August 31, 2006

Apa Yang Ku Dapat?

Apa yang Ku Dapat?

Itulah persoalan yang sering berlegar-legar di benak ku sekarang ini. Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer, melayari webpage, blog, search engine untuk mencari maklumat, menimba pengalaman insan lain...yang pasti maklumat dan pengetahuan akan bertambah...tetapi adakah itu akan menjadikan kita 'cerdik' dan 'bijaksana'. Mungkin berlalu abstrak untuk mengiakannya...tetapi semuanya itu terlalu 'subjektif".

Setelah sekian lama tidak mengupdate weblog ini, hari ini tergerak pulak nak mengupdatenya. Hmmm..banyak komen-komen yang ditinggalkan..semuanya mengajak PokNeng menjana pendapatan dengan menggunakan internet. Hmmm ...idea yang bagus...Apa yang Ku Dapat?..tentunya wang...namun...yang pasti kita perlu memastikan wang itu didapati secara sah dan halal. Ya banyak lagi yang perlu diketahui.

Pok Neng nak mulakan dengan Google Adsense. Untuk permulaan Pok Neng cuba dapatkan maklumat dari Raja Adsense Malaysia.



Tunggulah maklumat yang selanjutnya.