October 31, 2003

Dah Lama Daahh..

Sebutan tersebut telah menjadi sebutan ramai ekoran iklan rancangan untuk PM ke 4 yang akan bersara. Ya daah lama dah...22 tahun...satu tempoh yang begitu lama. 1981...PokNeng baru menjejakkan kaki ke menara gading. Kawan-kawan semasa di universiti kini bertaburan di setiap pelusuk bumi. Yang terkini, dapat tahu seorang rakan telah menjadi professor di Stanford University. Rakan yang dulunya bujang...kini telah berkeluarga dan ada yang mempunyai 8 orang cahaya mata...alhamdulilah.

Ingin juga mengucapkan "Selamat Bersara" kepada PM ke 4 Tun Dr Mahathir yang telah banyak menaburkan bakti kepada warga Malaysia. Dan juga ucapan "Tahniah dan Selamat Berkhidmat" untuk Dato' Seri Abdullah Badawi.

October 29, 2003

Solat Taraweh
Bersolat Taraweh bersama angah, alang dan acik di surau yang berdekatan di taman tempat kediaman kami. Hujan turun dengan lebat. Tidak seperti tahun-tahun lalu, tahun ini dibuat 8 rakaat sahaja dengan diimamkan oleh seorang anak muda yang bersuara lunak. Difahamkan seorang hafiz.

October 27, 2003

Puasa...
Hari ini masuk hari kedua umat Islam di Malaysia menyambut puasa. Semalam berbuka keseorangan di bilik hotel. Pok Neng outstation kali ini di KL. Berbukakan nasi kerabu dan juga lee chikang panas. Korma? terlupa nak beli.
Alhamdulillah, nampaknya aktiviti makan-makan di KLCC tidak serancak bulan-bulan lain. Walaupun begitu pelanggan nampaknya dari non-Muslim tetap ada.

October 18, 2003

Akupuntur
Rasa kebas-kebas di tangan, pipi dan kaki kiri ku telah beransur reda. Mungkin selepas 3 hari aku berulang ke klinik untuk mendapatkan rawatan akupuntur. Alhamdulillah.
Beberapa jarum halus di tusukkan ke beberapa bahagian muka, tangan dan juga kaki. Setiap kali rawatan mengambil masa setengah jam.

October 14, 2003

Kebas2 Badan

2-3 hari ni terasa sesuatu yang tak kena dengan tangan kiri. Rasa kebas yang sekejap2 datang dan pergi. Pipi kiri juga begitu. Lepas tu turun ke kaki kiri pula. Pergi ke klinik pertama, doktor memeriksa tekanan darah - OK. Ambil setitik darah untuk menguji kandungan gula - pun OK katanya. Beliau meminta pokneng mengenggam tangan beliau dengan kuat. Kekuatan tangan OK. Tapi kenapa terasa kebas2 yek. Dia pun pelik. Mungkin TIA katanya. So untuk confirm, beliau mencadangkan untuk bertemu doktor pakar di GH. Beliau akan buatkan appoinment. Keesokan harinya pihak klinik memberi tahu yang appointment akan di buat pada 17 Dec 2003. Oooh lama nya kena tunggu.

October 07, 2003

Selamat Menempuh PMR untuk Angah.

PMR mula hari Isnin 6 October lepas. Moga beroleh kejayaan yang cemerlang.

October 02, 2003

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 6 Untuk Acik..

September 28, 2003

Semalam di Kota Bharu

Bermalam di Kota Bharu selepas menghantar Mek ke tempat berkursus. Mek akan berada di Kota Bharu selama 5 hari. Menginap di Hotel New Pacific Hotel. Tak berapa jauh dari pusat bandar. Acik juga turut ikut. Jadi tinggal Angah dan Alang berdua di rumah. Kali pertama mereka berdua bermalam tanpa PokNeng dan Mek di rumah. InsyaAllah selamat semuanya. Jam 10 malam call Angah bertanyakan khabar dan mempastikan semua pintu telah dikunci.

PokNeng ambil unrecorded leave kerana telah bertugas pada Hari Jumaat lepas. Sebelum balik ke KT, Acik mengajak PokNeng melawat Muzium. Bepusing beberapa kali bulatan jam untuk mencari tempat parking, nampaknya agak payah mendapatkannya. Akhirnya dapat meletakkan kereta berdekatan dengan Sekolah Rendah Padang Garung.

Di Muzium Negeri Kelantan ketika ini, terdapat pameran Buruh Paksa sewaktu Jepun dahulu. Setelah menghabiskan masa hampir satu jam, kami keluar dan membeli beberapa naskhah buku yang diterbitkan oleh pihak Muzium, termasuklah buku Buruh Paksa, Warisan Kelantan IX dan IX (Monograf).

September 22, 2003

Seminggu di Metropolitan Kuala Lumpur

Semalam bermula musafir PokNeng ke KL. Ada tugasan rasmi yang perlu diuruskan sepanjang minngu ini.

Makan malam di restoran baru yang di bina di Jalan B*njai dekat dengan hotel penginapan. Harga makanannya agak mahal. Rasanya lebih murah makan di Suria Food Court.

September 14, 2003

"Ayah... doakan kejayaan Muhammad...." Begitu pinta Alang ketika mencium tangan PokNeng awal pagi ini.
Hari ini hari pertama peperiksaan UPSR. InsyaAllah ayah doakan kejayaan anak ayah.

September 08, 2003

Bersedia Untuk Projek

Hari ini dapat notebook baru - Acer TravelMate 800 yang dipinjamkan syarikat untuk digunakan bagi membantu kerja-kerja projek yang dijangka akan berakhir hujung tahun ini.

Kerja-kerja pembacaan untuk Literature Review PhD berjalan dengan agak perlahan. Cadangnya hujung bulan ini berjumpa dengan DAR - supervisor. Slowly but surely.

Kak Long balik bercuti di rumah. Sibuk dengan assignment. Nampaknya cuti sekolah kali ini tak kemana-mana membawa anak-anak makan angin. Sebabnya mudah - Angah dan Acik akan menghadapi peperiksaan PMR dan UPSR tak lama lagi. Mungkin cuti hujung tahun nanti boleh jalan makan angin. Tambahan pulak PokNeng agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat.

August 31, 2003

46 Tahun Kemerdekaan...



Sepanjang perjalanan dari rumah ke bandar KT, PokNeng kira ada sepuluh helai bendera Malaysia yang dilekatkan di badan kereta berciciran di jalanraya. Semangat patriotik pemilik kenderaan mendorong mereka membeli bendera tersebut yang harganya kalau kat M*ydin hanya RM1.70 atau mungkin juga mereka dapat percuma dari pihak-pihak yang bermurah hati. Namun, sedih juga bila melihat bendera tersebut digilis oleh kenderaan yang lalu-lalang dan akhirnya menjadi sampah yang mengotorkan jalan. Siapa yang harus disalahkan...aaah mungkin gam yang digunakan tidak cukup kuat atau si pemandu membawa kereta begitu laju...

August 27, 2003

Happy Birthday ayah....

Itulah antara lain ucapan yang PokNeng terima dari Kak Long pagi ini.
Ya...hari ini genap lagi satu tahun berada di usia 40 an. 10 an di ambang sekolah rendah...20 an di ambang universiti...30 an dan 40 an di alam pekerjaan dan keluarga. Berada di usia ini dirasakan seolah-olah berada di antara dua dunia...muda dan tua. Panggilan "Pakcik" telah mula diterima.

Pencapaian untuk tahun ini agak memberangsangkan juga. Kami berjaya membina sebuah rumah 4 bilik di atas tanah pesaka di Klang sebagai memenuhi keinginan kami agar PakTua dapat menikmati kehidupan di rumah yang lebih selesa. Alhamdulillah. Di rumah lama, beliau perlu turun naik tangga untuk ke dapur dan ke bilik air. Dengan usia yang menjangkau hampir 80 tahun, tentu tahap kekuatan fizikal beliau tidak begitu mengizinkan. Jadi mudah-mudahan dengan bilik baru beliau yang berrsambung dengan bilik air, dapat memudahkan semua itu.

Tatkala telah menjadi ayah, baru PokNeng sedar bahawa tiada apa yang diinginkan oleh ibu-bapa dari anaknya, melainkan kasih-sayang dan ingatan yang berterusan.

Terima kasih Kak Long atas ingatan. Ayah doakan agar Kak Long sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kekuatanNya untuk menghadapi kehidupan sementara di dunia ini dan diberi kesihatan fizikal dan mental untuk meneruskan tugas sebagai seoarang pelajar. Amiiin.

August 10, 2003

E-Learning in Teaching and Learning

" E-Learning in Teaching and Learning" is the topic of my presentation this week at one of Teacher Training College Education expo.

July 19, 2003

DURIAN KIJAL, KELETIHAN DAN ....

Bau durian memenuhi ruang kereta. Tanpa disedari bauan tersebut melekat pada badan kerana apabila masuk aja ke dalam rumah anak-anak bersorakan ;

"Ayah beli durian yeh..ayah beli durian..yeh"
"Ni tentu ayah ada beli durian"
"Mana durian nya ayah"

PokNeng baru balik dari KL. Kali ini memandu seorang diri. Tujuan utamanya adalah untuk bertemu supervisor pengajian. Kalau bawa kereta mudah pergerakan. Dalam perjalanan balik sempat singgah di gerai buah durian di Kijal. Kijal amat terkenal dengan duriannya yang berkualiti. Rasanya sedikit pahit dan lemak manis. Harganya agak mahal tapi berbaloi..puas memakannya. PokNeng beli dengan harga RM4 sekilo. Dengan RM23 pokneng membawa pulang ke rumah enam biji durian yang sederhana besarnya.


July 12, 2003


CASHCulture
Professional web hosting, the Make-Money-University, Unlimited use of AutoResponders, and an Affiliate Program where you can earn a realistic amount of monthly residual income.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila isikan borang di bawah:

Name:
E-Mail:



Maklumat lanjut akan di hantar menerusi email. Saya menghormati hak anda. Jadi anda boleh memberhentikan mesej yang dihantar pada bila-bila masa dengan mengklik link di bahagian bawah mesej yang diterima. Terima Kasih.


Anda akan dihadiahkan dengan sebuah e-book "PERCUMA" bertajuk "Earning Online Income for Beginer". Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

July 11, 2003

Venbot Autoresponder

Mempelajari bagaimana mengendalikan venbot bagi membantu autorespond untuk e-business.

July 09, 2003

MAKE MONEY

Take part in MAKE MONEY affiliate program. You may use the following affiliate link:

CASHculture.com

Setelah beberapa lama membuat kajian mengenai e-business di internet, akhirnya PokNeng tertarik untuk menyertai Affiliate program ini.

So if any of you are interested to know and to get clear picture, please do visit the CashCulture link as above.

July 07, 2003

Bila aku tertawa...

Tertawa sendirian membaca cerita "ayaq dalam besi, api dalam kaca" dari catatan jurnal Banchee Ingat kisah biasa aja. Tidak rupanya. Kisah benar ke ..kisah rekaan? Agaklah sendiri.

July 04, 2003

Bulan Julai ini merupakan bulan yang agak sibuk. Kalendar PokNeng telah penuh dengan aktiviti-aktiviti kerja. Mesyuarat sana sini. Beberapa assignment baru telah diberikan oleh boss. Namun dalam kesibukan tersebut perlu juga berjumpa dengan Dr.AR untuk berbincang progress kajian Ph.D. Sudah hampir sebulan setengah masa berjalan dari pertemuan #2 bukan lepas. Untuk itu telah booking masa beliau untuk 2 minggu akan datang.

Banyak benda yang belum dibaca. Kajian juga belum betul-betul menfokus kepada masalah yang sepatutnya.