January 09, 2004

Basuh Sendiri...




"Basuh biar putih..bersih"

Hari ni hari cuti sekolah minggu pertama. Menjadi kebiasaan pada hari ini, anak-anak akan membasuh kasut sekolah masing-masing. Acik juga tak ketinggalan. Disebabkan belum begitu mahir membasuh kasut sendiri, si Angah diminta menunjuk-ajar cara membasuh kasut.

Teringat PokNeng ketika bersekolah rendah dahulu, kasut sekolah PokNeng adalah kasut putih plastik yang tepi dan tapaknya dicat hijau. Kasut tersebut akan kelihatan seperti kasut sekolah jenis kanvas juga. Lebih mudah menjaganya dan tak perlu dijemur untuk mengeringkannya. Mungkin kerana ketika itu, kawasan perkampungan kami tidak ada jalan bertar, jadi perjalanan ke sekolah adalah perjalanan melalui jalan tanah merah. Keadaan menjadi lebih teruk jika hari hujan. Jalan tentunya berlopak serta berselut. Jadi dengan memakai kasut plastik, kasut pokneng mudah di cuci dan tak perlu tunggu lama untuk kering.

No comments: