January 31, 2004

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul-Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul-Adha. Kami beraya di Klang kali ini. Tahun sebelumnya kami tak balik. Beraya di Terengganu aja. Alhamdulillah. Pak Tua nampaknya sihat dan gembira dengan kepulangan kami.

January 29, 2004

Balik Kampung

Atas permintaan ramai dan juga atas sebab-sebab kesihatan PakTua yang tidak begitu baik, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk balik kampung.

January 28, 2004

Sekolah Teknik

Alhamdulillah, Angah mendapat tawaran untuk menyambung persekolahan di jurusan kejuruteraan elektrik di SM Teknik berhampiran dengan tempat tinggal kami. Jadi tak perlu tinggal di asrama. Baguslah kalau gitu. Kalau tak, alamatnya makin sunyi keadaan rumah kami kerana akan hanya tinggal Acik seorang. Kak Long dan Alang masing-masing telah masuk ke asrama.

January 27, 2004

BIONUTRIC



Hari ini PokNeng join Perniagaan Network Marketing e-dagang yang diasaskan di Malaysia oleh syarikat berstatus MSC - I-Linkages Sdn Bhd. Terdapat 3 jenis produk yang dipasarkan oleh syarikat ini - BioSpray, BioSpray Plus dan Bio Cream. Pendaftran di buat secara online, pembayaran dibuat menerusi Maybank2u dan barang di hantar ke muka pintu rumah oleh NationWide Express.

Kalau sesiapa yang berminat dengan produk (BioSpray) yang dapat melambatkan proses penuaan dan juga meningkatkan tenaga, jangan segan-jangan malu hubungi Pokneng.

Selain dari dapat khasiat kesihatan, kita juga boleh mengambil peluang menambahkan pendapatan sampingan. Potensinya cukup besar. Yang penting membina rangkaian yang terdiri dari insan yang ingin mengambil peluang keemasan ini.

Maklumat lanjut boleh didapat dari website percuma yang diberi oleh I-Linkages (http://www.bionutric.com/abneen) dan email juga boleh dihantar ke email percuma di abneen@bionutric.com

January 24, 2004

Timing Chain Changed....

Semalam sebanyak RM398.00 betukar tangan ke syarikat servis kereta. Sudah sampai masa dan ketikanya timing chain kereta untuk ditukar. Menurut manual, timing chain perlu di tukar apabila perbatuan telah mencecah 80,000 KM. Maksimum perbatuan 100,000 KM. Tukar jangan tak tukar. Pernah suatu ketika dahulu injin kereta tiba-tiba berhenti, mujur sempat memberek dan menghala ke tepi jalan. Ini adalah gara-gara timing belt putus tiba-tiba. Masa tu baru guna kereta...kereta pun kereta terpakai...Dah terkena sekali..takkan nak kena lagi.
Beringat sebelum kena. Berjimat sebelum habis. Campur dengan major servis, hampir RM800 semuanya. Kayo lah pokcik servis kereta tu...mana tak satu kereta servis dapat RM800, 10 kereta dah 8K, 100 kereta 80K. Tolak kos spare-part tolak gaji pekerja...


January 21, 2004

Tahun Baru Cina

Cuti...bersantai di rumah sahaja. Kak Long tak balik bercuti.



Sambil bersantai melunsur internet dan mendownload e-book " The Science of Getting Rich". Sebenarnya baru separuh aja baca buku tu, belum khatam lagi...sekadar ingin tahu. Walaupun begitu, kepada sesiapa yang berminat untuk membacanya harus berhati-hati dalam membuat penilaian selari dengan pegangan kita sebagai seorang Muslim. Nak kaya...kaya juga tapi harus berpandukan ajaran Islam. Itulah seharusnya jadi pegangan. PokNeng melihat buku ini sebagai mengisi beberapa luang-luang yang belum di temui. Rumusan dari buku tersebut tersimpul di bawah ini;

Hold the vision of yourself in the job you want while you ACT with faith and purpose on the job you have, and you will certainly get the job you want.

Your vision and faith will set the creative force in motion to bring it toward you, and your action will cause the forces in your own environment to move you toward the place you want.


There is a thinking stuff from which all things are made, and which, in its original state, permeates, penetrates, and fills the interspaces of the universe.

A thought in this substance produces the thing that is imaged by the thought.

A person can form things in his thought, and, by impressing his thought upon formless substance, can cause the thing he thinks about to be created.

In order to do this, a person must pass from the competitive to the creative mind; he must form a clear mental picture of the things he wants, and hold this picture in his thoughts with the fixed PURPOSE to get what he wants, and the unwavering FAITH that he does get what he wants, closing his mind to all that may tend to shake his purpose, dim his vision, or quench his faith.
So that he may receive what he wants when it comes, a person must act NOW upon the people and things in his present environment.


ALlah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu , melainkan kaum itu merubah apa yang ada pada mereka


Disamping itu mengemaskan koleksi album gambar lama. Mungkin juga perlu ditukar album baru kerana album yang lama dah begitu uzur dan pudar.
Gambar-gambar terkini, semua dalam bentuk digital. Nak tengok perlu ke komputer... Agaknya kena print juga gambar-gambar digital tuh....

January 16, 2004

Cyberjaya

Seharian berkampung di kampus universiti. Appointment dengan DAR jam 3 petang - selepas solat Jumaat. Sebelah pagi menghabiskan masa di bilik mesyuarat fakulti yang tidak digunakan bagi membuat kerja-kerja penyelidikan.

Jam 3.00 petang - perbincangan berkisar projek penyelidikan. pembacaan dan langkah selanjutnya. DAR mencadangkan agar dapat menulis sekurang-kurangnya 2 kertas penyelidikan untuk persidangan antarabangsa. Penyelidikan ada berkisar e-learning dan juga simulation-games

January 14, 2004

KT-KL

Mengambil keputusan untuk bercuti hari ini bagi perjalanan ke KL. Esok ada appointment dengan DAR - PhD Supervisor di pejabatnya.
Bertolak tepat jam 7.30 pagi selepas menghantar Acik ke sekolah.

10.30 pagi sampai Kuantan
11.30 pagi sampai Temerloh
2.30 petang sampai KL

January 09, 2004

Basuh Sendiri...




"Basuh biar putih..bersih"

Hari ni hari cuti sekolah minggu pertama. Menjadi kebiasaan pada hari ini, anak-anak akan membasuh kasut sekolah masing-masing. Acik juga tak ketinggalan. Disebabkan belum begitu mahir membasuh kasut sendiri, si Angah diminta menunjuk-ajar cara membasuh kasut.

Teringat PokNeng ketika bersekolah rendah dahulu, kasut sekolah PokNeng adalah kasut putih plastik yang tepi dan tapaknya dicat hijau. Kasut tersebut akan kelihatan seperti kasut sekolah jenis kanvas juga. Lebih mudah menjaganya dan tak perlu dijemur untuk mengeringkannya. Mungkin kerana ketika itu, kawasan perkampungan kami tidak ada jalan bertar, jadi perjalanan ke sekolah adalah perjalanan melalui jalan tanah merah. Keadaan menjadi lebih teruk jika hari hujan. Jalan tentunya berlopak serta berselut. Jadi dengan memakai kasut plastik, kasut pokneng mudah di cuci dan tak perlu tunggu lama untuk kering.

January 06, 2004

Susah Nak Ingat....

Sudah dua tiga hari saya berada di pintu pagar sekolah untuk membiasakan Acik menaiki van sewaktu pulang dari sekolah. Acik akan menaiki van tersebut untuk ke pusat jagaan harian dimana dia akan makan tengahari, solat dan mengaji Al_Qur'an sebaik pulang dari sekolah. Selepas jam 5.30 ptg baru boleh balik ke rumah.

Agak sukar jugak untuk melatih dia mengingatkan nombor van sekolah. Hari ini, nombor van di tuliskan di tapak tangan kirinya.

January 03, 2004

Darjah Satu....

Duduk baik-baik....


Ibu-bapa "belajar" di luar bilik darjah


Hari ini bermula persekolahan Tahun 2004. Acik memulakan persekolahan dengan bilik darjah tiada berlampu. Satu aras bangunan tersebut tiada bekalan elektrik. Namun begitu keadaan ini tidak mematahkan semangat pelajar tahun 1. MUngkin sebentar lagi bekalan elektrik dapat di pulihkan.

Apa yang dapat dilihat, hari ini tiada seorang pun dari mereka ini yang menangis. Suatu keadaan yang berbeza ketika menghantar Alang ke Tahun 1 beberapa tahun lepas. Mungkin disebabkan mereka telah bersekolah di tadik sebelum ini menjadikan mereka telah biasa dengan keadaan persekolahan. Mereka datang dengan wajah-wajah yang ceria. 12 tahun lagi, generasi ini akan melangkah masuk ke alam universiti pulak.

Pok Neng pong dok nok penceng masa tuh....

January 01, 2004

Awal 2004

Awal tahun 2004...Acik memasuki alam persekolahan rendah...Alang pula melangkah masuk ke alam persekolahan menengah.