March 24, 2002

JAGA ANOK-ANOK PULOK...

"Angah, Along bangun...lepas mandi tu, jangan lupa berwudhuk'..kita solat Subuh sama-sama".
Kata aku sambil mengerak-gerakkan badan mereka berdua.
Alhamdulillah nampaknya tak liat nak membangunkan mereka berdua dari tidur.
Angah mandi dulu. Lepas tu Alang pulak.
Kekadang tu gaduh jugak..sapa nak dulu..sapa nak kemudian.

Mandi dan Solat Subuh..bereh!.

Lepas tu, Pok Neng ke dapur pulak.

Panaskan air.
Minum?...bancuhkan air teh untuk sarapan mereka.
Makan?... roti dah ada kat atas meja.
Nanti mereka boleh sapukan Jem dan marjerin.
So sarapan anak-anak ..bereh!

Apa lagi yer...
oooo air panas untuk buat air mandian Acik.(Sorrylah..PokNeng tak der water heater kat rumah).

"Acik...jom bangun..dah siang ni..nak gi sekolah ni"
"Acik nak cuti hari ni", terdengar kata-kata dari mulut anak aku yang kecik sekali.
Lima tahun umurnya. Baru masuk tadika. Tapi keletahnya.
"Cuti? lagi 4 hari acik boleh cuti..tapi hari ni kenalah gi sekolah"
"Acik nak cuti jugak"
"OK lah...lagi 4 hari acik boleh cuti". Kata ku setuju dalam tak setuju.
Kalau ikut ilmu saikologi ...bebudak dengar perkataan yang hujung jer...OK dan boleh cuti .
Hai..hai...kecik-kecik dah pandai nak minta cuti.

Tu sebab kalau nak nak suruh bebudak senyap..jangan kata "JANGAN BISING"..alamat bising di buatnya. Sebab yang didengarnya hanyalah perkataan "bising".
Katakan "SENYAP"

Lepas mandikan Acik, pakaikan baju sekolah Acik.
Pok Neng sikatkan rambut Acik.
Siapkan Acik...bereh!

Pastu ..kena basuh baju pulak...mujurlah ada washing machine...
Kain baju yang di pakai semalam kena di basuh per...but no big deal.
Bab sidai kain...PokNeng serahkan pada Angah dan Alang.
Basuh ngan sidai baju...Bereh!

Jam 7.00 pagi, semuanya bereh...hantar mereka semua ke sekolah pulak.
It will take only 10 minute to drive to their schools.
Sekolah Angah dan Alang sebelah menyebelah. Tadika Acik, seberang jalan jer.

Cium tangan ayah...
Kami pergi sekolah.
Hantar anak ke sekolah..bereh!

Baru lah PokNeng memandu ke pejabat.

Gitulah...selama seminggu ni Pok Neng akan buat kerja-kerja tu.

Seminggu ni Mek tak de kat rumah.
Mek gi kursus seminggu. Kursus di luar kawasan.
Mek balik Khamis ni.
Sebelum ni, Mek ada..jadi kebanyakan kerja dia yang buat.
Pok Neng bantu mana yang boleh. So dah ada pengalaman lah.
Jadi bila Mek tak der ni...tak ler kelam-kabut..
Selama ni Pok Neng jer outstation. Mek jaga rumah...jaga anak-anak.
Sekarang Mek lak gi outstation.
Mek gi kursus tu baik-baik yer..(hehe...cemburu jugak Pok Neng ni).
Hoi sapa tak sayang isteri..betul tak Rizal.
Jaga diri baik-baik.

Pok Neng jaga rumah.
Pok Neng jaga anak-anak.


March 20, 2002

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG

Little Boy

"Anak-anak umpama kain putih, ibu-bapanya yang yang mencorakkannya."

March 17, 2002

PokNeng
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Hari ni teringin pula PN nak merakamkan sebuah kisah yang amat berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Walaupun kisah ini telah berlaku berabad dulu, namun ia masih relevan.

Pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata;
'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."


Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula;
"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi;
"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;
"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

*Himar - keldai

Pok Neng: Eloklah diambil pengajaran dari kisah di atas.

March 06, 2002

Dalam Pencarian...

Sewaktu mencari-cari ilmu berweblog, PN terjumpa satu laman yang menyenaraikan beberapa perkara yang telah dipelajari dalam berweblog. Kata pengarang tersebut antara yang menarik minat PN adalah "ISI" web jernal tu. Isinya hendaklah yang asli dan unik dan katanya web jernal tu hendaklah selalu di'up-date'..tak semestinya setiap hari.
Untuk mengetahui "jurus" (istilah yang TokRimau gunakan) yang selanjutnya, silalah menjengok sini

Nota: Ilmu itu bak ...air lautan umpama dakwatnya dan kayu di hutan umpama penanya...apatah lagi sekarang ni tak pakai pen dah..ketik kat Papan Kekunci jer...

March 05, 2002

Belajar dan terus belajar....

Hari ni Pok Neng (lepas ni disebut sebagai PN) cuba kemaskinikan "interface" webjernal PN. Mujurlah PN tahu sikit-sikit bahasa HTML. Edit Template yang diberikan oleh Blogger.com. Yang menarik tu PN sekarang dah buka Online Mall - PN Online Mall...ha...nak cuba nasib berniaga kat alam siber ni. Kalau anda juga berminat untuk membuka Online Mall sendiri, silalah lawat PN Online Mall untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tak salah kita mencuba.

Nota: Teringat masa kecik dulu..PN jual pisang goreng keliling kampung.

March 04, 2002

Bukan Senang....

Memang itulah yang terlintas dibenak PokNeng sekarang ni. Bukan senang nak update webjernal ni..hahahaha. Ada jer yang menghalangnya.. semangat mesti kuat. Mesti ada idea dan pandai menyusun bahasa..dan yang penting mesti tahu bagaimana nak menyampaikan mesej kita..PokNeng pun tengah belajar ni. Maklumlah selama ni, Pok Neng hanya fasih berbahasa teknikal.

Bila tengok rakan-rakan Geng Jernal yang lain yang rajin mengemaskinikan web jernal mereka..rasa irihati pulak..apatak nya...Rudy Bluehikari, Rizal Sakinah, Tok Rimau.. dan ramai yang lain yang tak sempat PokNeng menziarahi jernal mereka..ada jer cerita, isu yang mereka ketengahkan...sekalung tahniah Pok Neng diucapkan.

Kalau kengkawan ada masa cuba jengahkan site ni..

Andrew Sullivan's The Blogger Manifesto considers blogging the new journalism. His blog has more readers (220,000 people last month) than his employer

Tengok macamana "power" nya web log ni. Moga ada manfaatnya.

Nota: Sikit-sikit ..lama-lama jadi bukit.