May 31, 2003

Supervision Meeting # 2

Bought notebook COMPAQ Presario at Imbi Plaza.

May 28, 2003

Dunia Pelajar...

Buat Kad Matrix...
Foto digital dah hantar thru e-mail...tapi kad lom siap
Mesin kad masih kat kampus satu lagi
2-3 minggu baru siap.

May 19, 2003

::

May 17, 2003

Cuti-cuti Malaysiaaa...

Kami sekeluarga menghabiskan cuti panjang - Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Hari Wesak di kampung. Masa dua hari di habiskan dengan perjalanan dan juga mengecat rumah baru yang sedang PokNeng bina di kampung.

Jumaat, 16 Mei.
Hari Guru... Selamat Hari Guru untuk Mek...dan juga bekas-bekas guru yang pernah menabur bakti mengajar kita semua mengenal erti kehidupan dan peri pentingnya ilmu.
Terima kasih tak terhingga buat Cikgu Thaibah, Cikgu Norehan, Cikgu Azman, Cikgu Kamariah, Cikgu Jamaliah, Puan Norma, Mrs Palanisamy dan ramai lagi individu cikgu yang menerangi kehidupan ku selama ini. Semoga ilmu yang di curahkan akan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan dan kesejahteraan ummat manusia mendiami dunia ini.

Untuk meneruskan cita-cita menambahkan ilmu, kini melangkah ke alam persekolahan semula...tapi kini di peringkat kedoktoran..hari ini merupakan hari perjumpaan pertama kali dengan penyelia kajian PhD - Dr AR. Berdasarkan proposal asal, beliau mencadangkan agar dibuat beberapa pendetailan terhadap skop kajian, soalan kajian dan juga isu-isu yang akan dikaji. Masa seharian dihabiskan di kampus universiti.

Sabtu, 17 Mei.

Awal pagi telah bertolak pulang dari rumah. Perjalanan yang jauh mengambil masa hampir sembilan jam. Ini termasuk berhenti untuk "brunch" di Kuantan dan juga berehat (tidor..sebentar) untuk mengelakkan dari mengantuk semasa memandu. Alhamdulillah selamat sampai ke KT sekitar jam 4 petang.

Jam 5 petang bersiap untuk memenuhi jemputan jamuan kenduri kahwin salah seorang GJ..Kaezrin....Mek tak dapat ikut kerana keletihan dek pejalanan yang jauh. Hanya Acik sahaja yang nak mengikut..menemani PokNeng.
Dengan berpandukan peta yang terdapat dalam kad jemputan, kami sampai di perkarangan rumah besar keluarga Elin...para tetamu tidak berapa ramai ..maklumlah...dah dekat jam 6 petang..."waktu kecederaan untuk bertandang"...nampak pasangan pengantin sedang sibuk berposing..sessi fotografi di halaman rumah. Kami disambut mesra oleh Elin dan suami serta ayah pengantin... hanya maaf dipinta kerana agak lewat sampai..tak berkesempatan bertemu rakan-rakan GJ yang menurut Elin telah datang lebih awal...Sebelum menjamah hidangan.. meminta jurugambar PokNeng...Acik mengambil gambar PokNeng bersama pasangan pengantin baru...ni lah hasilnya...


Selamat Pengantin Baru...Elin dan Jazz

May 12, 2003

13 Mei 1969


"Nah...abang kena pergi report duti kat Port Dickson ...curfew" kata ayah pada Emak.
Aku termangu-mangu...Ayah nak gi Port Dickson..kita nak berkelah kat pantai ke...kurfew tu apa mende?
Itu lah antara yang masih aku ingat bila tarikh 13 Mei setiap tahun berlalu.

Ketika itu aku baru sahaja masuk Darjah Satu. Ayah yang menyertai Pasukan Askar Wataniah diminta melaporkan diri ke Kem Si Rusa, Port Dickson. Tinggal aku, dan adik-adik di temani oleh Mak. Ayah pergi dengan menaiki motosikalnya.
Waktu itu kami sekeluarga tinggal di sebuah estet getah tidak jauh dari kampung ayah di Selandar. Sebelah petangnya, Pak Ulong Yaasin (Allahyarham) datang menjemput kami sekeluarga pulang ke rumah beliau. Beliau merupakan guru silat sendeng di kampung. So kami sekeluarga tak risau sangat keselamatan kami sepemergian ayah ke PD.


May 11, 2003

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga....

Mak dah meninggal dunia 3 tahun lalu.
"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku."]

Bila meningatkan arwah emak, aku terkenang bagaimana ketika aku dibawa menemani beliau menoreh getah. Aku masih belum bersekolah lagi ...mungkin dalam umur 6 tahun. Dari rumah ketika itu (dekat dengan MRSM Jasin sekarang ini) ke ladang getah yang terletak di Simpang Merlimau, mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan. Dalam samar-samar waktu Subuh kami dua beranak merentas suasana sejuk ketika itu. Masih teringat kicauan burung merbah mengerumuni pokok jambu mawar yang terdapat dekat dengan ladang tersebut. Tugas aku hanya mengikut emak aja.

Lepas mengangkat susu getah, susu getah akan di bawah ke tempat membeku dan memesin getah yang terletak dekat dengan rumah kami. Susu getah akan di masukkan ke dalam takung berbentuk segiempat bujur dan kemudiannya dimasukkan cuka getah. Kemudia ia dibiarkan sehingga beku. Apabila telah beku, ia akan dikeluarkan dari takung tersebut untuk di tekan-tekan sehingga nipis kemudian akan dimasukkan ke dalam Mesin Getah yang berbentuk seperti mesin pemerah tebu sekarang ni. Mesin Getah ini ada dua jenis - Besi Pengelek yang licin dan satu lagi Besi Pengelek yang bergaris menyerong. Setelah di gelek pada mesin yang licin sehingga mendapat ketebalan yang di kehendaki, barulah kepingan getah itu akan di masukkan ke Mesin Pengelek yang bergaris tadi menghasilkan kepingan getah yang berbunga dan juga di gelekkan juga kepingan yang mempunyai nombor.

Setelah itu, kepingan getah itu akan di jemur. Begitu juga dengan getah sekerap yang dipungut dari mangkuk susu getah. Biasanya getah sekerap ini mempunyai bau yang unik. Hanya orang-orang yang berpengalaman berkerja dalam industri ini sahaja yang tahu menilai aroma tersebut.

Begitulah kehidupan aku dan emak sehinggalah aku masuk ke sekolah. Bila aku masuk sekolah, aku menemani emak hanya ketika cuti sekolah sahaja.

Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan adalah ketika aku membantu mengangkat susu getah.Itu ketika aku dah besar sikit dan mungkin dah boleh diharap. Aku terjatuh akibat tersadung akar pokok getah. Baldi yang aku bawa yang berisi susu getah habis tumpah dan mengenai rambut aku.....MAAAAKK... TOLLLOOONG MMMAAAK....jerit aku sekuat hati. Dah lah sakit jatuh tersembam...susu getah pula memenuhi rambut ku. Mak datang dengan segera dan membawa aku segera ke anak air yang berdekatan dan membasih rambutku dengan segera. Kalau lambat, susu getah akan membeku dan amat sukar untuk dibuang...alamatnya kena jadi KOJAK lah....






May 10, 2003

Kisah Parut...

Melihat kepada beberapa parut yang ada di tubuh seolah-olah membawa diri kita menyorot kembali peristiwa yang telah berlalu. Parut yang meninggalkan kesan yang mendalam dan akan kekal dalam kenangan dan memori kita. Tentunya parut membawa kenangan pedih kepada kita kerana apabila kulit terpisah dari isinya.

Parut sepanjang satu inci di antara ibu jari dan telunjuk tangan kanan PokNeng mengingatkan kisah PokNeng dan adik berebutkan pisau cukur.
Parut yang pendek sedikit di sebelah tangan kanan mengingatkan PokNeng kepada kemalangan yang berlaku sewaktu bermain "police and thief" dengan kawan-kawan sepermainan.
Parut lebar di keting kanan mengingatkan PokNeng kepada beta seronoknya bermain "bola rounders" sampai terlanggar kerusi di halaman rumah.

Tentu anda juga mempunyai parut yang mengimbau kenangan silam anda? Bukan Parut kelapa ye!!!.

May 05, 2003

Persediaan

Telefon my supervisor Dr AR bertanyakan apa yang diperlukan sewaktu perbincangan itu nanti. Kata beliau, sediakan Gantt Chart untuk perancangan tiga tahun pengajian. Ini akan dapat membantu menentukan arah kajian dan penyelidikan yang bakal di jalankan.

Lepas itu merayau-rayau di alam siber mencari bahan-bahan yang dapat dijadikan rujukan dan perbincangan sewaktu bertemu dengan beliau nanti.

Apa yang menjadi masalah sekarang adalah untuk menguruskan dokumen rujukan yang melambak di dalam hard disk sekarang ini. Apatak nya pantang aja jumpa dokumen dan link yang berkaitan dengan subjek, terus aja download. Jadi sekarang sedang mencari freesoftware yang dapat membantu mengatasi masalah untuk menguruskan dokumwn tersebut. Alhamdulillah, untuk mendokumenkan weblink, terjumpa satu freeware WebNote download dari Tucow. Software ini dapat capture imej dokumen yang kita capai dan kita boleh buat catatan di atas imej yang dirakam tersebut.

Lepas tu teringat pula nak mempunyai Online Calendar. Lantas create satu Online Calender di Calender Net Sistem yang mudah dan senang digunakan.

May 03, 2003

Berenang di Lautan Cetera...



Tiga hari cuti panjang telah berlalu.Cuti sempena Hari Pekerja. PokNeng menghabiskan masa dengan membaca sebuah buku berbentuk autobiografi yang ditulis sendiri oleh penulis Allayharham Maaruf Mahmud sewaktu beliau dilantik menjadi Karyawan Tamu DBP. Beliau merupakan seoarang penulis buku kanak-kanak yang tak asing lagi kerana antara hasil karya beliau - Anak Din Biola telah dijadikan teks rujukan Tingkatan Satu sekolah menengah ketika ini.

Membaca biografi tersebut, membawa diri menyusuri peristiwa dan pengalaman beliau sewaktu Tanah Melayu di zaman penjajahan, zaman jepun dan selepas kemerdekaan. Melihat gambar "Buku Biru" yang diberikan oleh bapa beliau, teringat PokNeng diari yang ditulis oleh bapa seorang penyair British yang terkenal dengan Puisi Bunga Daffodil - William Wordworth di Lake District, UK sewaktu melawat rumah penulis tersebut beberapa tahun lepas. Catatan didalamnya amat lengkap - dari lahirnya William...perbelanjaan persekolahan anak-anaknya dan berbagai lagi. Terlintas di benak PokNeng ketika itu, bangsa melayu tak mungkin ada yang membuat catatan seperti itu kerana budaya menulis tiada dalam budaya mereka apatah lagi untuk mencatat dengan teliti rakaman kejadian kehidupan mereka. Namun telahan itu terjawab dengan sendirinya apabila melihat "Buku Biru" Almarhum Cikgu Mahmud tersebut.

Rupanya catatan-catatan tersebut merupakan satu pemberian yang tidak ternilai harganya kepada anak-cucu beliay. Bagi Penulis Maaruf, beliau menggunakan Buku Biru catatan al-marhum bapa beliau untuk menyusur keturunan beliau serta mengetahui sejarah kehidupan beliau sewaktu kecil. Selanjutnya menggunakan buku tersebut untuk menulis autobiografi bapa beliau sendiri - Harimau Guru Malaya. Catatannya juga menjadi rujukan kepada sejarah awal kepada penubuhan UTM.

"During the Japanese occupation, it underwent a name change to Technical College, and was known as �Shihan Gakko� then at its High Street (now Jalan Bandar) premises. It was headed by a Mr. Arimoto and assisted by Mr. N.A.K. Nair who in 1958 became it principal."

Tak mustahil juga catatan-catatan yang dibuat oleh Geng-geng Jurnal dapat berfungsi seperti itu, apatah lagi dalam masa 30-40 tahun akan datang.

April 21, 2003

Jemputan Kawin...

Hari ini meja PokNeng berbau harum semerbak. Tiada kuntuman bunga, tiada botol minyak wangi di atasnya. Cuma yang ada hanyalah sehelai sampul surat. Sampul surat berwarna krim yang berisi Kad Jemputan yang selamat diterima semalam. Kad Jemputan yang harum semerbak.Yeah ..Elin....PokNeng dah terima kad tersebut. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, kami sekeluarga akan memenuhi undangan tersebut.InsyaAllah.

April 15, 2003

War Games...

"We create fun games for people of all ages"
"PC war game with well known rules: "Shoot'em all to win!". Enemies will try to destroy your objects but you must stop them by using different deadly weapons. So shoot, shoot and shoot some more!"
"Rules are simple and the game is is going to give unforgettable pleasure for people of any age! "
"Thank you for the game, I have been playing it every nite after work literally for months and it�s relaxation I need."


Apakah sama perang ke atas Iraq dengan War Games yang biasa dimainkan di PC?
Apakah tidak ada perasaan dan kasihan belas di atas kesakitan dan penderitaan yang di alami oleh mangsa-mangsa perang?

Petikan di atas di ambil dari beberapa website yang memperdagangkan perisian permainan perang. Sepintas lalu dapat dibayangkan yang manusia kini sudah sampai ke tahap di mana sudah tidak dapat membezakan antara REALITI dan FANTASI.

April 14, 2003

Surat dari Universiti...
Hari ini merupakan hari bersejarah buat PokNeng kerana mendapat surat dari "Universiti" yang antara lain menyatakan bahawa:
"We have the pleasure to inform you that you are offered admission to pursue your studies in the Doctor of Philosophy (PhD) programme. The details are given below.....".

Setelah hampir sebulan lebih menunggu selepas menghantar proposal, akhirnya penantian di akhiri dengan penerimaan surat tersebut. ALHAMDULILLAH. Sekurang-kurangnya Fasa Pertama telah di lepasi. Kini akan bermula Fasa Kedua pula. Memulakan kajian. Mungkin banyak yang perlu dibincangkan dengan Supervisor apabila bertemu nanti.

Pendaftaran akan dibuat pada awal bulan May.
:::

April 12, 2003

EU-Asia E-Learning Conference 2003

Dari 10 hingga 12 April, PokNeng berkampung di PWTC menghadiri persidangan E-Learning yang dianjurkan oleh METEOR Sdn Bhd (Syarikat induk Open University Malaysia/Universiti Terbuka (UNITEM)) dan European Union. Disamping seminar dan pameran, diadakan juga "business matching" di mana syarikat-syarikat dari Europe mencari busines partner dari syarikat Malaysia. Seminar lebih bertumpu kepada pengalaman dan isu-isu berkaitan dengan e-learning - baik di sektor swasta maupun sektor kerajaan.
Disamping mendapat maklumat terkini, kesempatan ini juga menemukan PokNeng dengan beberapa pensyarah dan rakan semasa di universiti yang hampir 20 tahun tak berjumpa! Alhamdulillah, masing-masing masih mengenali dan saling mengingati...walaupun rupa fizikal masing-masing agak berubah di mamah usia.
Sewaktu pulang, dalam k/terbang - tanpa diduga bersua muka untuk pertama kali dengan seorang rakan GJ . Terus memberanikan diri memberi salam dan memperkenalkan diri PokNeng. Elin...nice meeting you. Tentu tengah sibuk sakang la ni ...maklumlah tak lama lagi nak jadi Raja Sehari...ahak!

April 05, 2003

Aku ...Anak Peneroka FELDA...


Cuti hujung minggu digunakan untuk balik ke kampung. Menziarahi ayah dan juga pusara ibunda.
Ya hampir panjang juga tempoh tak balik kampung..alasan biasa...sibuk dengan kerja.
Seperti biasa ayah seronok dengan cucu-cucunya. Berkesempatan juga melawat ladang sawit yang telah ditanam semula. Pokok-pokok telah mula mengeluarkan hasil.

Bila berada ditengah ladang, terimbau kenangan lalu....waktu kecil-kecil dahulu sewaktu berumur 9-12 tahun. Yang pastinya bila masa hujung mingggu ataupun musim cuti sekolah PokNeng akan turun ke ladang membantu ayah. Dengan menaiki motosikal sambil mengandar sabit pemotong sawit, kami akan melalui jalan ladang yang tak bertar merentasi kawasan perladangan sawit yang begitu luas dan menghijau. Sesekali perjalanan kami di ganggu oleh ayam hutan yang berterbangan ketakutan oleh kehadiran bunyi motosikal yang kami naiki.

Selalunya ayah akan menyambung sabit dengan galah besi. Sewaktu itu, pokok sawit sudah mempunyai ketinngian hampir 12 kaki. Ayah akan mengait buah sawit dengan sabit. Selepas buah sawit boleh di potong, pelepahnya yang menyangga buah tadi pula di potong. Pelepah-pelepah tersebut perlu disusun diruang antara baris pokok sawit. Tugas PokNeng...mengangkat tandan sawit yang telah jatuh ke dalam kereta sorong dan membawanya ke tepi jalan. Sekiranya pokok yang berada di kawasan berpaya dan berbukit. Keadaannya agak berbeza kerana buah yang dipotong akan jatuh bergolek dan jatuh ke dalam paya. Untuk memungut buah tandan tersebut, ia perlu dicucuk dengan menggunakan besi yang tajam di hujungnya untuk mengangkat buah tersebut. Besi tersebut juga digunakan untuk mengangkat buah masuk ke lori untuk dihantar ke kilang.

Disamping tandan sawit, ada juga buah-buah sawit yang terlerai jatuh di pangkal pokok. Ada sekali tu, dok asyik mengutip buah lerai mengelilingi pokok, apabila bangun, mata jadi berpinar dan tak tahu berada kat mana masa tu. Hilang arah. Apa lagi menjeritlah memanggil ayah....tersenyum ketika mengingat saat itu. Kalau PokNeng datang dengan adik ...tugas mengutip buah lerai..diserahkan padanya...cuma dia perlu masukkan ke dalam beg pastik yang selalunya guni baja yang telah tidak digunakan lagi. Pok Neng akan mengutip tandan-tandan sawit yang bertaburan di sepanjang baris pokok. Satu tandan tu bukannya ringan..sekurang-kurangnya 10 kilo. Huhh...berat bagi kanak-kanak berusia 9-12 tahun mengangkatnya.

Kerja-kerja yang berat inilah yang menyemarakkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Tak mahu selamanya berkerja di ladang. Perlu mengubah nasib untuk mendapat kerja lebih baik.

Kini PokNeng telah berkeluarga dan berkerja. Ayah pula nampaknya tidak lagi berdaya menguruskan ladang sendirian. Ladang pun telah di tanam semula. Kerja-kerja memotong buah di upahkan orang untuk mengerjakannya. Tak ada seorang pun adik-beradik yang berminat untuk mewarisi kerja-kerja di ladang. Apakah mungkin aku selaku anak yang tua perlu menyambung tugas tersebut.?

March 31, 2003

Brain Plasticity

Membaca artikel berkaitan dengan keupayaan otak memang amat menakjubkan. Kebanyakan kita beranggapan tahap pemikiran kita tidak berkembang apabila kita dewasa. Namun keupayaan "keplastikan otak" membantu kita mengubahsuai keupayaan dan kemahiran seseorang terutamanya apabila kita mempelajari sesuatu yang baru.

"Brain plasticity means the ability of the nervous system to adapt to changed circumstances, to find new ways of learning, sometimes after an injury or a stroke, but more commonly when you want to acquire a skill for, say, a hobby or even a new job"

Belajar dan terus belajar.

March 25, 2003

How to watch Iraqi TV on the Web.



Setelah beberapa lama melayari internet terjumpa satu site yang menunjukkan teknik untuk menyaksikan TV Iraq menerusi web.
Jom cuba try test....

March 22, 2003

Bateri weak...

Ning nong...ning nong...ning nong.........alarm kereta rakan sekerja tak berhenti-henti berbunyi.
Puas ditekan button alarm pada kunci kereta .. pun tak berhenti bunyinya.
Datang sorang rakan lain , terus menguis-guis satu suis sebelah kiri stering sambil memulas kunci menghidupkan enjin.
Bunyi alarm terus berhenti. Tapi enjin kereta tak dapat dihidupkan.
Check bateri...air bateri..kering. Padanlah.
Tak ada siapa yang ada jumper start.
Lantas kami mengambil keputusan menolak kereta tersebut.

1...2...3....tolak...
brummm..brummm...dah hidup enjin kereta.
Tuan punya kereta mengucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan kami tadi.




March 19, 2003

Deruan Ombak Menghempas Pantai...



Semalam
Ku dengar deburan ombak nun jauh di tepian sana
bertalu-talu menyentuhi gegendang telinga ku
mengamit daku untuk bermesra padanya

Hari ini
Ku jejaki tepian pantai itu
ku susuri puing-puing buih yang berserakan
di pukul ombak yang tak pernah jemu menghempaskan dirinya ke tepian

Esok
Apakah ada lagi tepian itu
Apakah ada lagi ceburan ombak itu
Apa kah ada lagi puing buih itu

Tatkala manusia sibuk dengan cerita perang mereka.....

PokNeng
Batu Rakit



March 18, 2003

Kerjalah kamu sebelum kamu dikerjakan
Hari ini seharian menyambung kerja-kerja yang tertangguh sejak 2-3 hari tidak menjenguk ke pejabat