June 18, 2005

Pergi ke Sekolah semula

Alhamdulillah..setelah hampir 10 hari, luka khatan Acik telah sembuh. Hari ini dia memulakan persekolahannya stelah seminggu bercuti.

June 13, 2005

Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 19

Alhamdulillah..14 Jun datang lagi..kali ini membawa erti sudah 19 tahun kami berdua menjalani hidup berkeluarga. Banyak onak dan duri..suka duka kami alami bersama. Kisah-kisah mendapat cahaya mata pertama, membawa kereta pertama, berpindah ke rumah sendiri, pertama kali bersama keluarga menjejakkan kali ke luar negara...semuanya masih segar dalam ingatan..19 tahun..bagaikan semalam rasanya.

Ya, ALlah, kami memhon agar kekalkan kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Aman, Berkat dan dipenuhi dengan Rahmat Mu. Amiin..

June 06, 2005

Berkhatan

'Ayah..boleh tak kalau acik nak berkhatan?'

Aku terkedu mendengar permintaan Acik. Tiga hari lagi sekolah nak buka..tentu tak sempat sembuh. Biasanya perlu masa seminggu lebih baru boleh baik betul.

'Betul ke ni"
'Betul!!!'
'OK lah..nanti ayah telefon klinik"

Alhamdulillah, klinik tempat kami selalu mendapatkan rawatan boleh menjalankan kerja berkhatan pada esok hari....8 Jun 2005.
'

March 09, 2005

Keputusan SPM2004

Result SPM Keluar hari ini. Kak Long tak balik untuk ambil result. Jauh. Jadi keputusan boleh diketahui dengan menelefon pihak sekolah. Jangkanya jam 9 pagi boleh call untuk tahu result. Telefon jam 9.00, telefonis bertugas mengatakan fotostat result belum siap lagi. Minta telefon jam 10 pulak. Telefon jam 10, pun tak siap lagi, minta telefon jam 11.30 pagi. Jam 11.15, telefon sekali lagi. Baru boleh tahu keputusannya. BM..1A, BI..1A, Math ..1A, Add Math..A1,..begitulah seterusnya sehingga 1o subjek...semuanya dapat 1A..Alhamdulillah.

SMS kepada Kak Long mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapainya. 10 A1

January 17, 2005

Semak Saman Trafik

Kalau anda ingin menyemak saman trafik, anda boleh gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CELCOM. Perkhidmatan ini diberikan kepada pelanggan 013 dan 019.

Apa yang perlu anda buat adalah menaipkan;

i. A1 no. kenderaan atau
ii. A2 no.kad pengenalan

Hantar ke 21999

Kosnya:
RM0.15 untuk setiap SMS yang dihantar
RM0.50 untuk setiap SMS yang diterima

(sumber: http://www.celcom.com.my/xtras/019/infotainment/pdrm.html)

Pok Neng: ..garu kepala..banyak jugak saman tertunggak...bayar jangan takbayar...bayar sebelum "Datuk" datang ke rumah.


January 16, 2005

New Washing Machine

Hari ini kami beli mesin basuh yang baru bagi mengantikan mesin basuh yang lama yang lebih tua umurnya dari abang cik yang dah darjah dua tahun ini. Ya..hampir sepuluh tahun mesin basuh lama memberikan baktinya kepada kami sekeluarga. Komen Abang Cik:

"Mak kata mesin basuh tu lebih tua dari Hazim, tapi Hazim lebih tinggi dari dia"
"Ye lah..awak tu makin lama makin besar, mesin basuh tu tak membesar. Dok basuh baju tiap hari"


January 14, 2005

Pindah Rumah

Setelah hampir tiga tahun setengah tinggal di rumah sewa sekarang, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sebelah - yang lebih luas dan selesa.

Barang-barang yang ringan telah diangkut beransur-ansur. Hari ini kami mengupah beberapa orang pekerja untuk mengangkat barang-barang yang besar dan berat. Antaranya peti ais, freezer, dapur, meja makan, almari pakaian dan juga sofa.


January 13, 2005

Interaksi Manusia

Hari ini bermula Tutorial 1 bagi kursus IMK yang PokNeng diamanah untuk mengajar bagi semester ini. Ada 26 pelajar yang mendaftar untuk semester ini. Masa yang diuntukkan begitu singkat - 2 jam.

Next tutorial pada awal februari depan.

January 12, 2005

Pendaftaran

Hari ini kami menghantar Kak Long untuk pendaftaran kemasukan beliau ke Program Australian Matriculation di INTEC, UITM.

Pendaftaran berjalan dengan lancar kerana pelajar yang mendaftar untuk program tersebut tidak ramai - kira-kira 40 orang sahaja.

Selepas membawa barang-barang ke asrama, kami keluar sebentar untuk membeli barang-barang keperluan yang masih belum ada seperti mop lantai, penyapu, kunci pendua dan kunci mangga.

PERMATA AYAH BONDA

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih
Ilahi Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda….



Jam 12, kami bertolak balik ke Terengganu.

January 10, 2005

Cuti..balik Kuala Lumpur dan Klang

PokNeng dan Mek ambil cuti dua hari untuk menguruskan pendaftaran Kak Long.

Bertolak jam 4.30 petang dari KT. Dijangka sampai KL jam 11 malam. Cadangnya untuk bermalam di rumah adik Mek di Melawati.

January 01, 2005

Tahniah Kak Long

Alhamdulillah, KakLong dapat tawaran pinjaman bolehubah untuk melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang perakaunan. Tapi kena buat kursus Foundation dulu.

Medical check-up, sign agreement, cari penjamin, buka bank akaun dan lain-lain lagi. Pendaftaran..minggu depan. So agak sibuk lah PokNeng ngan Mek seminggu dua ni
Jan 1, 2005

Pindah Rumah

Setelah tinggal di rumah sewa sekarang hampir 4 tahun, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sewa yang terletak bersebelahan rumah sewa sekarang...ya sebelah rumah. Alasan..rumah sebelah tu ada dua garaj kereta, ada ruang lapang kat belakang dan yang paling penting, rumah sebelah ada kitchen kabinet. Cuma rumah sebelah tak ada safety grills. Dah berbincang dengan tuan rumah sebelah...boleh pasang grill...kos tanggung sendiri...uhuks.

Notis telah di beri kepada tuan rumah sekarang. Akan kosongkan rumah tersebut hujung bulan Jan 2005. Sewa rumah sebelah mulai Jan 05. So ada masa sebulan untuk memindahkan barang-barang (secara beransur-ansur). Akan berpindah sepenuhnya bila grill telah siap dipasang. Jangkanya Jan 15.