February 15, 2004

Sekolah Rendah Islam...

Akhirnya PokNeng dan Mek mengambil keputusan untuk menyekolahkan Acik ke SR Islam. Beberapa perubahan logistik perlu dibuat kerana waktu persekolahan agak lewat - 8.30 pagi. Jadi Acik terpaksa kami tinggalkan di tadika tempat beliau belajar dahulu sebelum menaiki van ke sekolah. Alasan...biar ada antara anak kami yang bergelar "ulama atau ustaz". Faham agama, fasih berbahasa Arab....

February 06, 2004

Menebas

Seawal jam 7 pagi, PokNeng mencari sabit untuk diasah. Ada tugasan besar yang mahu dilakukan .....menebas rumput sekeliling rumah. Kira-kira dua bulan lepas (seminggu sebelum hari raya aidil-fitri) PokNeng menggunakan khidmat pemotong rumput dengan upah sebanyak Rm50....Memandangkan rumput yang telah tumbuh tidaklah begitu tebal, rasanya lebih jimat (RM50) dengan hanya menebasnya perlahan-perlahan. Selepas ditebas, giliran Mek pulak mengumpulkan rumput-rumput yang telah ditebas untuk diletakkan di tempat pembakaran sampah. Angah dan Acik membantu membersihkan longkang keliling rumah.
Kira-kira jam 11 pagi, rumput-rumput di keliling rumah telah habis ditebas, tiada lagi rumput-rumput memanjang....bagus juga kerja gotong royong ni rupanya...dapat mengeluarkan peluh, jimat belanja dan juga meningkatkan semangat kekeluargaan diantara kami.


February 01, 2004

Berkorban

Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan ALlah, tahun ini PokNeng dan Mek dapat menunaikan ibadah berkorban..kami mengambil sorang satu bahagian korban lembu yang dikelolakan oleh masjid tempat PokNeng bertugas. Disamping itu, satu lagi bahagian PokNeng ambil untuk pahala korban tersebut disedekahkan kepada Arwah ibunda PokNeng. Moga ibadah kami tersebut diterima Allah hendaknya.