October 27, 2002

Sibuk kah aku?

Dah lama PokNeng tak menjengah weblog pokneng ni...maklumlah kebelakangan ini sibuk dengan tugas seharian di pejabat. Sekejap ke KL, sekejap ke Kertih..meeting jabatan.. meeting pengurusan....latihan untuk Learning Facilitator...begitulah.

October 13, 2002

Selamat Menempuh PMR

Hari ini merupakan hari yang penting buat Kak Long. Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan PMR. Doa kami sekeluarga, semoga Kak Long dapat menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan tepat. Diberikan Allah kesihatan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

October 08, 2002

"Uhuk..uhuk..."



Dua tiga hari ni PokNeng berasa tak berapa sihat. Batuk, selsema dan nafas agak sempit. Tanda-tanda nak berjumpa "Asma" lah tu. Mek kata ni tentu PokNeng tension....tension buat pembetulan proposal. Mungkin juga. Ada sedikit pembetulan yang kena dibuat. Minggu depan InsyaAllah akan submit semula. Biar apa-pun PokNeng masih tetap redha dengan ujian Allah ini. Mungkin untuk PokNeng muhasabah diri...tiap penyakit ada ubatnya..melainkan Maut.

Sebenarnya taklah terasa sangat tension kerana apa yang PokNeng buat tu memang menyeronokkan. Cuma beban kerja agak meningkat sejak akhir-akhir ini. Mesyuarat sana, mesyuarat sini. Hujung minggu ni pulak kami akan berkampung di dalam kampus selama 4 hari empat malam untuk menyiapkan e-learning courseware. Rapid Courseware Development Workshop. Kalau tak buat gitu, mana ada masa lagi. Masing-masing pensyarah "pack" dengan kelas masing-masing. Ini kali kedua workshop di adakan. Yang pertama dulu hasilnya agak memberangsangkan. Mudah-mudahan kali ini lebih lagi.

October 06, 2002

"Home Made Roselle Jam"




Semalam, seharian PokNeng menuai buah "bunga raya" - atau lebih dikenali sebagai "Roselle" untuk dibuat jam. Roselle atau nama saintifiknya - Hibiscus sabdariffa L. mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Benihnya yang diambil dari rumah seorang sahabat - kini telah mengelurkan buahnya setelah ditanam di tepi pagar kira-kira 3 bulan lepas . Walaupun hanya dua batang - buahnya begitu banyak. Setelah di tuai dari tangkainya, penuh dua bakul - kira-kira 5 kg beratnya.

Selepas dibasuh, bijinya perlu dikeluarkan. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Dengar khabarnya daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari - belum lagi PokNeng mencubanya.

Mek kata elok dibuat jam. Minta Angah ke kedai untuk membeli gula dan roti. Selepas di kisar, salut bunga tersebut dimasak bersama gula - secukup rasa...jadilah Jam Rosella. Petangnya kami sekeluarga minum petang - roti berjemkan rosella - buatan sendiri. Huh enak. Itulah...berbakti pada bumi, tak rugi.

Khasiatnya:
"ROSELLA (Hibiscus sabdariffa Linn.): Rosella riches in Vitamin A, Niacin, and Calcium. It acts like natural electrolyte beverage to substitute minerals sweated out while playing sports. It also decreases inflammation of kidney and urinary tract. Scientists found it is good for arteriosclerosis and reduce blood hypertension. "