THANK YOU.

Penerbangan pagi itu ditangguhkan ke masa yang baru. Mujur juga. Kalau tak, puas juga tertunggu-tunggu di Lapangan terbang - walaupun jaraknya tak begitu jauh dari rumah.
Ini merupakan pengalaman pertama PokNeng menggunakan penerbangan AirAsia. Masa Check-in, hanya perlu tunjukkan kod tempahan dan juga kad pengenalan.. Free sitting.Tiada nombor kerusi diberikan. Disebabkan menemani PakTua, PokNeng dinasihatkan supaya duduk di bahagian hadapanBoarding lebih awal bersama-sama penumpang kanak-kanak dan golongan kurang upaya. Memasuki pintuk pesawat, terus ke kerusi paling hadapan. Kalau pesawat MAS..tu barisan Kelas Pertama. Cuma bila duduk depan ni, ada satu aja yang kurang enak. Maklumlah pakaian pramugari yang serba merah tu agak kurang kainnya. Masa berlepas dan mendarat, depa dok duduk berdepan dengan penumpang barisan pertama. Terpaksalah menyibukkan diri membaca majalah yang disediakan.

March 15, 2003

Dari Kuala Terengganu pergi ke Dungun
Singgah sebentar di Kuala Abang
Wahai bangsa ku ayuh bangun
Jangan lemah longlai kepalang


March 11, 2003

ESCOMM2003
Cakna ICT:Menangani Cabaran Globalisasi begitulah tajuk Expo/Seminar yang akan berlangsung di KT ini pada 2-5 April nanti. InsyaAllah Pok Neng akan terlibat dalam membentangkan satu kertas seminar. Kami akan berkongsi pengalaman yang ada dalam membangunkan bahan pengajaran berasaskan ICT. Sudah hampir setahun tempat di mana Pok Neng bertugas berusaha untuk menggunakan ICT sebagai salah satu dari kaedah pengajaran strategik. Mungkin pengalaman tersebut dapat di ambil faedah oleh tenaga pengajar dari institusi pengajian lain.Jadi jangan lupa datanglah beramai-ramai menyaksikan pameran dan seminar yang akan diadakan awal bulan depan. Tempatnya di Terengganu Trade Center untuk pameran dan Dewan teater, Perpustakaan Awam Negeri untuk seminar (bangunan yang berhadapan dengan TTC tu)

March 10, 2003

Tukang...

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini PokNeng begitu berminat untuk menjadi tukang rumah. Mungkin darah tukang rumah yang mengalir dalam darah PokNeng ni. Dengar khabarnya datuk sebelah emak dulu memang tukang rumah. Dan ramai juga sepupu-sepupu sebelah emak PokNeng yang menjadi jurutera dalam pelbagai bidang. Dari jurutera batuan, minyak dan gas, jurutera elektrik maupun jurutera hidro....
Masa pembinaan rumah PokNeng di Kajang dulu, hampir setiap fasa PokNeng ikuti. Dari meratakan tapak, membuat beam konkrit sampai mengecat. Tapi tengok aja tukang yang buat. Tu buat rumah dari batu-bata. Bila dok kat Terengganu ni, tertarik pulak dengan pembinaan rumah kayu. Seni ukiran dan kehalusan tangannya amat menarik.

March 08, 2003

Setelah hampir sebulan tinggal di asrama, semalam Pokneng,Mek dan acik menziarahi Kak Long di KB. Angah dan Alang tak dapat ikut sama kerana masing masing ada tuisyen. Perjalanan memakan masa kira-kira 2 jam 15 minit. Ikut jalan pantai. Dari KT melalui Penarek, Besut, Tok Bali dan Bachok. Walaupun agak jauh, tapi Pokneng seronok melihat suasana di kiri dan kanan jalan. Terutamanya melihat rumah-rumah bungalow yang baru di bina. Cantik-cantik dengan warna cat yang pelbagai. Yang paling ketara dan banyak kelihatan adalah yang dicat kuning, beratap merah.Walaupun ada rumah-rumah yang agak daif, namun banyak kawasan perumahan baru yang dibina.

KakLong nampak gembira dengan kedatangan kami. Mengadu jadual belajar begitu ketat dan laju.Banyak kerja rumah. Tapi masih boleh "cope". Makan pulak...sedap. Alhamdulillah.



Kami kemudian mengambil kesempatan untuk ke Pantai Cahaya Bulan. Kali pertama ke sana. Pantai tidak begitu sibuk. Sempat juga Mek membeli beberapa helai T-Shirt untuk anak-anak..RM10 sehelai. PokNeng pula mengambil kesempatan membeli kain pelikat..RM10..(ehhmm...murah)..kalau jenis yang sama di KT...RM15-18..kat KL..RM22-25.

Jam 530 petang kami pulang ke KT.

Hujung bulan nanti, InsyaAllah KakLong balik sendiri menaiki bas bersama rakan-rakan.