June 20, 2002

Data, Information, Knowledge, Wisdom...

Sehari dua ni pokneng sibuk dengan benda-benda kat atas tu....bermain-main dengan angka, menggali maklumat dari pelbagai laporan dan presentation materials, menterjemahkannya dalam bentuk pengetahuan yang baru. Semua itu akan digarap dengan penuh kebijaksanaan menggunakan pelbagai teknik analisa yang hasilnya akan digunakan bagi membantu menentukan arah dan haluan organisasi di masa depan....puuuh...exhausted!

Pun begitu...fikiran terasa lapang memikirkan..esok nak balik doh... bersama isteri dan anak-anak di rumah.

June 16, 2002

Shopping di Rantau Panjang...

Semalam, kebetulan mek dapat cuti. Maka pokneng pun ambil cuti.... Jadi dikesempatan yang ada tu, kami berdua ke Rantau Panjang untuk membeli sedikit barang-barang keperluan.
Perjalanan dengan menaiki kereta dari rumah untuk sampai ke sana mengambil masa hampir 3 jam.
Kami ambil jalan pantai. KT - Penarek - Fikri - Besut - Jelawat - Wakaf Che Yeh - Rantau Panjang.

Sampai di sana lebih kurang jam 11.00 pagi. Keadaan pekan RP agak lenggang. Mudahlah nak tawar-menawar.

Jam 3 petang baru kami pulang. Dengan bonet kereta penuh dengan beg plastik berisi kasut, beg tangan, beras siam cap arnab emas dan buah-buahan. Tu je...

June 15, 2002

Bersantai di pantai...

Pagi ini kami sekeluarga berkelah di pantai. Beri peluang untuk anak-anak mandi manda di pantai pulak. Acik sibuk dengan layang-layang yang baru di beli. Kak Long bawa nasi. Angah bawa tikar dan Alang bawa baldi. Nasi untuk di makan dengan lauk yang telah pun di sediakan mek. Tikar pula untuk mengalas tempat duduk sementara baldi pula untuk mengisi pakaian yang basah nanti.

Hampir dua jam kami menghabiskan masa di pantai. Mujur pagi ni cuaca agak redup dan air pasang serta ombak pun tidak begitu kuat. Sesuai untuk mandi-manda.

June 14, 2002

Happy Our Wedding Anniversary...

Semalam, sebelum berangkat pulang ke KT, puas pokneng keliling KLCC Suria mencari sekeping kad untuk meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Akhirnya bertemu juga kad yang seperti mana yang pokneng hajati.

Hari ini, genap enam belas tahun pokneng dan mek mendirikan rumahtangga.
16 tahun darab 365 hari bersamaan 5,840 hari.
5,840 hari darab 24 jam bersamaan 140,160 jam.
140,160 jam darab 60 minit bersamaan 8,409,600 minit.
Huuh...lama tu...

Tapi pada pokneng bukan masa yang menjadi ukuran utama dalam hidup berumahtangga. Kesediaan dan kesetiaan mek mengharungi hidup bersama pokneng itu sebenarnya yang amat pokneng hargai.

Awal-awal tahun perkahwinan merupakan tahap yang kritikal. Masing-masing baru mempelajari karekter pasangan masing-masing untuk mengenali hati budi masing-masing. Maklumlah..kan orang berkata..masa bercinta semua indah belaka. Hei..bukan senang bah tu (bak kata orang Sabah). Tambahan pulak pokneng belum lagi mempunyai pekerjaan tetap di kala itu. Masih meneruskan pengajian di peringkat lepas ijazah.

Alhamdulillah, beberapa tahun selepas itu, rezeki anak-anak - pokneng mula mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelulusan yang pokneng perolehi. Dari menumpang rumah mak mertua dan mempunyai kereta terpakai, kami telah berupaya membeli sebuah kereta baru. Kemudian membeli sekeping tanah di Kajang untuk mendirikan rumah idaman kami yang kemudiannya kami namakan - IMPIANA.

Anak-anak pun dari satu, jadi dua, dua..dah jadi tiga...dan seterusnya menjadi empat...Alhamdulillah. Itulah sebenarnya harta yang amat bernilai sebagai hadiah perkahwinan kami. Itulah juga amanah Allah yang dititipkan kepada kami.

Hari ini, 14 Jun 2002, dengan berlatarbelakangkan gambar sejambak ros merah, pokneng rakamkan kata-kata yang tertera di kad tersebut untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16. Antara kata-kata yang tertera di kad tersebut;


"The Secret of Staying In Love"

The secret of staying in love
is sharing our thoughts,
our feelings, and our dreams,
taking time to plan
the special days
that we enjoy together,
remembering
to do the little things
that warm each other's heart,
going out of our way
to be there for each other
with help and understanding...

The secret of staying in love
is really no secret at all -
it's finding someone
as wonderful as you
to love and cherish forever


Happy Anniversary with All My Love

Sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan kami...tiada kek..tiada lilin...cuma doa setulus hati kami moga jodoh kami di kekalkan Allah SWT. Keberkatan dan limpah Rahmat Allah yang berterusan disamping diberikan kekuatan dan ketabahan dalam meniti hari-hari mendatang.

Lepas bersarapan, kami berdua mengambil masa kami untuk berdua-duaan menyusur pesisir pasir pantai berhampiran rumah....melayani ombak yang sesekali memukul kaki...sambil menyorot masa yang telah berlalu serta merancang masa depan. Pelajaran anak-anak.Yang pastinya kami bercadang dalam masa yang terdekat untuk mencukupkan tabungan bagi menunaikan fardhu Haji. InsyAllah.

June 10, 2002

Mari kita bermain golf...

Huuuh..dah lama benar pokneng tak turun ke golf course. Jadi cuti hujung minggu lepas pokneng ambil kesempatan untuk turun ke "driving range" untuk mengembalikan skills yang dah agak berkarat tu.

Mula-mula belajar tu..memang kekok..tambah pulak tak der coach yang sesuai dengan pokneng sebab pokneng ni kidal....set yang pokneng beli...untuk orang kidal....so kalau sesekali turun tu...ramai juga rakan-rakan yang hairan...alaaa.. macam Phil Mickelson tu...satu-satunya pemain golf profesional yang kidal.



Kelab Golf dan Rekreasi UKM, Bangi

June 04, 2002

Gunting Rambut...

Balik dari pejabat, pok neng terus panggil Alang dan Acik ikut pok neng naik kereta.
"Nak gi mana ayah?"
"Kita gi gunting rambut..."
"Rambut kamu berdua dah panjang...dah mencecah cuping telinga.."



June 02, 2002

Letihnya..

Perjalanan balik dengan memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu memakan masa hampir 9 jam.