December 27, 2004

Temuduga (Kak Long)

28 Dec.
Pagi ini Kak Long ada temuduga di Jalan Raja Laut.. PokNeng ambil cuti sehari untuk menghantar KakLong. Tiket Air*** telah ditempah seminggu lebih awal. Ambil flight awal pagi dan balik sebelah malamnya.

Setiba di Airport KT, ruang legar dipenuhi manusia - saudara-saudara bakal jemaah haji yang menghantar mereka. Setelah check-in, kami masuk ke Balai Menunggu. Jam 8.30 pagi, satu pengumuman menyatakan flight kami delay hingga jam 9.30 pagi. Terpaksa tunggu satu jam lagi. Bimbang lambat sampai ke tempat temuduga, PN ambil keputusan untuk menukar ke penerbangan MAS yang akan bertolak 45 minit lebih awal. Alhamdulillah, masih ada seat kosong.

Tiba di KLIA tepat jam 10 pagi.

Naik ERL ( Pengalaman pertama buat KakLong). Kami tiba di Jalan Raja Laut jam 10.45 pagi.

Selepas KakLong memasuki bilik temuduga (bertemu dengan beberapa orang calon lain), PN bergegas ke Medan Mara. Pusing-pusing dan kemudian mengambil teksi untuk ke Low Yat. Di Low Yat..beli external diskdrive...40GB for RM300.

Jam 2 ptg, Kak Long sms mengatakan dia dah selesai temuduga. Selepas itu kami ke KLCC. Menghantar borang peraduan ke Tgkt 25 Tower 2, PETT.

Jam 3 ptg - makan di food court KLCC.

November 21, 2004

MPV Baru

Setelah menunggu kira-kira 3 minggu, kereta yang ditempah sudah sedia untuk diambil. Setelah membersihkan kereta lama yang akan di " trade-in", PokNeng memandu ke car dealer. Wah..disana telah menunggu kereta baru dengan nombor plate ditempah khas dengan bayaran RM300 ... 8**8. Seorang juruteknik memberikan taklimat bagaimana menggunakan MPV tersebut terutama jika mahu menukar tayar jika ianya pancit kerana saiznya yang agak besar, tentu sukar.

Setelah menandatangani dokumen-dokumen, dengan Bismillah...MPV baru dipandu keluar dengan berhati-hati menuju ke stesen minyak.

September 28, 2004

After more than three year I am using my current car, and after long discussion with Mek, I have decided to trade-in our current car with brand new MPV car. After calculated the loan balance and the price the salesman willing to buy for my current car then I need to top-up around 3K. InsyaAllah, the new car will be out middle next month (October 04).

Our new MPV....

August 27, 2004

Meningkat Usia

Tiga hari sebelum Hari Kemerdekaan ke 47, PokNeng menyambut ulangtahun kelahiran. Menerima ucapan moga panjang umur, murah rezeki dari Mek dan anak-anak. Ya..semoga Allah memelihara kesejahteraan dan kebahagiaan kami sekeluarga. Aminn.

July 22, 2004

“It is not the strongest of the species that survive, not the most intelligent, but the ones most responsive to change”. -Charles Darwin
 
Any comments?
 
 

June 13, 2004

Ulangtahun Perkahwinan Ke 18

Hari ini Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 18. Alhamdulillah dan bersyukur ke Hadrat Allah kerana dengan limpah RahmatNya juga kami berdua dapat menempuhi kehidupan suami-isteri dan berkeluarga dengan tabah. Bak kata pepatah lautan mana yang tak bergelombang. Dah menjadi asam-garam kehidupan.. sesekali ada juga berlaku salah-faham..alhamdulillah semuanya dapat dihadapi dengan tabah dan tenang.

June 12, 2004

Kak Long Balik ke Asrama

Hari ini, PokNeng dan Mek menghantar Kak Long ke Stesen Bas KT untuk balik ke asrama dan juga meneruskan persekolahan. Cadangan awal nak menghantarnya terus ke KB, tetapi terpaksa dibatalkan kerana PokNeng tak dapat bercuti. Alhamdulillah tiket bas masih boleh didapati.

June 08, 2004

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kelepak...kelepak..kelepak..kelepak..
Kelebong..kelebong..kelebong..kelebong...
Gitu agaknya bunyi kompang yang mengiring sepasang pengantin baru.. Rudy dan Insyirah.

Selamat Pengantin Baru buat Rudy dan Insyirah. Haaa..tengok tu tersenyum ceria keduanya di atas pelamin. TAHNIAH. SEMOGA KEKAL JODOH ANDA BERDUA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.

Dulu sorang...sekarang berdua...(bak kata Seniman S.M Salim dalam lagunya..

PokNeng: Rudy..pokneng nak minta maaf kerana tak dapat hadir kerana balik kampung masa tu...


(Gambar Ihsan dari Shahadan)

June 06, 2004

Balik Ke K.Terengganu

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai ke KT jam 2.15 petang.
Selepas Solat Zohor, tidur hingga ke Asar.
Jam 6 petang, ke KT membawa Kak Long membuat cermin mata baru. Cermin mata lama dah kabur katanya. Esok siap.

June 03, 2004

Balik Kampung
6.15 pagi Jumaat, 4 Jun 2004, kami sekeluarga memulakan perjalanan balik kampung. Memulakan perjalanan dengan membaca doa perjalanan beramai-ramai minta Allah selamatkan perjalanan kami, pergi dan balik.

Jam 9.15 pagi sampai ke Bt. 9, Jalan Gambang-Kuantan. Berhenti sebentar untuk bersarapan.
Roti canai dan sirap limau suam sebagai juadah bersarapan. Biasanya kalau di rumah, kami bersarapan dengan air milo, namun kalau dalam perjalanan, cuba elakkan dari meminum air yang bercampur susu kerana ada anak-anak yang sensitif dan mudah muntah kalau minum air milo. Jadi kami sekeluarga minum air sirap suam sahaja. Alhamdulillah, tak ada yang muntah dalam perjalanan.

Jam 10.00 pagi menyambung perjalanan setelah berehat hampir 45 minit.
Jam 12.00 t/hari tiba di Temerloh. Berhenti di kawasan rehat/restoran selepas Jambatan Temerloh. Mengosongkan tangki yang penuh.

Jam 2.00 petang, sampai ke Kuala Lumpur.
Jam 3.00 petang, sampai ke Klang.

May 05, 2004

Shock Absorber

Kiok..kiok...bunyi waja bila melalui jalan yang tak rata.
Rupanya absorbernya dak kiok.
"Mau minyak atau gas punya absorber?"
"Kalau minya..mulah...gas punya ada mahai sikit..tapi tahan lama ooo"
"Itu macam kalu...saya beli gas punya"
Terbang RM240 + upah pasang RM90....tak per shiok punya pasai...

May 04, 2004

Hari Anugerah Kecemerlangan

Hari ini ke KB untuk memberi sokongan moral pada Kak Long yang menerima Anugerah;

1. Anugerah Pengetua (Sem 2, 2003)
2. Anugerah Kecemerlangan Ujian Selaras 1, Tg.5, 2004
3. Anugerah Pelajar Berketrampilan

Tahniah buat Kak Long. Teruskan prestasi cemerlang anda. Mak dan ayah terus mendoakan kejayaan anda.

May 02, 2004

Ke Pulau Kapas

Pak Tua dan Kakak sekeluarga datang bercuti. Kesempatan yang ada membawa kami sekeluarga ke Pulau Kapas.

Perjalanan menaiki bot laju dari jeti Marang memakan masa 15 minit.
Menjejakkan kaki kali pertama ke pulau tersebut merupakan pengalaman yang amat sukar dilupakan. Pepasir putih dan halus (gebu) menutupi pesisir pantai. Air hijau kebiruan...seoalah-olah menyambut kehadiran kami ke pulau tersebut. Anak-anak ikan berenang-berenang bebas.

March 27, 2004

Multiple Streams of Income
Multiple Streams of Income - How to Generate a Lifetime of Unlimited Wealth (Robert G.Allen) - Begitu nama buku yang baru selesai PokNeng baca dalam masa tiga hari yang lepas. Banyak tips yang diberikan untuk dijadikan panduan dalam menambahkan sumber pendapatan kita. Penulis menerangkan tentang kuasa "compound interest" dimana ia mampu menambahkan beberapa ringgit kepada nilai wang yang begitu besar dalam jangkamasa tertentu. Namun begitu sebagai Muslim, kita mesti melihat ini dari perspektif yang lebih luas dan sesuai dengan hukum.

Apa pun yang penting pada PokNeng adalah amalan menyimpan perlu disemai dalam kehidupan kita.

Penulis mengajar secara ringkas ilmu menjadi jutawan iaitu kemahiran mengendalikan wang;
1. Value it
2. Control It
3. Save it
4. Invest it
5. Make it
6. Shield it
7. Share it



March 22, 2004

Hari Mengundi

Hari yang ditunggu telah tiba..dengan semangat berkobar-kobar pergi ke pusat mengundi - Sekolah Rendah kampung pokneng bersama dengan 3 pengundi lain - Mek, Kakak dan Pak Tua. Masuk aja ke perkarangan sekolah... tengoh barisan menyemak sudah begoitu panjang....nak masuk barisan mana ni....tak der pandu arah langsung...rupanya ada dua kaunter aja untuk menyemak...satu untuk yang tahun lahirnya 1960 ke atas..dan satu kaunter lagi untuk warga emas (agaknya yang lahir tahun 1950 an ke bawah)...dulu PR 1999..kaunter semak begitu banyak..jadi tak perlu beratur panjang...kali ni..punya lah panjang kena beratur...dekat sejam menunggu, barulah dapt nombor giliran dan saluran mengundi.

Kesian sorang pakcik tu...datang berkerusi roda...dapat saluran mengundi ke bilik darjah di tingkat satu...camner..patutnya semua bilik mengundi kat aras bawah.

Semakan masih secara manual...zaman ICT ni, masih pakai buku...

So kesimpulannya, pihak pengendali pilihanraya perlu memperbaiki perkhidmatan mereka..kalau patut buat simulasi...buat...so pengundi rasa selesa dan dapat mengundi dengan hati yang tenang dan tenteram..tanpa rasa tertekan.
Duit P......raya....

Hari ini semua peneroka FELDA berkumpul di perkarangan sekolah menengah mendengar "ceramah" dari pegawai MP..B...berkaitan dengan bantuan kewangan untuk projek tanamsemula kelapasawit yang dahulunya tak diluluskan. Hari ini sempena...bantuan tersebut telah diluluskan dan para peneroka tanah rancangan mendapat habuan kira-kira RM2,000 seorang..kayo den....entahlah...

Para peneroka beramai-ramai memenuhi perkarangan sekolah..masing-masing ingat boleh terus dapat chek...rupanya itu hanya majlis penyampaian kotak berisi cek kepada wakil2 peneroka. Cek akan diserahkan dipejabat rancangan masing2 lepas solat jumaat.

Jam 12.00 tengahari majlis selesai. Kami terus bergegas ke Pejabat Tanah untuk urusan pindahmilik tanah. Isi borang 20. Bayar cukai tanah yang tertunggak...Tandatangan Surat Akuan Sumpah oleh ADO...dan seterusnya penyerahan borang di kaunter...kena bayar RM100 (RM60 untuk bayaran carian...RM40 untuk bayaran pemprosesan)...alhamdulillah..semuanya selesai sebelum 12.30 tengahari . Masih sempat untuk Solat Jumaat di masjid jamek.



4.00 Petang, bertolak ke Klang untuk mengundi.

March 19, 2004

Melawat Sepupu di HKL

Dikhabarkan bahawa sepupu PokNeng dimasukkan ke wad Urologi kerana menghidap Batu Karang....jadi gunakan kesempatan balik kampung untuk menziarahi beliau.

March 17, 2004

Balik Kampung

Ambil cuti hari ini untuk balik kampung...urusan pemindahan hakmilih tanah dan juga MENGUNDI. Urusan pemindahan hakmilik tanah dah dirancang agak lama, tetapi dek beberapa sebab yang tak dapat dielakkan..pokneng dan ayah tak dapat balik ke kampung pada masa yang sama. Jadi masa mengundi digunakan untuk kami bertemu dikampung.
Sampai ke rumah hampir jam 1 petang.
Urusan akan dibuat esok pagi.

March 14, 2004

Pejabat Baru...
Hari ni dijangkakan pindah ke pejabat baru...sampai kat pintu pengawal..dapat surat mengatakan pejabat belum siap...untuk hari ini kena berkampung kat IT Lab.

March 03, 2004

Hari Keluarga 2004

Buat pertama kali Hari Keluarga diadakan diluar - Pantai Cahaya Bulan, KB.

Di mulakan dengan Pertandingan Mencari Harta Karun.

Mula dari perkarangan pejabata jam 8.00 pagi. Ada tiga Stop Point. Penarek, Jertih dan Kota Bharu. Sampai ke KB tepat jam 1.00 petang.

February 15, 2004

Sekolah Rendah Islam...

Akhirnya PokNeng dan Mek mengambil keputusan untuk menyekolahkan Acik ke SR Islam. Beberapa perubahan logistik perlu dibuat kerana waktu persekolahan agak lewat - 8.30 pagi. Jadi Acik terpaksa kami tinggalkan di tadika tempat beliau belajar dahulu sebelum menaiki van ke sekolah. Alasan...biar ada antara anak kami yang bergelar "ulama atau ustaz". Faham agama, fasih berbahasa Arab....

February 06, 2004

Menebas

Seawal jam 7 pagi, PokNeng mencari sabit untuk diasah. Ada tugasan besar yang mahu dilakukan .....menebas rumput sekeliling rumah. Kira-kira dua bulan lepas (seminggu sebelum hari raya aidil-fitri) PokNeng menggunakan khidmat pemotong rumput dengan upah sebanyak Rm50....Memandangkan rumput yang telah tumbuh tidaklah begitu tebal, rasanya lebih jimat (RM50) dengan hanya menebasnya perlahan-perlahan. Selepas ditebas, giliran Mek pulak mengumpulkan rumput-rumput yang telah ditebas untuk diletakkan di tempat pembakaran sampah. Angah dan Acik membantu membersihkan longkang keliling rumah.
Kira-kira jam 11 pagi, rumput-rumput di keliling rumah telah habis ditebas, tiada lagi rumput-rumput memanjang....bagus juga kerja gotong royong ni rupanya...dapat mengeluarkan peluh, jimat belanja dan juga meningkatkan semangat kekeluargaan diantara kami.


February 01, 2004

Berkorban

Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan ALlah, tahun ini PokNeng dan Mek dapat menunaikan ibadah berkorban..kami mengambil sorang satu bahagian korban lembu yang dikelolakan oleh masjid tempat PokNeng bertugas. Disamping itu, satu lagi bahagian PokNeng ambil untuk pahala korban tersebut disedekahkan kepada Arwah ibunda PokNeng. Moga ibadah kami tersebut diterima Allah hendaknya.

January 31, 2004

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul-Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul-Adha. Kami beraya di Klang kali ini. Tahun sebelumnya kami tak balik. Beraya di Terengganu aja. Alhamdulillah. Pak Tua nampaknya sihat dan gembira dengan kepulangan kami.

January 29, 2004

Balik Kampung

Atas permintaan ramai dan juga atas sebab-sebab kesihatan PakTua yang tidak begitu baik, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk balik kampung.

January 28, 2004

Sekolah Teknik

Alhamdulillah, Angah mendapat tawaran untuk menyambung persekolahan di jurusan kejuruteraan elektrik di SM Teknik berhampiran dengan tempat tinggal kami. Jadi tak perlu tinggal di asrama. Baguslah kalau gitu. Kalau tak, alamatnya makin sunyi keadaan rumah kami kerana akan hanya tinggal Acik seorang. Kak Long dan Alang masing-masing telah masuk ke asrama.

January 27, 2004

BIONUTRIC



Hari ini PokNeng join Perniagaan Network Marketing e-dagang yang diasaskan di Malaysia oleh syarikat berstatus MSC - I-Linkages Sdn Bhd. Terdapat 3 jenis produk yang dipasarkan oleh syarikat ini - BioSpray, BioSpray Plus dan Bio Cream. Pendaftran di buat secara online, pembayaran dibuat menerusi Maybank2u dan barang di hantar ke muka pintu rumah oleh NationWide Express.

Kalau sesiapa yang berminat dengan produk (BioSpray) yang dapat melambatkan proses penuaan dan juga meningkatkan tenaga, jangan segan-jangan malu hubungi Pokneng.

Selain dari dapat khasiat kesihatan, kita juga boleh mengambil peluang menambahkan pendapatan sampingan. Potensinya cukup besar. Yang penting membina rangkaian yang terdiri dari insan yang ingin mengambil peluang keemasan ini.

Maklumat lanjut boleh didapat dari website percuma yang diberi oleh I-Linkages (http://www.bionutric.com/abneen) dan email juga boleh dihantar ke email percuma di abneen@bionutric.com

January 24, 2004

Timing Chain Changed....

Semalam sebanyak RM398.00 betukar tangan ke syarikat servis kereta. Sudah sampai masa dan ketikanya timing chain kereta untuk ditukar. Menurut manual, timing chain perlu di tukar apabila perbatuan telah mencecah 80,000 KM. Maksimum perbatuan 100,000 KM. Tukar jangan tak tukar. Pernah suatu ketika dahulu injin kereta tiba-tiba berhenti, mujur sempat memberek dan menghala ke tepi jalan. Ini adalah gara-gara timing belt putus tiba-tiba. Masa tu baru guna kereta...kereta pun kereta terpakai...Dah terkena sekali..takkan nak kena lagi.
Beringat sebelum kena. Berjimat sebelum habis. Campur dengan major servis, hampir RM800 semuanya. Kayo lah pokcik servis kereta tu...mana tak satu kereta servis dapat RM800, 10 kereta dah 8K, 100 kereta 80K. Tolak kos spare-part tolak gaji pekerja...


January 21, 2004

Tahun Baru Cina

Cuti...bersantai di rumah sahaja. Kak Long tak balik bercuti.



Sambil bersantai melunsur internet dan mendownload e-book " The Science of Getting Rich". Sebenarnya baru separuh aja baca buku tu, belum khatam lagi...sekadar ingin tahu. Walaupun begitu, kepada sesiapa yang berminat untuk membacanya harus berhati-hati dalam membuat penilaian selari dengan pegangan kita sebagai seorang Muslim. Nak kaya...kaya juga tapi harus berpandukan ajaran Islam. Itulah seharusnya jadi pegangan. PokNeng melihat buku ini sebagai mengisi beberapa luang-luang yang belum di temui. Rumusan dari buku tersebut tersimpul di bawah ini;

Hold the vision of yourself in the job you want while you ACT with faith and purpose on the job you have, and you will certainly get the job you want.

Your vision and faith will set the creative force in motion to bring it toward you, and your action will cause the forces in your own environment to move you toward the place you want.


There is a thinking stuff from which all things are made, and which, in its original state, permeates, penetrates, and fills the interspaces of the universe.

A thought in this substance produces the thing that is imaged by the thought.

A person can form things in his thought, and, by impressing his thought upon formless substance, can cause the thing he thinks about to be created.

In order to do this, a person must pass from the competitive to the creative mind; he must form a clear mental picture of the things he wants, and hold this picture in his thoughts with the fixed PURPOSE to get what he wants, and the unwavering FAITH that he does get what he wants, closing his mind to all that may tend to shake his purpose, dim his vision, or quench his faith.
So that he may receive what he wants when it comes, a person must act NOW upon the people and things in his present environment.


ALlah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu , melainkan kaum itu merubah apa yang ada pada mereka


Disamping itu mengemaskan koleksi album gambar lama. Mungkin juga perlu ditukar album baru kerana album yang lama dah begitu uzur dan pudar.
Gambar-gambar terkini, semua dalam bentuk digital. Nak tengok perlu ke komputer... Agaknya kena print juga gambar-gambar digital tuh....

January 16, 2004

Cyberjaya

Seharian berkampung di kampus universiti. Appointment dengan DAR jam 3 petang - selepas solat Jumaat. Sebelah pagi menghabiskan masa di bilik mesyuarat fakulti yang tidak digunakan bagi membuat kerja-kerja penyelidikan.

Jam 3.00 petang - perbincangan berkisar projek penyelidikan. pembacaan dan langkah selanjutnya. DAR mencadangkan agar dapat menulis sekurang-kurangnya 2 kertas penyelidikan untuk persidangan antarabangsa. Penyelidikan ada berkisar e-learning dan juga simulation-games

January 14, 2004

KT-KL

Mengambil keputusan untuk bercuti hari ini bagi perjalanan ke KL. Esok ada appointment dengan DAR - PhD Supervisor di pejabatnya.
Bertolak tepat jam 7.30 pagi selepas menghantar Acik ke sekolah.

10.30 pagi sampai Kuantan
11.30 pagi sampai Temerloh
2.30 petang sampai KL

January 09, 2004

Basuh Sendiri...




"Basuh biar putih..bersih"

Hari ni hari cuti sekolah minggu pertama. Menjadi kebiasaan pada hari ini, anak-anak akan membasuh kasut sekolah masing-masing. Acik juga tak ketinggalan. Disebabkan belum begitu mahir membasuh kasut sendiri, si Angah diminta menunjuk-ajar cara membasuh kasut.

Teringat PokNeng ketika bersekolah rendah dahulu, kasut sekolah PokNeng adalah kasut putih plastik yang tepi dan tapaknya dicat hijau. Kasut tersebut akan kelihatan seperti kasut sekolah jenis kanvas juga. Lebih mudah menjaganya dan tak perlu dijemur untuk mengeringkannya. Mungkin kerana ketika itu, kawasan perkampungan kami tidak ada jalan bertar, jadi perjalanan ke sekolah adalah perjalanan melalui jalan tanah merah. Keadaan menjadi lebih teruk jika hari hujan. Jalan tentunya berlopak serta berselut. Jadi dengan memakai kasut plastik, kasut pokneng mudah di cuci dan tak perlu tunggu lama untuk kering.

January 06, 2004

Susah Nak Ingat....

Sudah dua tiga hari saya berada di pintu pagar sekolah untuk membiasakan Acik menaiki van sewaktu pulang dari sekolah. Acik akan menaiki van tersebut untuk ke pusat jagaan harian dimana dia akan makan tengahari, solat dan mengaji Al_Qur'an sebaik pulang dari sekolah. Selepas jam 5.30 ptg baru boleh balik ke rumah.

Agak sukar jugak untuk melatih dia mengingatkan nombor van sekolah. Hari ini, nombor van di tuliskan di tapak tangan kirinya.

January 03, 2004

Darjah Satu....

Duduk baik-baik....


Ibu-bapa "belajar" di luar bilik darjah


Hari ini bermula persekolahan Tahun 2004. Acik memulakan persekolahan dengan bilik darjah tiada berlampu. Satu aras bangunan tersebut tiada bekalan elektrik. Namun begitu keadaan ini tidak mematahkan semangat pelajar tahun 1. MUngkin sebentar lagi bekalan elektrik dapat di pulihkan.

Apa yang dapat dilihat, hari ini tiada seorang pun dari mereka ini yang menangis. Suatu keadaan yang berbeza ketika menghantar Alang ke Tahun 1 beberapa tahun lepas. Mungkin disebabkan mereka telah bersekolah di tadik sebelum ini menjadikan mereka telah biasa dengan keadaan persekolahan. Mereka datang dengan wajah-wajah yang ceria. 12 tahun lagi, generasi ini akan melangkah masuk ke alam universiti pulak.

Pok Neng pong dok nok penceng masa tuh....

January 01, 2004

Awal 2004

Awal tahun 2004...Acik memasuki alam persekolahan rendah...Alang pula melangkah masuk ke alam persekolahan menengah.