December 30, 2002

Tahniah Kak Long...

Jam 10 pagi kami ke sekolah Kak Long. Keputusan PMR di keluarkan hari ini. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit.
Selepas memberhentikan kereta, Kak Long bergegas turun ke dewan sekolah. PokNeng dan Mek hanya menunggu di dalam kereta. Kebetulan Kak Long nampak ada rakan se tingkatan. Tak berapa lama kemudian, Kak Long muncul semula dengan muka yang berseri-seri.

"Camner result Kak?"
"Alhamdulillah Mak...straight A...." balas Kak Long.
Mek terus keluar kereta dan memeluk Kak Long
"Alhamdulillah..."
Mek mengalirkan air mata kegembiraan.

Alhamdulillah..Kak Long dapat straight A...9A dalam peperiksaan PMR 2002 yang di ambil beliau. Ini termasuk subjek Bahasa Arab.




December 22, 2002

SMS Di Hari Raya
Sempena hari raya yang lalu, PokNeng sempat menghantar SMS di bawah.

Eidul Fitri menjelang tiba
setelah sebulan kita berpuasa
tangan dihulur maaf dipinta
dari kami seisi keluarga

Berikut antara balasan yang PokNeng terima dari rakan-rakan kreatif PokNeng.

ketupat di rebus di atas para
hendak di rebus di tepi perigi
sms dihantar penganti kad raya
tanda ingatan di aidil fitri

Tangan di hulur salam bersambut
kuih terhidang untuk dimakan
hati pun luhur otak tak berserabut
saling bermaafan sesama rakan.

November 27, 2002

AIDIL FITRI � Antara ibadah dan adat





Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang kembali. Ia disambut berulang-ulang pada tiap-tiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk Umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: �Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.�
Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.
Kemuliaan Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran, ertinya: �Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.�
Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda �Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir yang ingkar pada hari kiamat.�
Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah SWT hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.
Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: �Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.�
Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.� yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Maksudnya :�Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.� dan daripada Anas r.a.:�Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.�
Walaubagaimanapun kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka yang merupakan pesta atau majlis hiburan.
Marilah kita hidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah bukan dengan gelaktawa dan hiburan. Bergembira di hari raya selalu disalah ertikan. Kita sepatutnya gembira dengan menunjukkan kesyukuran dan membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid. Bukan dengan muzik dan bunyian mercun.
Bagi menyambut hari kebesaran ini, ramai yang bertakbir tetapi tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid itu walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya. Penghayatan dan kemanisan lafaz-lafaz itu tidak dapat dirasai.
Maksud takbir :
"Allah Maha Besar. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyekutukan Allah.

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."

"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."

************
Sumber: Daawah Resources Website at http://daawah.com/islam/hari/aidilfitri.shtml

November 17, 2002

Balik Kampung

Minggu lepas PokNeng ambil peluang balik kampung bersama keluarga. Anak-anak cuti sekolah. Lagipun ada mesyuarat di KL. Kali ini memandu. Perjalanan yang panjang...hampir 9 jam perjalanan. KT ke Klang. Bertolak jam 3.30 petang. Singgah di Kuantan untuk berbuka. Lepas berbuka dan Solat Jamak Maghrib dan Isya, teruskan perjalanan. Sampai Temerloh, kira-kira jam 10 malam. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Kenderaan tak begitu banyak. Selamat sampai di destinasi jam 1 pagi. Alhamdulillah.

Esok hari, memandu ke KL untuk mesyuarat.
Keesokan harinya..bercuti..santai 3 hari di kampung.....




November 06, 2002

Happy Birthday....
Hari ni birthday mek. Nak hadiah apa ye...(sambil garu kepala ). Tak kan kad aja. ooo teringat..coklat..mek suka coklat. Nak ghi cari coklat favourite mek jap lagi.

November 03, 2002

Cuti...
Hari ini cuti umum..Hari Deepavali untuk penganut Hindu. Pok Neng dan keluarga tak kemana. Mungkin petang nanti akan ke bandar untk membeli-belah. Disini hujan turun. Maklumlah dah musim tengkujuh. Sepanjang pagi ini sibuk dengan nota dan bahan rujukan untuk menyudahkan proposal study yang belum siap. Malam ini pula perlu berkemas pakaian dan barang keperluan untuk out-station selama beberapa hari. Nampaknya mula berpuasa tanpa bersama keluarga. :(

October 27, 2002

Sibuk kah aku?

Dah lama PokNeng tak menjengah weblog pokneng ni...maklumlah kebelakangan ini sibuk dengan tugas seharian di pejabat. Sekejap ke KL, sekejap ke Kertih..meeting jabatan.. meeting pengurusan....latihan untuk Learning Facilitator...begitulah.

October 13, 2002

Selamat Menempuh PMR

Hari ini merupakan hari yang penting buat Kak Long. Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan PMR. Doa kami sekeluarga, semoga Kak Long dapat menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan tepat. Diberikan Allah kesihatan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

October 08, 2002

"Uhuk..uhuk..."



Dua tiga hari ni PokNeng berasa tak berapa sihat. Batuk, selsema dan nafas agak sempit. Tanda-tanda nak berjumpa "Asma" lah tu. Mek kata ni tentu PokNeng tension....tension buat pembetulan proposal. Mungkin juga. Ada sedikit pembetulan yang kena dibuat. Minggu depan InsyaAllah akan submit semula. Biar apa-pun PokNeng masih tetap redha dengan ujian Allah ini. Mungkin untuk PokNeng muhasabah diri...tiap penyakit ada ubatnya..melainkan Maut.

Sebenarnya taklah terasa sangat tension kerana apa yang PokNeng buat tu memang menyeronokkan. Cuma beban kerja agak meningkat sejak akhir-akhir ini. Mesyuarat sana, mesyuarat sini. Hujung minggu ni pulak kami akan berkampung di dalam kampus selama 4 hari empat malam untuk menyiapkan e-learning courseware. Rapid Courseware Development Workshop. Kalau tak buat gitu, mana ada masa lagi. Masing-masing pensyarah "pack" dengan kelas masing-masing. Ini kali kedua workshop di adakan. Yang pertama dulu hasilnya agak memberangsangkan. Mudah-mudahan kali ini lebih lagi.

October 06, 2002

"Home Made Roselle Jam"




Semalam, seharian PokNeng menuai buah "bunga raya" - atau lebih dikenali sebagai "Roselle" untuk dibuat jam. Roselle atau nama saintifiknya - Hibiscus sabdariffa L. mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Benihnya yang diambil dari rumah seorang sahabat - kini telah mengelurkan buahnya setelah ditanam di tepi pagar kira-kira 3 bulan lepas . Walaupun hanya dua batang - buahnya begitu banyak. Setelah di tuai dari tangkainya, penuh dua bakul - kira-kira 5 kg beratnya.

Selepas dibasuh, bijinya perlu dikeluarkan. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Dengar khabarnya daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari - belum lagi PokNeng mencubanya.

Mek kata elok dibuat jam. Minta Angah ke kedai untuk membeli gula dan roti. Selepas di kisar, salut bunga tersebut dimasak bersama gula - secukup rasa...jadilah Jam Rosella. Petangnya kami sekeluarga minum petang - roti berjemkan rosella - buatan sendiri. Huh enak. Itulah...berbakti pada bumi, tak rugi.

Khasiatnya:
"ROSELLA (Hibiscus sabdariffa Linn.): Rosella riches in Vitamin A, Niacin, and Calcium. It acts like natural electrolyte beverage to substitute minerals sweated out while playing sports. It also decreases inflammation of kidney and urinary tract. Scientists found it is good for arteriosclerosis and reduce blood hypertension. "

September 30, 2002

Semalam PokNeng submit draf proposal penyelidikan untuk Ph.D PokNeng. Kalau ikut dalam prospektus tu, kalau buat part-time, paling cepat 3 tahun, paling lama..7 tahun. Jika draf proposal itu sesuai, baru PokNeng akan apply secara rasmi untuk meneruskan pengajian.

Malam, Mek ngan "Winter Sonata". PokNeng ngan anak-anak tengok kartun "Shin-Chan". Ini minggu kedua menonton siri tersebut. Maklumlah masa siarannya sama dengan "Winter Sonata". Ending Winter Sonata - biar Mek yang ceritakan pada PokNeng. Seronok juga melihat kartun tersebut. Melihat karekter "lurus" kanak-kanak bernama "Shin-Chan".



"Shin-chan is a small kindergarten-aged boy with Chuck Manson eyebrows and a very distinctive voice that will burn itself deep into your brain. The easiest way to explain the persona of this kid is to make a simile to a cross between Dennis the Menace and Freddy Kruger of Nightmare on Elm Street fame. He's not necessarily evil but wherever Shin-chan goes, chaos follows..."

Menonton dengan anak-anak sambil mendengar reaksi mereka. Tegur mana yang patut.

September 23, 2002

Nak Study Lagi...?

Sorang demi sorang kengkawan sekuliah kursus lepasan ijazah PokNeng dulu mengusungkan diri ke universiti lagi untuk menambahkan lagi ilmu di dada. Bulan lepas, sorang berlepas ke US untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ph.D. Teringin juga di hati untuk mengikut jejak langkah mereka. Masa 3-5 tahun tu sekejap sahaja. Pejam celik pejam celik dah hampir hujung tahun 2002. Namun begitu, tugas ini bukanlah ringan, apatah lagi kalau nak buat secara separuh masa. Buat masa sekarang tengah kenal pasti beberapa universiti untuk mencuba nasib. Sambil tu cuba merancang tajuk yang agak sesuai dengan keadaan dan masalah kerja sekarang supaya kajian yang dilakukan dalam tempoh pengajian tersebut dapat dimanfaatkan.

PokNeng: Mudah-mudahan hasrat untuk mendapatkan ilmu sepanjang pengajian tersebut ada manfaatnya - buat diri sendiri, keluarga, majikan dan juga agama dan negara. InsyaAllah.

September 21, 2002

Destiny


"The choices we make, and the chances we take, determine our destiny."

September 20, 2002

Selamat Hari Jadi Kak Long

Semalam genap umur Kak Long 15 tahun. Mek beli kek dan coklat bersama sekeping kad untuk dibawa ke asrama Kak Long.
Kak Long tak balik ke rumah. Minggu depan baru boleh balik. Lagi pun PMR dah hampir dekat.

September 18, 2002

Time Management Skills

Hari ni mencedok sedikit dari satu laman tentang Time Management Skills sebagai peringatan untuk diri sendiri.

This chapter discusses personal time management skills. These are essential skills for effective people.

People who use these techniques routinely are the highest achievers in all walks of life, from business to sport to public service. If you use these skills well, then you will be able to function effectively, even under intense pressure. They help you to get the most out of the limited time you have.

At the heart of time management is an important shift in focus:


Concentrate on results, not on being busy

Many people spend their days in a frenzy of activity, but achieve very little because they are not concentrating on the right things.

The 80:20 Rule

This is neatly summed up in the Pareto Principle, or the "80:20 Rule". This argues that typically 80% of unfocussed effort generates only 20% of results. The remaining 80% of results are achieved with only 20% of the effort. While the ratio is not always 80:20, this broad pattern of a small proportion of activity generating non-scalar returns recurs so frequently as to be the norm in many areas.

By applying the skills in this chapter you can optimize your effort to ensure that you concentrate as much of your time and energy as possible on the high payoff tasks. This ensures that you achieve the greatest benefit possible with the limited amount of time available to you.


September 16, 2002

Sedap Tapi Bahaya
Hari ini PokNeng tertarik dengan artikel yang terdapat dalam Utusan Pengguna keluaran Sept 2002. Muka depannya menyentuh tentang bahaya pengambilan garam berlebihan. Akademi Sains Kebangsaan US menyarankan pengambilan harian minimum garam sebanyak 500 mg Natrium (kurang dari 1/4 sudu teh). Pengambilan maksimum tak seharusnya melebihi 2.400 mg (atau satu sudu teh). Dari kajian CAP mendapati kebanyakan hidangan makanan segera yang terdapat di pasaran mengandungi sehingga 7 kali ganda pengambilan Natrium maksimum harian yang dibenarkan. 3 ketul ayam goreng berjenama terkenal mengandungi 2,580 mg (1.08X), mee segera terkenal - 8,160 mg (3.4X). Brand yang PokNeng sukalak tu....kena kurangkan....
Yerlah...stroke, darah tinggi, heart attack, batu karang....semuanya dari pengambilan garam berlebihan.

September 15, 2002

Papan Cerita
Hari ni merujuk semula kepada beberapa nota kursus-kursus yang pernah dihadiri. Tujuannya untuk mendapatkan satu panduan dalam menyiapkan tugasan yang terbaru diberikan. Menyediakan template bagi penyediaan papancerita bagi membangunkan perisian multimedia interaktif. Membuat storyboard adalah merupakan satu dari proses utama dalam membangunkan perisian pendidikan multimedia interaktif. Walaupun ianya nampak mudah, tetapi memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang saikologi pendidikan terutamanya.

September 14, 2002

Kerja Semula
Selepas mengambil cuti beberapa hari sempena cuti sekolah untuk bersama anak-anak, hari ini bekerja semula. Banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Begitulah. Kerja yang tak habis-habis. Selesai satu, datang satu lagi.

September 13, 2002

Irama dan Lagu...Tak Boleh dipisahkan

Andai dipisah
Lagu dan Irama
Lemah Tiada berjiwa....HAMPA

Begitulah antara ungkapan lagu Getaran Jiwa ilham Seniman Agung P. Ramlee yang masih segar diingatan. Ini antara lain kesimpulan yang dapat pokneng buat setelah mendengar syarahan yang disampaikan oleh salah searang penceramah semalam. Aqidah dan Syariat tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan ...Islam tidak akan ada kekuatannya. Zaman Makkah...era pembinaan Aqidah. Zaman Madinah..era perlaksanaan Syariat.
Sehari Bersama Ulama'
Program tersebut diadakan di Masjid KUSZA. Di rasmikan semalam oleh YAB Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang - MB Terengganu dengan Kuliah Maghribnya yang berkisar terhadap kupasan terhadapan pemahaman dan pengukuhan Akidah. Program Malam di isi dengan Qiyamulail bermula jam 4.00 pagi dan selepas solat Subuh, Kuliah Subuh oleh Tn Hj Zainal Abidin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu. Kuliah 10 pagi pula oleh YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, ADUN Jengka.
Yang menarik pula Khutbah Jumaat pula disampaikan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Harun Din yang menyentuh tentang Hasanah di dunia dan Hasanah di Akhirat. Kuliah Asar pula di sampaikan oleh YB Dato' Ismail Kamus. Kuliah Maghrib oleh Tn Guru Hj Abd Rahman Ahmad - Tokoh Ma'al Hijrah 1422H. Progam kemudiannya di tutup dengan Forum Perdana lepas Isyak yang ahli panelnya terdiri dari Prof Dato Dr. Harun Din, YB Dato' Ismail Kamus dan YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Majlis dipengerusikan oleh YB Ust.Nasaruddin Mat Isa.

September 12, 2002

Cat Pintu Pagar
Petang semalam pokneng ke kedai hardware. Beli cat anti karat, kertas pasir, thinner dan berus cat saiz dua inci.
Projeknya mengecat pintu pagar yang dah berkarat. Pengurus Projek..PokNeng...Pekerja...Bang Alang dan Bang Acik.
Mula-mula pokneng gunakan kertas pasir untuk membuang mana-mana karat yang ada. Dah selesai...buka tin cat. Lakukan demo mengecat pada Alang dan Acik. Cat bahagian atas dulu. Rasional nya supaya cat yang lebih akan melurut jatuh mengenai bahagian di bawah. Sapu berus cat dari atas ke bawah. Acik cat bahagian dalam. Alang cat bahagian luar. Belum pun selesai satu daun pintu pagar di cat, Acik dah surrender...penat. Terpaksa Pengurus Projek mengambil alih. Makan masa setengah jam juga menyudahkannya. Ha...berseri pintu pagar rumah pokneng sekarang. Terima kasih pada Alang dan Acik serta PokNeng.

September 10, 2002

Di ziarahi Sahabat
Hari ni seorang sahabat yang pokneng kenali sewaktu belajar di UK bersama isteri dan anak-anak beliau akan berkunjung ke rumah. Sekarang beliau bekerja di Melaka. Selepas berkursus di Kertih beliau akan pulang ke kampungnya di Kedah. Nak ikut Lebuh Raya Timur Barat katanya. Kira-kira jam 11 beliau akan sampai.
Pagi lagi pokneng ke pasar membeli barang-barang untuk dimasak Mek. Tulang nak masak kari. Cendawan, putik jagung, lobak, kobis bunga untuk digoreng campur.

September 08, 2002

Project Photo Digital
Hari ni PokNeng nak memulakan projek menscan gambar-gambar keluarga yang ada dalam koleksi untuk membuat Digital Album.

September 07, 2002

Pasar Payang
Pergi pasar dengan Mek. Borong batik terengganu satu kodi. Harga RM12 se helai. Beli banyak tu nak di beri pada saudara mara kalau jadi balik hujung minggu ni.

September 05, 2002

Cuti Sekolah
Hari ni mula cuti sekolah. Petang nanti jemput Kak Long dari asrama.

September 03, 2002

Yearly Performance Appraisal

Today is the last day to submit Yearly Perfomance Appraisal. All done online. Need to compile all related documents to support - as evidence in case if there are any questions from boss. Discussion with boss petang ni. Disebabkan setiap enam bulan ada review untuk melihat matlamat yang telah ditetapkan - jadi penyediaan dokumen berkaitan dengan objektf yang telah dicapai tidak sukar.

September 02, 2002

Digital Camera

Ini dia antara gambar yang telah PokNeng rakamkan dengan kamera digital yang baru dibeli.
Gambar orkid yang Mek tanam.





Mulanya tak kisah sangat dengan digital kamera, tapi bila dok fikir, dengan kamera biasa, kena beli filem - paling kurang RM8 untuk 36 keping. Nak cuci lagi mau kena dalam RM15. Lagipun kamera pokneng yang ada tu..dah rosak (alasan..). So kalau ada digital kamera untuk jangkamasa panjang lebih menjimatkan.
Dengan menggunakan digital kamera - tak ada kes gambar tak jadi.

Kamera pokneng ni maximum kapasiti pikselnya 3.3 Megapixel. So kalau ambil gambar dengan resolusi maksimum, gambar tak akan pecah apabila dienlargekan. Cuma...saiz memorinya besar bang. Sekarang ni pokneng guna resolusi yang rendah iaitu antara ada 640x480 atau 1280x960. Lagipun memori kad dibekalkan bersama cuma ada kecil aja - 32 MB.But still OK. Lepas di upload ke komputer, gambar yang telah diambil tu boleh didelete aja.

PokNeng: Nak jadikankan kamera ni asset....not liability. Camner ye...

September 01, 2002

Kerja
Dah habis cuti, hari ni masuk kerja balik. Kerja menimbun. Menanti untuk dibereskan.

August 31, 2002

Cuti
Hari ni pejabat PokNeng bercuti. Mek kerja. Jadi hari ni lepas hantar Angah dan Alang ke sekolah, terus hantar Mek. Acik pun ikut sama. Dia pun cuti macam ayahnya.
Lepas hantar Mek, pergi ke bandar. Balancing kereta. Lepas tu cuci kereta pulak.

August 30, 2002

Merdeka!!!
Merdeka...merdeka...merdeka...begitu tempikan yang kedengaran di sana-sini pada hari ini. Baik di padang, di tv..terutama dari kanak-kanak yang begitu gembira dengan kibaran Jaluran Gemilang...menceriakan suasana.

Merdeka..bebas dari perhambaan. Perhambaan sesama manusia. Namun kita tidak boleh merdeka dari menjadi Hamba Allah. Biar kuat mana usaha dan tempikan yang kita keluarkan. Kita tetap HambaNya. Jadi isikan kemerdekaan Negara kita ini dengan menjadi hamba Allah yang sebenarnya dengan mematuhi segala aturanNya.

August 28, 2002

Selamat Hari Jadi (dari Isterimu...)

Semalam Birthday pokneng. PokNeng terima kad dari Mek. Antara lain kata-kata yang terpahat di kad tersebut...

Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk...Suamiku

Saat kita berdua
sentiasa membuat kita ceria
dalam usaha menghiasi langkah bersama
kita pelihara janji bersama
seiring jalan menuju redha Ilahhi
ku ulangi ungkapan rasa hati
bersama salam dan ucapan dan doa restu dari ku
serta ucapan Selamat Hari Jadi
khas untuk suamiku tersayang
sebagai tanda ikatan kita bersama
dalam mencari lambang kasih sejati

(bersyukur pada Ilahi mempunyai suami seperti mu)

Terima kasih Mek. Tiada kata yang dapat mengambarkan betapa terharu bila menerima ucapan tersebut. Ya..perjalanan kita masih jauh. Tetapkan matlamat, bulatkan tekad, usaha terus usaha. tawakkal. InsyaAllah Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga.

Untuk umur ke 40 ini, pokneng hadiahkan diri dengan digital camera Casio QV-R3.



August 24, 2002

"Ayah, acik tau ayat tu..."
Lantas dia terus membaca potongan ayat al-quran yang baru di baca oleh penceramah yang sedang berceramah di masjid berhampiran. Dekat lima ayat.
"Camner acik tau ayat tu?"
"Acik belajar kat sekolah"
"Surah apa tu?"
"Surah Yaasin"
"Alhamdulilah... pandai anak ayah. Acik nak jadi ustaz kan"
Acik mengangguk.

August 22, 2002

Menjelang usia 40 an
Lima hari lagi umur pokneng genap 40 tahun. Huh..40 tahun...satu takat usia yang menjadi pemisah kematangan.
Sesungguhnya sungguh cepat masa berlalu.
Bagaikan tak terasa.
Seolah baru semalam masuk darjah satu
Bagaikan semalam masuk sekolah menengah
Bagaikan semalam masuk universiti
Bagaikan semalam menanam anggur
Bagaikan semalam bercinta dan mendirikan rumahtangga
bagaikan semalam menimang cahaya mata pertama, kedua, ketiga dan keempat
Bagaikan semalam merasa tinggal di negara bersalji
Meneruskan pelajaran
bagaikan semalam juga segala yang berlaku mewarnai kehidpan
di dunia fana ini.
Sekejap sungguh.

Uban mula bertabur, kulit mula kendur, gigi nak mula gugur, mata mula kabur...tanda-tanda dekat dengan alam kubur.

August 05, 2002

Lebam Bahu...

Alhamdulillah, setakat ni pokneng terselamat dari jangkitan sakit mata yang menyerang seluruh keluarga pokneng.
Cuma sekarang ni bahu lebam dek hentaman M-16 waktu pokneng menembak hujung minggu lepas.

Sebenarnya itu pengalaman pertama pokneng menggunakan senjata betul. Sebelum ni, guna senapang kayu je. Main askar-askar ngan kawan-kawan. Ikat getah kat hujung senapang dan letak pemetik di pangkal. Dan guna buah terung pipit sebagai peluru. Sedap juga kalau kena tembak tu. Tambah pulak masa tu tak reti lagi pakai baju. Pakai seluar katok aja. Seliper..pun pak pandai pakai lagi.

Hari tu, selepas diberi penerangan ringkas bagaimana menggunakan senjata tersebut oleh pegawai tentera bertugas, kami terus di beri senjata. Masukkan magazin peluru, tukar picu ke kunci selamat dan pegang senjata bila di beri arahan. Bila dah pegang senjata, baru tukar picu ke kunci sedia. Bidik. Then tarik lak picu. POOOOM!

Masing-masing kami diberi satu magazin berisi 20 butir peluru. Lepas melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah sasaran yang diletakkan 200 meter. markah pun di kira...Heh....pokneng dapat 2 point je...Agaknya peluru pokneng sesat ke sasaran member sebelah.


July 31, 2002

Sakit Mata....

Hari ni Mek, Acik dan Alang cuti. Tak ke sekolah. Masing-masing sakit mata. Mek...merah dan bengkak kedua-dua belah matanya. Acik sakita mata sebelah kanan dan Alang kena sebelah kiri. Angah yang kena dulu. Hari ni dah hilang bengkak dan merahnya. Jadi boleh lah dia pergi sekolah.
Kak Long dan Pokneng je yang tak kena (atau belum kena). Yang pasti Kak Long kat asrama. Pokneng pulak 2-3 hari lepas tak de kat rumah. Baru aja balik dari KL - ada meeting. Kalau ikut hukum akal, lambat laun akan kena juga tu. Tapi doa pokneng minta jauhkanlah sebab...3 haribulan ni pokneng ada pertandingan menembak di kem Tembila....guna M16.

July 27, 2002

Bergayutan...berlompat-lompatan"

Salah satu cara merayau di alam siber ni adalah menerusi "link" yang terdapat dalam webpage. Kita seolah bergayutan dari satu pokok ke satu pokok, melompat dari satu dahan ke satu dahan. Silap lompat...kena dahan reput...bad link. Tak per boleh, kita boleh klik butang "back". Pulang ke tempat kita bergayut sebelum ini.

Acara lompat melompat, gayut bergayut inilah yang boleh membuatkan kita leka dan alpa, kerana kita akan bertemu dengan pelbagai maklumat - yang berguna maupun yang kurang berguna untuk kita. Jadi untuk mengelakkan kita membazirkan masa, terleka dengan maklumat yang menarik tetapi mungkin tidak diperlukan, sebaiknya kita merancang sebelum kita merayau di alam internet ini.

Search Engine umpamanya dapat membantu kita mencari maklumat yang kita perlukan. Gunakan ia sebaiknya.Mungkin maklumat yang kita cari akan dipaparkan dalam 100 website - adakah kita nak menziarahi semuanya - mungkin ada baiknya kita melihat sekadar 10 website yang teratas. Mana-mana yang baik dan dirasakan kita nak menziarahinya masa akan datang, masukkan ia dalam senarai "Favourite".

Seeloknya, selepas satu jam, cuba berhenti sejenak dan bermuhasabah - memeriksa diri kita - apa yang kita perolehi dari perlayaran kita selama itu? Adakah kita menemui apa yang kita cari? Atau kita sekadar berlompat-lompatan dan bergayutan dari satu link ke link yang lain tanpa arah dan tujuan.

July 18, 2002

CUTI...

Hari ni....Jumaat.... cuti
Esok..Sabtu...cuti
Lusa..Ahad ...jugak CUTI.

Hari ni ...Tak kemana...duduk rumah..menghadap PC...surfing. Petang nanti nak tengok kak long kat asrama. Dia tak balik kerana ada kelas tambahan peperiksaan PMR.

Esok...acik ada sukan tahunan tadika. Kena gi ..beri sokongan acik masuk acara bawa bola ping-pong dalam sudu. Mesti bawa videocam lah nampaknya untuk merakamkannya.

Ahad...pagi ..cadang nak menebas rumput..di padang golf...hehehe...petang lak..nak menebas rumput keliling rumah pulak...baru adil...takkan pulak rumput di padang orang ditebaskan...rumput rumah sendiri di biar meliar.




July 15, 2002

Hard talk with Thiagi
Di bawah adalah sedutan interview Maish (e-learning post editor) dengan Prof. Thiagi yang begitu menarik untuk diikuti terutama kepada sesiapa yang berkecimpung dalam bidang pendidikan - e-learning, multimedia etc.

elearningpost: Thiagi, describe your specialty area.
Thiagi: My specialty is to avoid all specialties and become a rigid eclectic.
I specialize in reconciling paradoxes. I take light things (such as play and laughter) seriously and serious things (such as e-learning dropout rates) lightly. I specialize in being a global nomad and a cultural marginal. This helps me think like an Asian and like a non-Asian with equal fluency. "

Untuk kisah seterusnya boleh diikuti di e-learning post

July 14, 2002

The Quick And Easy Way to Effective Speaking 2

Berbalik kepada pembacaan pokneng. Antara lain intipati yang pokneng dapat dari buku tu mengatakan bahawa antara cara untuk bercakap (atau menyampaikan sesuatu mesej) secara berkesan adalah memperkatakan sesuatu yang kita mempunyai hak untuk bercakap mengenainya - perkara yang kita perolehi melalui pengalaman, pembacaan, pemerhatian atau pengkajian.
Maknanya percakapan yang berkisar kepada pengalaman (peribadi) sememangnya akan lebih berkesan. Hal ini kerana kebanyakan kita amat berminat untuk mengetahui cara mana orang lain mengatasi kesulitan yang mereka alami itu.

Hal ini terbukti apabila kita melihat penulisan menerusi weblog misalnya...amat menarik kerana masing-masing penulis bercakap atau bercerita tentang kehidupan masing-masing yang tiada duanya.

July 09, 2002

Semalam, officially tamat lah attachment pokneng dengan projek di HQ.
Tak perlu lagi tiap minggu berulang-alik Ke KL.

July 03, 2002

The Quick And Easy Way to Effective Speaking

Pokneng nak mula baca buku ni secara serius. Mungkin juga hasil pembacaan itu nanti, sedikit sebanyak akan pokneng ulas di weblog ini. Bukan apa..kengkadang pokneng tertanya-tanya kenapa bila orang lain bercakap...orang boleh beri perhatian. Tapi bila pokneng cuba memberi pendapat atau pandangan atau ulasan...macam tak sampai je mesej pokneng tu.

Kalau tengok pada isi buku ni...hampir menepati apa yang pokneng cari.

The Quick And Easy Way to Effective Speaking
Introduction
Part 1 Fundamentals of Effective Speaking
Part 2 Speech, Speaker, and Audience
Part 3 The Purpose of Prepared and Impromptu Talks
Part 4 The Art of Cummunicating
Part 5 The Challenge of Effective Speaking

OK...hari ni Part 1 dulu - Part 1 Fundamentals of Effective Speaking.
Perbincangan berkisar kepada prinsip asas percakapan berkesan dan sikap yang membolehkan prinsip-prinsip tersebut dapat diamalkan. Kata pengarang tu lagi - Satu-satunya cara untuk mencapai matlamat dengan cepat adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap pencapaian matlamat kita dan juga prinsip asas yang kukuh yang menjadi pegangan kita.

Nanti pokneng ulas pulak bagaimana pengarang menunjukkan cara-cara untuk mendapatkan kemahiran asas untuk percakapan berkesan.

Pokneng: Teach Yourself by Teaching Others

June 20, 2002

Data, Information, Knowledge, Wisdom...

Sehari dua ni pokneng sibuk dengan benda-benda kat atas tu....bermain-main dengan angka, menggali maklumat dari pelbagai laporan dan presentation materials, menterjemahkannya dalam bentuk pengetahuan yang baru. Semua itu akan digarap dengan penuh kebijaksanaan menggunakan pelbagai teknik analisa yang hasilnya akan digunakan bagi membantu menentukan arah dan haluan organisasi di masa depan....puuuh...exhausted!

Pun begitu...fikiran terasa lapang memikirkan..esok nak balik doh... bersama isteri dan anak-anak di rumah.

June 16, 2002

Shopping di Rantau Panjang...

Semalam, kebetulan mek dapat cuti. Maka pokneng pun ambil cuti.... Jadi dikesempatan yang ada tu, kami berdua ke Rantau Panjang untuk membeli sedikit barang-barang keperluan.
Perjalanan dengan menaiki kereta dari rumah untuk sampai ke sana mengambil masa hampir 3 jam.
Kami ambil jalan pantai. KT - Penarek - Fikri - Besut - Jelawat - Wakaf Che Yeh - Rantau Panjang.

Sampai di sana lebih kurang jam 11.00 pagi. Keadaan pekan RP agak lenggang. Mudahlah nak tawar-menawar.

Jam 3 petang baru kami pulang. Dengan bonet kereta penuh dengan beg plastik berisi kasut, beg tangan, beras siam cap arnab emas dan buah-buahan. Tu je...

June 15, 2002

Bersantai di pantai...

Pagi ini kami sekeluarga berkelah di pantai. Beri peluang untuk anak-anak mandi manda di pantai pulak. Acik sibuk dengan layang-layang yang baru di beli. Kak Long bawa nasi. Angah bawa tikar dan Alang bawa baldi. Nasi untuk di makan dengan lauk yang telah pun di sediakan mek. Tikar pula untuk mengalas tempat duduk sementara baldi pula untuk mengisi pakaian yang basah nanti.

Hampir dua jam kami menghabiskan masa di pantai. Mujur pagi ni cuaca agak redup dan air pasang serta ombak pun tidak begitu kuat. Sesuai untuk mandi-manda.

June 14, 2002

Happy Our Wedding Anniversary...

Semalam, sebelum berangkat pulang ke KT, puas pokneng keliling KLCC Suria mencari sekeping kad untuk meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Akhirnya bertemu juga kad yang seperti mana yang pokneng hajati.

Hari ini, genap enam belas tahun pokneng dan mek mendirikan rumahtangga.
16 tahun darab 365 hari bersamaan 5,840 hari.
5,840 hari darab 24 jam bersamaan 140,160 jam.
140,160 jam darab 60 minit bersamaan 8,409,600 minit.
Huuh...lama tu...

Tapi pada pokneng bukan masa yang menjadi ukuran utama dalam hidup berumahtangga. Kesediaan dan kesetiaan mek mengharungi hidup bersama pokneng itu sebenarnya yang amat pokneng hargai.

Awal-awal tahun perkahwinan merupakan tahap yang kritikal. Masing-masing baru mempelajari karekter pasangan masing-masing untuk mengenali hati budi masing-masing. Maklumlah..kan orang berkata..masa bercinta semua indah belaka. Hei..bukan senang bah tu (bak kata orang Sabah). Tambahan pulak pokneng belum lagi mempunyai pekerjaan tetap di kala itu. Masih meneruskan pengajian di peringkat lepas ijazah.

Alhamdulillah, beberapa tahun selepas itu, rezeki anak-anak - pokneng mula mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelulusan yang pokneng perolehi. Dari menumpang rumah mak mertua dan mempunyai kereta terpakai, kami telah berupaya membeli sebuah kereta baru. Kemudian membeli sekeping tanah di Kajang untuk mendirikan rumah idaman kami yang kemudiannya kami namakan - IMPIANA.

Anak-anak pun dari satu, jadi dua, dua..dah jadi tiga...dan seterusnya menjadi empat...Alhamdulillah. Itulah sebenarnya harta yang amat bernilai sebagai hadiah perkahwinan kami. Itulah juga amanah Allah yang dititipkan kepada kami.

Hari ini, 14 Jun 2002, dengan berlatarbelakangkan gambar sejambak ros merah, pokneng rakamkan kata-kata yang tertera di kad tersebut untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16. Antara kata-kata yang tertera di kad tersebut;


"The Secret of Staying In Love"

The secret of staying in love
is sharing our thoughts,
our feelings, and our dreams,
taking time to plan
the special days
that we enjoy together,
remembering
to do the little things
that warm each other's heart,
going out of our way
to be there for each other
with help and understanding...

The secret of staying in love
is really no secret at all -
it's finding someone
as wonderful as you
to love and cherish forever


Happy Anniversary with All My Love

Sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan kami...tiada kek..tiada lilin...cuma doa setulus hati kami moga jodoh kami di kekalkan Allah SWT. Keberkatan dan limpah Rahmat Allah yang berterusan disamping diberikan kekuatan dan ketabahan dalam meniti hari-hari mendatang.

Lepas bersarapan, kami berdua mengambil masa kami untuk berdua-duaan menyusur pesisir pasir pantai berhampiran rumah....melayani ombak yang sesekali memukul kaki...sambil menyorot masa yang telah berlalu serta merancang masa depan. Pelajaran anak-anak.Yang pastinya kami bercadang dalam masa yang terdekat untuk mencukupkan tabungan bagi menunaikan fardhu Haji. InsyAllah.

June 10, 2002

Mari kita bermain golf...

Huuuh..dah lama benar pokneng tak turun ke golf course. Jadi cuti hujung minggu lepas pokneng ambil kesempatan untuk turun ke "driving range" untuk mengembalikan skills yang dah agak berkarat tu.

Mula-mula belajar tu..memang kekok..tambah pulak tak der coach yang sesuai dengan pokneng sebab pokneng ni kidal....set yang pokneng beli...untuk orang kidal....so kalau sesekali turun tu...ramai juga rakan-rakan yang hairan...alaaa.. macam Phil Mickelson tu...satu-satunya pemain golf profesional yang kidal.



Kelab Golf dan Rekreasi UKM, Bangi

June 04, 2002

Gunting Rambut...

Balik dari pejabat, pok neng terus panggil Alang dan Acik ikut pok neng naik kereta.
"Nak gi mana ayah?"
"Kita gi gunting rambut..."
"Rambut kamu berdua dah panjang...dah mencecah cuping telinga.."



June 02, 2002

Letihnya..

Perjalanan balik dengan memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu memakan masa hampir 9 jam.

May 29, 2002

Jalan Masjid India
Kalau gi KL, tak sah kalau tak lalu kat Jalan Masjid India. Jalan yang terkenal dengan gerai jualannya...tukang jual ubat...kedai kain-baju...
Menyusur jalan tersebut dari Hentian Masjid Jamek, kita akan lihat deretan peniaga yang menjual barangan dagangan mereka beralaskan sehelai kain...dari tali pinggang, beg tangan wanita, dompet dan sebagainya. Selepas itu, deratan gerai beroda yang menjual ubatan tradisional, VCD, assessori telefon, batu cincin dan tak ketinggalan juga tukang urut refeleksi. Masing-masing dengan gaya tersendiri cuba menarik perhatian pembeli untuk membeli barang jualan mereka. Pokneng percaya kebanyakan mereka itu pendatang asing. Cuma sekerat dua sahaja yang memang orang Malaysia...memang kita menyedari ramai antara mereka yang meninggalkan negara mereka untuk mencari rezeki di Malaysia.
Pokneng tertarik dengan jualan kasut terpakai.Lepas belek satu dua..ada sepasang tu yang pokneng berkenan..baru nak tawar harga ..mek dah tarik tangan pokneng...kata dia jangan beli...entah-entah tu kasut curi...HAH..logik jugak...pokneng terus tak jadi beli.
Pokneng dan mek balik dengan 2 botol air gamat jer...

May 28, 2002

Balik Kampung
Minggu ini merupakan minggu cuti sekolah. PokNeng mengambil kesempatan ini bersama keluarga balik ke kampung. Perjalanan dengan kereta dari Terengganu ke Selangor yang begitu jauh membuatkan Pok Neng mengambil keputusan untuk singgah di beberapa rumah saudara-mara yang berada di sepanjang jalan dalam perjalanan pulang itu. Sekurang-kurangnya dapatlah anak-anak pokneng tu bertemu serta mengenali saudara-mara mereka.

Felda Jengka: Bertemu dengan pakcik-pakcik peneroka generasi pertama yang kebanyakannya sudah pun mencecah usia emas. Anak-anak generasi kedua - kebanyakannya lebih suka bekerja di luar tanah rancangan. Tinggallah mereka mengerjakan ladang masing-masing atau pun mengupahnya kepada buruh-buruh asing. Pokok sawit lama sudah di tebang.. dan telah di ganti dengan tanaman yang baru. Kini mereka mengutip hasil dari pokok yang baru. Harga buah agak baik sekarang ini..cuma buah sahaja yang agak berkurangan. Ada antara mereka telah mengubahsuai rumah-rumah mereka, namun ada juga yang masih kekal dengan rumah asal (satu bilek tidur aja).

Pok Neng: Apakah ada pembela generasi penerus mereka ini...

May 24, 2002


Dalam penerbangan balik ke Terengganu, pokneng duduk di bahagian tepi tingkap. Kerusi tengah, seorang budak lelaki yang pokneng dapat tahu dari perbualan kami berada dalam darjah enam. Emaknya di kerusi depan kami. Selesai membaca suratkhabar, pokneng menghulurkan pada budak lelaki itu yang nampaknya berminat untuk membacanya. Beberapa ketika kemudian pokneng mendengar beliau bertanya kepada ibunya menerusi celah kerusi.

"maam, what m..o..l..e..s..t..i..n..g..mean?" tanyanya dengan mengeja perkataan yang baru dilihatnya itu.

Sambil itu dia menghulurkan suratkhabar yang dibacanya itu kepada ibunya.
Ibunya lantas mengambilnya. Budak lelaki itu terus menunggu jawapan ibunya. Mungkin tak sabar menanti, dia bertanya lagi.

"maam, what m..o..l..e..s..t..i..n..g..mean?, I want to know"

Ibunya terus leka membaca suratkhabar tersebut tanpa memperdulikan pertanyaan anaknya itu.

Lama lepas itu, dia bertanya lagi. Apa yang pokneng dengar ibunya hanya berkata "wait...".

Akhirnya kapalterbang pun mendarat. Mungkin tak sabar untuk mengetahui jawapannya, sewaktu penumpang sudah mahu bergerak turun, budak itu terus bertanya ibunya dengan mengulangi soalan yang sama. Kali ini ibunya agak berang dan memberitahu anaknya dengan nada yang agak sinis. Mungkin memberitahu anaknya untuk menanti masa yang sesuai untuk menjelaskan persoalan anaknya itu dan tentunya tidak sesuai untuk menerangkannya di khalayak ramai.

Sesungguhnya menjadi tugas dan tanggungjawap ibu-bapa untuk menerangkan hal-hal yang sulit terutama berkaitan dengan seks dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya kepada anak-anak remaja mereka. Pokneng pun kalau dalam situasi tersebut, susah juga nak menerangkannya. Terfikir juga nak membantu..tapi..biarlah ibunya sendiri yang menerangkannya. Perlu juga kita mempelajari teknik dan strategi untuk menerangkan hal-hal tersebut kepada mereka. Apatah lagi dalam membincangkan perkara tersebut tersebut seolah-olah macam taboo dalam masyarakat Melayu.

PokNeng: Banyak lagi yang kena belajar ni...

May 22, 2002

Kata pilihan Hari ni..


"The real winners in life are so strong that they pull everyone forward along with themselves.
If you can win only by making others lose, your strategy will eventually fail, because there will be no one left to be defeated.
Seek instead to win by pulling others up, and there will be no end to the accomplishments you can reach."


Sehubungan dengan itu, pok neng terbaca lagi satu artikel yang antara lain menyebut:

"The traditional Chinese society had the motto, �Help the weak and poor and destroy the wicked.��

One professor of business administration observed that the Chinese trade association has a number of useful practices to foster the business of its members. The trade association would try to rotate big jobs among its members. The others would help the member who got the job."

If any of the member firms is in trouble the rest would try to bail it out. That is really one sort of �brotherly�� cooperation, as the association typically regards its members as one big brotherhood."


Apakah kita juga dapat mempraktikkan amalan saling membantu untuk membina kekuatan dalam segala segi dengan berkerja secara berjamaah. Amalan tersebut telah wujud dalam Islam...cabarannya apakah kita mampu untuk mempraktikkannya. Perasaan hasad dengki, tamak-haloba sering mengkelabukan pandangan dan pegangan. Hanya kekuatan dalaman yang dibina dengan ikhlas dapat memecahkan nafsu "amarah" dan "mazmumah" dari bersarang di hati sanubari kita.

Pokneng:Think Globally, Act Locally...
Be your child�s helper

Artikel di atas menarik perhatian pokneng hari ini.

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Mereka merupakan pewaris dan penerus kepada usaha kita di masa akan datang. Memang benar - anak-anak mempunyai karekter dan perangai yang berbeza-beza. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Adalah menjadi tanggungjawab ibu-bapa membantu mereka membina karekter yang terbaik mungkin untuk mereka.

Be thankful for your child � problems, weaknesses, and all. Your child is still a gift to you, and to a world that needs people who have learned to conquer their difficulties and weaknesses. Don�t give up! Your child could influence thousands some day.

Pokneng: "Ya Allah, berikan kami kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami."

May 20, 2002

Project in Progress...

Semua berjalan sebagaimana yang dirancangkan.

May 19, 2002

Landed safely...
Alhamdulillah..pokneng berada lagi di tengah-tengah kota metropolitan KL untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai...ceewaah.

Awal pagi ni ada project briefing..untuk koodinasi kerja buat minggu ni. laporan tugasan yang dah selesai setakat minggu lepas dan juga progress yang dijangkakan untuk minggu akan datang.

Petang: Hujan lebat di luar sana. Terpaksa tunggu hingga hujan reda. Tak sanggup untuk berbasahkuyup. Nak ambil teksi alang kepalang dan tentunya pemandu teksi keberatan untuk menghantarnya. Dekat aja.

May 18, 2002

If you could
If you could change anything in the world, what would it be? If you could truly make a difference in the lives of those around you, how would you do it?
If you suddenly realized that today was like no other, with each moment a special, priceless and irreplaceable treasure, how would you spend it? If the world was depending on you to move it forward, what would your first step be?

If you could clearly see tomorrow, how would it look? If you could create tomorrow just the way you wanted, what would it be like? If you could tell others exactly what you thought, what would you say? If you knew you could not fail, what would you attempt?

The truth is, you can do all these things and more. Every moment is your opportunity, every situation is your starting point. Think of the very best you would do if you could. Then make it happen, because you can.

-- Ralph Marston
Layout Baru...

Pokneng menghabiskan masa di depan PC hari ni untuk membuat beberapa pindaan terhadap layout weblog pokneng ni. Pokneng merasakan patut kena tukar wajah sedikit weblog ini supaya ada sedikit kelainan. Konsep layout masih sama...masih guna template asal yang disediakan oleg Blogger. Cuma pokneng guna dua kolum aja. Template asal ada 3. Ntah macam mana, bila ikut 3 kolum yang asal, jadi lebih besar pulak. Rasanya kesan dari gambar yang ada pada mukasurat yang terdahulu.

Satu lagi pelik, gambar yang pokneng letak kat http://pokneng.topcities.com tak kelihatan bila di acces guna PC kat rumah. Kalau access dari office ...keluar pulak dia..Ada sesiapa yang boleh bantu?

Pokneng: masih banyak lagi yang perlu dipelajari...learn, unlearn, relearn..



Rumahku itu syurgaku...

Tiada perkataan yang dapat mengambarkan kegirangan hati pokneng bila bersama-sama isteri dan anak-anak. Sebaik saja menjejakkan kaki di lapangan terbang, pokneng akan menjenguk-jenguk wajah-wajah yang sering tergiang di hati pokneng. Ha..tu di Mek dan Acik..tersenyum lebar...menanti pokneng. Angah dan Alang menanti di rumah. Tugas membuka pintu pagar dan mengangkat beg pakaian pokneng menanti mereka. Lagipun kalau mereka berdua mengikut sama..tak muat ..maklumlah naik kancil aja. Mana nak letak beg pokneng..nak letak kat bonet....tak muat.

May 16, 2002

Yahooo...nak balik rumah....

Pokneng bangun awal pagi hari ni...jam 4.45 pagi dah tersedar dari tidur. Terus capai berus gigi dan mandi sunat Hari Jumaat. Kan hari ni hari Jumaat. Lepas solat sunat, sempat baca Yaasin.

5.45 pagi ..terus bergegas ke Masjid KLCC yang berhampiran dengan apartmen tempat pokneng menginap. Jemaah macam biasa... lebih kurang 15 orang. Kerana hari ni hari jumaat, Imam akan membaca Surah As-Sajadah pada rakaat pertama. Selesai 15 ayat yang pertama dibaca ..terus sujud...ooooh syahdunya..di keheningan pagi hari yang mulia ini dapat menghambakan diri ini kehadrat Allah s.w.t. Syukur ke hadrat Allah kerana masih memberikan waktu untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini.

Jam 6.30 pagi..selesai bersolat....terus bergegas ke apartmen. Sempat menyambar suratkhabar...Alhamdulillah skuad Piala Thomas Malaysia berjaya mengalahkan China 3-1. dan tentunya masuk ke final. Pokneng sempat juga melihat ketangkasan Hafiz bermain. Tahniah untuk mereka semua. Tentunya Malaysia BOLEH. Usahakan untuk mengusung balik Piala Thomas ke Malaysia tahun ini.

Lepas membelek-belek suratkhabar...pokneg perlu berkemas..melipat pakaian yang telah dipakai sepanjang minggu untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian.

Selesai berkemas...turun ke lobi apartment untuk check-out.
Lepas check-out, bersarapan di coffee house. Selesai mengalas perut seadanya...berjalan kaki menuju ke pejabat.

Pokneng: Yahooo..nak balik dah. Rindu sungguh rasanya ngan Mek, Kak Long, Angah, Alang dan Acik.


May 15, 2002

Bapa Remote Control...

Assalamualaikum Alang...
Alang dah makan?...dah..bagus
Alang dah solat Zuhur?..belum...
Solat lepas ni ..OK..jangan tanguh-tanguh lagi...solat jemaah ngan Angah.
Pukul 2.45 nanti, gi mengaji Qur'an..jangan lupa pulak.
Masa lintas jalan tu..hati-hati..tengok kiri-kanan, tak der kenderaan..baru melintas.
OK...panggil Angah pulak. Assalamualaikum Alang.

Assalamualaikum Angah...
Angah dah makan?...dah..bagus
Angah dah solat Zuhur?..belum...solat lepas ni..jangan tanguh-tanguh lagi...
Ajak Alang solat jemaah...solat berjemaah tu lebih baik dari solat sorang-sorang.
Pahalanya 27 kali lebih banyak dari solat sorang-sorang.
Lepas solat nanti... buat kerja sekolah. Minggu depan dah nak peksa.

Kalau ada apa-apa..call ayah...
OK...Assalamualaikum Angah.

Gitulah antara dialog telefon pokneng ngan anak-anak di rumah. Sesekali kena juga ingatkan mereka ni. Anak-anak ni bila mak-ayah tak ada, leka mereka...sementelah TV ada..leka dengan TV...bali kaja sekolah..TV....bukan tak boleh..tapi kena kawal dan bantu mereka mendisiplinkan diri mereka.

Pokneng: Biar jauh di mata...asal dekat di hati.

May 12, 2002

Perjalanan Dari KL ke KT

"Kami mengalami kes kecemasan. Kami meminta sekiranya ada doktor dikalangan penumpang tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan. Terima kasih"

Begitulah antara lain bunyi pengumuman yang pokneng dengar sewaktu kapalterbang dijangkakan berlepas. Ooooh...delaylah nampaknya flight kali ini.

Alhamdulillah, seorang wanita bertudung yang duduk jaraknya beberapa kerusi dibelakang bangun dan bergegas ke bahagian hadapan kapalterbang. Doktor lah..tu...

Hampir 15 minit kemudian, doktor tersebut kembali ke tempat duduknya. Sibuk juga penumpang lain bertanya. Pokneng tak berapa dengar bunyi perbualan mereka. Tapi pokneng pasti..tentunya...doktor tu tak akan bercakap banyak...etika perubatan menghalang seorang doktor dari memberikan maklumat perubatan kepada khalayak ramai.

Perjalanan ke Kuala Terengganu memakan masa 45 minit. Penumpang hanya dihidangkan dengan minuman jus.

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tepat jam 8.30 malam.

Mek dan acik setia menunggu di sana. Acik demam...panasnya kejap hilang kejap datang. Selsema lagi...kesian dia. Alhamdulillah Mek dah bawa berjumpa doktor. Nampaknya penting betul peranan seorang doktor dikalangan kita ini.

Kepada para doktor, teruskan usaha murni anda. Sesungguhnya bakti murni anda semua amat diperlukan.

Esok di suratkhabar..baru pokneng tahu siapa yang mengalami kecemasan tersebut...seorang pemimpin terkenal di negara kita ini.

PokNeng: Dulu ada juga bercita-cita nak jadi doktor...tak kesampaian.

May 08, 2002

"Meniti Hari di Kota Kosmopolitan"

Hari ini dan beberapa hari seterusnya pokneng akan berada di tengah-tengah kota kosmopolitan KL. Berulang-alik dari pejabat projek yang terletak di menara tertinggi di dunia dengan hotel penginapan sempat pokneng melihat beberapa pemandangan kehidupan kota.

Selalunya pokneng mulakan pagi dengan bersolat subuh di Masjid KLCC. Masjid indah ditengah taman itu di waktu subuh hanya mempunyai bebrapa kerat jemaah sahaja. Lebih banyak tiang masjid dari jemaah. Tak semeriah tika Hari Jumaat. Ahhh...mungkin lokasinya yang jauh dari kawasan kediaman.


Jam 7.30 bersarapan di cafeteria hotel. Kebetulan hari ini berjumpa dengan kawan sekelas ..20 tahun dahulu. Setelah hampir 20 tahun tak bertemu. OOOOh...sudah meningkat umur kita.





BLUE



You give your love and friendship unconditionaly. You enjoy long, thoughful conversations rich in philosophy and spirituality. You are very loyal and intuitive.




Find out your color at Stvlive.com!


May 05, 2002

Eight Steps to Real Change

John Kotter and Dan Cohen's The Heart of Change is based upon the eight-step model that companies follow to achieve successful change, a model introduced by Kotter in Leading Change.

Step 1:
Increase Urgency. Raise a feeling of urgency and reduce the complacency, fear, and anger that stop change from starting.

Step 2:
Build the Guiding Team. Pull together the right group of people, with the right characteristics and sufficient power, to drive the change effort. Help them to behave with trust and emotional commitment to one another.

Step 3:
Get the Vision Right.
Move beyond traditional analytical/financial plans and budgets. Create the right compelling vision to direct the effort.

Step 4:
Communicate for Buy-in.
Send clear, credible, and heartfelt messages about the direction of change to establish genuine gut-level buy-in that shows up in how people act.

Step 5:
Empower Action.
Remove barriers that block those who have genuinely embraced the vision and strategies.

Step 6:
Create Short-term Wins.
Generate visible, valued, unambiguous wins, fast enough, to diffuse cynicism, pessimism, and skepticism, and to build momentum.

Step 7:
Don't Let Up.
Help people make wave after wave of change until the vision is a reality. Do not allow urgency to sag.


Step 8:
Make It Stick.
Ensure that people continue to act in new ways, despite the pull of tradition, by rooting behavior in reshaped organizational culture.

PokNeng:
Nota di atas hanya untuk rujukan PokNeng. Kalau ada yang dapat mengambil manfaat darinya, bagus jugak.
Eight Steps to Real Change



April 30, 2002

Dunia dua wajah






Wajah siapakah yang anda lihat?

Ada di antara kita melihat wajah suram seorang wanita tua.

Sementara yang lain pula melihat akan wajah seorang nona manis memakai rantai di lehernya.

Pada pokneng, hal ini mempunyai makna yang tersendiri terutama apabila kita melihat ke dalam kehidupan kita ini atau ketika kita menganggapi sesuatu peristiwa. Mungkin tanggapan kita itu tidak sama dengan tanggapan orang lain yang walaupun melihat kita dan mereka SESUATU yang sama.



Pok Neng: Mata ku makin kabur...nampaknya dah kena pakai cerminmata dwifocal ler ni

April 28, 2002

Ketagihan berweblog dan Selirat Derita...
PokNeng suka nak mengucapkan tahniah kepada Tok Rimau dan Enmiya yang tengah glamour sekarang ni. NgaumanTok Rimau mengenai ketagihan berweblog telah dipetik oleh penulis Majalah JELITA. Sementara cerpen Enmiya - Selirat Derita Pun Terurai tersiar di Berita Minggu semalam. Cerpen yang berkisar pada gadis Yahudi berjaya difahamkan oleh "saya" mengenai kezaliman bangsanya terhadap bangsa Palestine - akhirnya mengorbankan dirinya sebagai bom manusia ...uuuh bagus ceritanya...cuma Pok Neng perasan yang ada ramai wanita yang wujud dalam hidup "saya" dalam cerpen tu..Azura, Harlina, Elizabeth, Sophia dan Sufiyah.


Sementara kengkawan yang lain, eloklah mula menglamerkan diri... Rudy...Nett...Kezrin, Dr.Max dll...jadikan GJ sebagai platform mengasah bakat untuk terjun ke dunia penulisan yang lebih luas lagi. Bukankah mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Sekarang ni...mata pena kita kini dalam bentuk keyboard aja. Gunakan keyboard kita untuk membuka hati-hati yang masih belum terbuka untuk menerima kebenaran dan keadilan.


Cuma terlintas pulak kat pemikiran PokNeng ni...di dunia tanpa batas ni..cyberworld..siapa mempengaruhi siapa? Majalah versi cetak atau versi cyber..siapa lebih besar pembacanya? Siapa lebih cepat menyampaikan maklumat terkininya...? Jangan sampai kengkawan di GJ alpa akan hakikat ini.


Pok Neng: Nampaknya PokNeng pung kena mula menulis ni..takkan nak tumpang gembira glamer kawan-kawan aja. Jumpa kita di sana...di sana.

April 19, 2002

Hari-hari di Kota Kosmopolitan KL...



Minggu ni dah masuk tiga minggu PokNeng berulang-alik ke KL. Letih jugak. Kerja dengan projek tak sama dengan kerja rutin. Dalam projek ni semua ada deadline.Tambah pulak kerja dengan konsultan dari company luar. Cara kerja mereka tak sama dengan cara kerja kita. Kena panda-pandai menyesuaikan diri. Tapi rasanya orang kita lebih berkeupayaan dari mereka.

Disebabkan jadual kerja yang begitu ketat dan demanding, tak sempat PokNeng nak meronda-ronda KL.. Habis jer kerja...balik ke bilik hotel. Esok pagi bangun...ke ofis semula. Begitulah bergilir-gilir.

PokNeng: Cepatlah habis 3 bulan....

April 12, 2002

Memeras Otak di PD...



"Imagine white sandy beaches, imagine seven finger piers reaching out into sea, imagine accomodations where the sea is beneath you and the sky above, imagine absolute tranquility, imagine sheer peacefulness, imagine pure relaxation, imagine charming atmosphere and imagine enchanting moments... this is no dream..."

Gitulah bunyi marketing gimmick yang PokNeng baca dari website resort yang PokNeng tumpangi untuk selama 3 hari di Port Dickson. Bagi memulakan projek HQ yang PokNeng jadi team membernya tu..semua yang terlibat berkumpul di sana. Semuanya bagi menyusun strategi dan mengenalpasti hasil yang akan dicapai.
Alhamdulillah, setelah berbincang dan memeras otak selamat 3 hari 3 malam - merancang dan mengatur strategi, kami lebih memahami objektif yang perlu dicapai dalam masa 3 bulan akan datang. Maklumlah, masing-masing didatangkan dari pelbagai jabatan dan bidang kepakaran. Persefahaman amat perlu dicapai. Kalau tak...susahlah. Company dah bersedia dengan peruntukan yang agak banyak untuk projek ni.

PokNeng: Moga terus sihat dan cekal dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

April 06, 2002

Lawa tak lukisan acik ni...?




Hujung minggu, PN menghabiskan masa dengan anak-anak. 2-3 bulan mendatang ini, masa PN bersama keluarga hanya dihujung minggu sahaja nampaknya. Komitmen dengan projek di KL tak mengizinkan kami sekeluarga menjalani hidup seperti biasa. Semoga Mek dan anak-anak memahami keadaan ini.

Ketika bersama mereka, berbagai peristiwa berlaku. Mereka bergaduh dan bergurau sesama mereka. Ada tikanya gelak ketawa antara mereka. Tak ketinggalan juga suara tangisan. Terutama bila angah membuli alang dan acik. Kak Long nampaknya lebih cepat dewasa. Tak nampak dia mengusik atau membuli adik-adiknya. Kak Long dah tinggal di asrama sekarang. Jadi masanya juga terhad dihujung minggu sahaja.

Kak Long nak jadi akauntan.
Angah nak jadi pilot
Alang nak jadi saintis
Acik nak jadi ustaz.

Aku tak membantah. Cuma mendorong dan menunjukkan jalan mana yang harus mereka ikuti.

Kak Long...nampaknya bagus dalam pelajarannya. Always top in her class.
Angah...sederhana aja...perlu bimbingan lagi
Alang....among top ten in his class
Acik...serba boleh...walaupun masih lagi di tadika...creative..peramah...nampaknya banyak doa-doa dan ayat-ayat al-Qur'an yang dia dah hafal. Di atas tu adalah antara "masterpiece" yang dia suruh letak kat internet. hehehe..

April 05, 2002

OUTSTATION...





Mek dah balik doh. Seminggu dia outstation. Giliran Pok Neng pulak outstation. Seminggu dua ni Pok Neng dok berulang-alik ke KL.
Maklumlah buat masa sekarang ni Pok Neng terlibat dengan satu projek dengan HQ.

4 April lepas, flight PokNeng turun kat KLIA. Selalunya ambil flight turun kat Subang. Bukan apa...lebih mudah dan convinience kalau nak gi KL. Kalau kat KLIA tu..semuanya susah..dahlah jauh. Tak lama lagi semua operasi penerbangan akan dipindahkan ke KLIA.

Namun hari tu, Pok Neng dapat tahu, ERL dah memulakan servisnya dari KLIA ke KL Sentral.. Free pula tu. Tunjukkan aja boarding pass pada pengawal yang bertugas, PN dibenarkan menaiki keretapi mewah tersebut. Masa perjalanan dijangkakan 28 minit. Memang selesa dan tak terasa perjalanan yang biasanya kalau menaiki teksi mengambil masa hampir satu jam. Kalau ikut maklumat, keretapi ni bergerak pada kadar kelajuan 160 - 170km se jam.

Sampai kat KL Sentral dalam jangkamasa yang dianggarkan. KL Sentral masih betul betul-betul siap sepenuhnya. Agaknya sebulan dua ni siaplah tu.

March 24, 2002

JAGA ANOK-ANOK PULOK...

"Angah, Along bangun...lepas mandi tu, jangan lupa berwudhuk'..kita solat Subuh sama-sama".
Kata aku sambil mengerak-gerakkan badan mereka berdua.
Alhamdulillah nampaknya tak liat nak membangunkan mereka berdua dari tidur.
Angah mandi dulu. Lepas tu Alang pulak.
Kekadang tu gaduh jugak..sapa nak dulu..sapa nak kemudian.

Mandi dan Solat Subuh..bereh!.

Lepas tu, Pok Neng ke dapur pulak.

Panaskan air.
Minum?...bancuhkan air teh untuk sarapan mereka.
Makan?... roti dah ada kat atas meja.
Nanti mereka boleh sapukan Jem dan marjerin.
So sarapan anak-anak ..bereh!

Apa lagi yer...
oooo air panas untuk buat air mandian Acik.(Sorrylah..PokNeng tak der water heater kat rumah).

"Acik...jom bangun..dah siang ni..nak gi sekolah ni"
"Acik nak cuti hari ni", terdengar kata-kata dari mulut anak aku yang kecik sekali.
Lima tahun umurnya. Baru masuk tadika. Tapi keletahnya.
"Cuti? lagi 4 hari acik boleh cuti..tapi hari ni kenalah gi sekolah"
"Acik nak cuti jugak"
"OK lah...lagi 4 hari acik boleh cuti". Kata ku setuju dalam tak setuju.
Kalau ikut ilmu saikologi ...bebudak dengar perkataan yang hujung jer...OK dan boleh cuti .
Hai..hai...kecik-kecik dah pandai nak minta cuti.

Tu sebab kalau nak nak suruh bebudak senyap..jangan kata "JANGAN BISING"..alamat bising di buatnya. Sebab yang didengarnya hanyalah perkataan "bising".
Katakan "SENYAP"

Lepas mandikan Acik, pakaikan baju sekolah Acik.
Pok Neng sikatkan rambut Acik.
Siapkan Acik...bereh!

Pastu ..kena basuh baju pulak...mujurlah ada washing machine...
Kain baju yang di pakai semalam kena di basuh per...but no big deal.
Bab sidai kain...PokNeng serahkan pada Angah dan Alang.
Basuh ngan sidai baju...Bereh!

Jam 7.00 pagi, semuanya bereh...hantar mereka semua ke sekolah pulak.
It will take only 10 minute to drive to their schools.
Sekolah Angah dan Alang sebelah menyebelah. Tadika Acik, seberang jalan jer.

Cium tangan ayah...
Kami pergi sekolah.
Hantar anak ke sekolah..bereh!

Baru lah PokNeng memandu ke pejabat.

Gitulah...selama seminggu ni Pok Neng akan buat kerja-kerja tu.

Seminggu ni Mek tak de kat rumah.
Mek gi kursus seminggu. Kursus di luar kawasan.
Mek balik Khamis ni.
Sebelum ni, Mek ada..jadi kebanyakan kerja dia yang buat.
Pok Neng bantu mana yang boleh. So dah ada pengalaman lah.
Jadi bila Mek tak der ni...tak ler kelam-kabut..
Selama ni Pok Neng jer outstation. Mek jaga rumah...jaga anak-anak.
Sekarang Mek lak gi outstation.
Mek gi kursus tu baik-baik yer..(hehe...cemburu jugak Pok Neng ni).
Hoi sapa tak sayang isteri..betul tak Rizal.
Jaga diri baik-baik.

Pok Neng jaga rumah.
Pok Neng jaga anak-anak.


March 20, 2002

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG

Little Boy

"Anak-anak umpama kain putih, ibu-bapanya yang yang mencorakkannya."

March 17, 2002

PokNeng
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Hari ni teringin pula PN nak merakamkan sebuah kisah yang amat berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Walaupun kisah ini telah berlaku berabad dulu, namun ia masih relevan.

Pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata;
'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."


Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula;
"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi;
"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;
"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

*Himar - keldai

Pok Neng: Eloklah diambil pengajaran dari kisah di atas.

March 06, 2002

Dalam Pencarian...

Sewaktu mencari-cari ilmu berweblog, PN terjumpa satu laman yang menyenaraikan beberapa perkara yang telah dipelajari dalam berweblog. Kata pengarang tersebut antara yang menarik minat PN adalah "ISI" web jernal tu. Isinya hendaklah yang asli dan unik dan katanya web jernal tu hendaklah selalu di'up-date'..tak semestinya setiap hari.
Untuk mengetahui "jurus" (istilah yang TokRimau gunakan) yang selanjutnya, silalah menjengok sini

Nota: Ilmu itu bak ...air lautan umpama dakwatnya dan kayu di hutan umpama penanya...apatah lagi sekarang ni tak pakai pen dah..ketik kat Papan Kekunci jer...

March 05, 2002

Belajar dan terus belajar....

Hari ni Pok Neng (lepas ni disebut sebagai PN) cuba kemaskinikan "interface" webjernal PN. Mujurlah PN tahu sikit-sikit bahasa HTML. Edit Template yang diberikan oleh Blogger.com. Yang menarik tu PN sekarang dah buka Online Mall - PN Online Mall...ha...nak cuba nasib berniaga kat alam siber ni. Kalau anda juga berminat untuk membuka Online Mall sendiri, silalah lawat PN Online Mall untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tak salah kita mencuba.

Nota: Teringat masa kecik dulu..PN jual pisang goreng keliling kampung.

March 04, 2002

Bukan Senang....

Memang itulah yang terlintas dibenak PokNeng sekarang ni. Bukan senang nak update webjernal ni..hahahaha. Ada jer yang menghalangnya.. semangat mesti kuat. Mesti ada idea dan pandai menyusun bahasa..dan yang penting mesti tahu bagaimana nak menyampaikan mesej kita..PokNeng pun tengah belajar ni. Maklumlah selama ni, Pok Neng hanya fasih berbahasa teknikal.

Bila tengok rakan-rakan Geng Jernal yang lain yang rajin mengemaskinikan web jernal mereka..rasa irihati pulak..apatak nya...Rudy Bluehikari, Rizal Sakinah, Tok Rimau.. dan ramai yang lain yang tak sempat PokNeng menziarahi jernal mereka..ada jer cerita, isu yang mereka ketengahkan...sekalung tahniah Pok Neng diucapkan.

Kalau kengkawan ada masa cuba jengahkan site ni..

Andrew Sullivan's The Blogger Manifesto considers blogging the new journalism. His blog has more readers (220,000 people last month) than his employer

Tengok macamana "power" nya web log ni. Moga ada manfaatnya.

Nota: Sikit-sikit ..lama-lama jadi bukit.

February 26, 2002

Bermulalah alkisah...

Alhamdulillah...setelah beberapa lama aku hanya menjadi pembaca setia beberapa webjernel terutama dari Geng Jurnal..tergerak hati ini untuk turut sama mempunyai webjernel sendiri...aku masih ingat..masa tu Geng Jernel lom lahir lagi agak nye...aku dah terjumpa jernal Saira Hani - Wanita Gagah Perkasa...ha tu dia webjernel yang memula aku temui di alam siber ni...pas tu barulah aku tahu beberapa penulis webjernal yang lain...mulalah aku jadi pembaca setia jernal mereka.

Komen: Nak seribu daya..taknak seribu dalih