December 30, 2003

Berakhir 2003, Muncul 2004

Esok, tahun 2004 bakal menjelma. Perjalanan hidup sepanjang 2003 amat memberangsangkan. Alhamdulillah. PokNeng dan keluarga bersyukur ke hadrat Allah kerana memberikan begitu banyak limpahan nikmatNya keatas kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah, kami berjaya mendirikan rumah baru untuk Pak Tua di Klang. Kak Long (PMR'02-9A)dan Alang (UPSR'03-5A) mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing. Angah pula (PMR'03-4A 4B)...alhamdulillah juga berjaya dalam peperiksaan walaupun tidak dengan keputusan cemerlang. Acik pula akan mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan apabila masuk ke Tahun 1 nanti.

Azam untuk tahun depan, menumpukan perhatian kepada kajian PhD, disamping menguatkan usaha mempertingkatkan kemahiran untuk menghadapi masa mendatang. Moga dapat meningkatkan tabungan di Tabung Haji untuk menyahut seruan Haji dalam masa terdekat. InsyaAllah.

December 20, 2003

Taman Air Terjun Buatan Sendiri

Mendengar deruan air yang jatuh begitu menenangkan perasaan. Apatah lagi kalau bunyi tersebut dapat di dengar di muka pintu rumah sendiri. Setelah melihat beberapa model kolam buatan akhirnya hari ini kami sekeluarga berkerjasama untuk menghasilkan sebuah taman mini berair terjun di sudut ruang depan rumah kami. Menggunakan dua buah pasu leper, tiga pasu bunga serta satu pasu berbentuk jag disusun sebegitu rupa untuk menghasilkan susunan bertingkat. Menggunakan pam bermotor, air disedut ke bahagian atas dan melalui pasu berbentuk jag tadi yang diletakkan di bahagian atas bagi menghasilkan air terjun buatan. Nah inilah Taman Mini Air Terjun kami sekeluarga. Modal untuk membeli pasu dan pam sekitar RM130.

December 05, 2003

Closing on 8 Dec

Hari ini bergegas ke sekolah Alang untuk mendapatkan tandatangan Guru Besar. Borang OMRSM perlu dihantar segera kerana tarikh tutupnya 8 Dec. Mulanya tak mahu apply..tapi last minute bertukar fikiran..apply jugalah. Manalah tahu rezeki....tak dapat ke asrama penuh...dapat ke MRSM.