April 21, 2003

Jemputan Kawin...

Hari ini meja PokNeng berbau harum semerbak. Tiada kuntuman bunga, tiada botol minyak wangi di atasnya. Cuma yang ada hanyalah sehelai sampul surat. Sampul surat berwarna krim yang berisi Kad Jemputan yang selamat diterima semalam. Kad Jemputan yang harum semerbak.Yeah ..Elin....PokNeng dah terima kad tersebut. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, kami sekeluarga akan memenuhi undangan tersebut.InsyaAllah.

April 15, 2003

War Games...

"We create fun games for people of all ages"
"PC war game with well known rules: "Shoot'em all to win!". Enemies will try to destroy your objects but you must stop them by using different deadly weapons. So shoot, shoot and shoot some more!"
"Rules are simple and the game is is going to give unforgettable pleasure for people of any age! "
"Thank you for the game, I have been playing it every nite after work literally for months and it�s relaxation I need."


Apakah sama perang ke atas Iraq dengan War Games yang biasa dimainkan di PC?
Apakah tidak ada perasaan dan kasihan belas di atas kesakitan dan penderitaan yang di alami oleh mangsa-mangsa perang?

Petikan di atas di ambil dari beberapa website yang memperdagangkan perisian permainan perang. Sepintas lalu dapat dibayangkan yang manusia kini sudah sampai ke tahap di mana sudah tidak dapat membezakan antara REALITI dan FANTASI.

April 14, 2003

Surat dari Universiti...
Hari ini merupakan hari bersejarah buat PokNeng kerana mendapat surat dari "Universiti" yang antara lain menyatakan bahawa:
"We have the pleasure to inform you that you are offered admission to pursue your studies in the Doctor of Philosophy (PhD) programme. The details are given below.....".

Setelah hampir sebulan lebih menunggu selepas menghantar proposal, akhirnya penantian di akhiri dengan penerimaan surat tersebut. ALHAMDULILLAH. Sekurang-kurangnya Fasa Pertama telah di lepasi. Kini akan bermula Fasa Kedua pula. Memulakan kajian. Mungkin banyak yang perlu dibincangkan dengan Supervisor apabila bertemu nanti.

Pendaftaran akan dibuat pada awal bulan May.
:::

April 12, 2003

EU-Asia E-Learning Conference 2003

Dari 10 hingga 12 April, PokNeng berkampung di PWTC menghadiri persidangan E-Learning yang dianjurkan oleh METEOR Sdn Bhd (Syarikat induk Open University Malaysia/Universiti Terbuka (UNITEM)) dan European Union. Disamping seminar dan pameran, diadakan juga "business matching" di mana syarikat-syarikat dari Europe mencari busines partner dari syarikat Malaysia. Seminar lebih bertumpu kepada pengalaman dan isu-isu berkaitan dengan e-learning - baik di sektor swasta maupun sektor kerajaan.
Disamping mendapat maklumat terkini, kesempatan ini juga menemukan PokNeng dengan beberapa pensyarah dan rakan semasa di universiti yang hampir 20 tahun tak berjumpa! Alhamdulillah, masing-masing masih mengenali dan saling mengingati...walaupun rupa fizikal masing-masing agak berubah di mamah usia.
Sewaktu pulang, dalam k/terbang - tanpa diduga bersua muka untuk pertama kali dengan seorang rakan GJ . Terus memberanikan diri memberi salam dan memperkenalkan diri PokNeng. Elin...nice meeting you. Tentu tengah sibuk sakang la ni ...maklumlah tak lama lagi nak jadi Raja Sehari...ahak!

April 05, 2003

Aku ...Anak Peneroka FELDA...


Cuti hujung minggu digunakan untuk balik ke kampung. Menziarahi ayah dan juga pusara ibunda.
Ya hampir panjang juga tempoh tak balik kampung..alasan biasa...sibuk dengan kerja.
Seperti biasa ayah seronok dengan cucu-cucunya. Berkesempatan juga melawat ladang sawit yang telah ditanam semula. Pokok-pokok telah mula mengeluarkan hasil.

Bila berada ditengah ladang, terimbau kenangan lalu....waktu kecil-kecil dahulu sewaktu berumur 9-12 tahun. Yang pastinya bila masa hujung mingggu ataupun musim cuti sekolah PokNeng akan turun ke ladang membantu ayah. Dengan menaiki motosikal sambil mengandar sabit pemotong sawit, kami akan melalui jalan ladang yang tak bertar merentasi kawasan perladangan sawit yang begitu luas dan menghijau. Sesekali perjalanan kami di ganggu oleh ayam hutan yang berterbangan ketakutan oleh kehadiran bunyi motosikal yang kami naiki.

Selalunya ayah akan menyambung sabit dengan galah besi. Sewaktu itu, pokok sawit sudah mempunyai ketinngian hampir 12 kaki. Ayah akan mengait buah sawit dengan sabit. Selepas buah sawit boleh di potong, pelepahnya yang menyangga buah tadi pula di potong. Pelepah-pelepah tersebut perlu disusun diruang antara baris pokok sawit. Tugas PokNeng...mengangkat tandan sawit yang telah jatuh ke dalam kereta sorong dan membawanya ke tepi jalan. Sekiranya pokok yang berada di kawasan berpaya dan berbukit. Keadaannya agak berbeza kerana buah yang dipotong akan jatuh bergolek dan jatuh ke dalam paya. Untuk memungut buah tandan tersebut, ia perlu dicucuk dengan menggunakan besi yang tajam di hujungnya untuk mengangkat buah tersebut. Besi tersebut juga digunakan untuk mengangkat buah masuk ke lori untuk dihantar ke kilang.

Disamping tandan sawit, ada juga buah-buah sawit yang terlerai jatuh di pangkal pokok. Ada sekali tu, dok asyik mengutip buah lerai mengelilingi pokok, apabila bangun, mata jadi berpinar dan tak tahu berada kat mana masa tu. Hilang arah. Apa lagi menjeritlah memanggil ayah....tersenyum ketika mengingat saat itu. Kalau PokNeng datang dengan adik ...tugas mengutip buah lerai..diserahkan padanya...cuma dia perlu masukkan ke dalam beg pastik yang selalunya guni baja yang telah tidak digunakan lagi. Pok Neng akan mengutip tandan-tandan sawit yang bertaburan di sepanjang baris pokok. Satu tandan tu bukannya ringan..sekurang-kurangnya 10 kilo. Huhh...berat bagi kanak-kanak berusia 9-12 tahun mengangkatnya.

Kerja-kerja yang berat inilah yang menyemarakkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Tak mahu selamanya berkerja di ladang. Perlu mengubah nasib untuk mendapat kerja lebih baik.

Kini PokNeng telah berkeluarga dan berkerja. Ayah pula nampaknya tidak lagi berdaya menguruskan ladang sendirian. Ladang pun telah di tanam semula. Kerja-kerja memotong buah di upahkan orang untuk mengerjakannya. Tak ada seorang pun adik-beradik yang berminat untuk mewarisi kerja-kerja di ladang. Apakah mungkin aku selaku anak yang tua perlu menyambung tugas tersebut.?