June 14, 2002

Happy Our Wedding Anniversary...

Semalam, sebelum berangkat pulang ke KT, puas pokneng keliling KLCC Suria mencari sekeping kad untuk meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Akhirnya bertemu juga kad yang seperti mana yang pokneng hajati.

Hari ini, genap enam belas tahun pokneng dan mek mendirikan rumahtangga.
16 tahun darab 365 hari bersamaan 5,840 hari.
5,840 hari darab 24 jam bersamaan 140,160 jam.
140,160 jam darab 60 minit bersamaan 8,409,600 minit.
Huuh...lama tu...

Tapi pada pokneng bukan masa yang menjadi ukuran utama dalam hidup berumahtangga. Kesediaan dan kesetiaan mek mengharungi hidup bersama pokneng itu sebenarnya yang amat pokneng hargai.

Awal-awal tahun perkahwinan merupakan tahap yang kritikal. Masing-masing baru mempelajari karekter pasangan masing-masing untuk mengenali hati budi masing-masing. Maklumlah..kan orang berkata..masa bercinta semua indah belaka. Hei..bukan senang bah tu (bak kata orang Sabah). Tambahan pulak pokneng belum lagi mempunyai pekerjaan tetap di kala itu. Masih meneruskan pengajian di peringkat lepas ijazah.

Alhamdulillah, beberapa tahun selepas itu, rezeki anak-anak - pokneng mula mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelulusan yang pokneng perolehi. Dari menumpang rumah mak mertua dan mempunyai kereta terpakai, kami telah berupaya membeli sebuah kereta baru. Kemudian membeli sekeping tanah di Kajang untuk mendirikan rumah idaman kami yang kemudiannya kami namakan - IMPIANA.

Anak-anak pun dari satu, jadi dua, dua..dah jadi tiga...dan seterusnya menjadi empat...Alhamdulillah. Itulah sebenarnya harta yang amat bernilai sebagai hadiah perkahwinan kami. Itulah juga amanah Allah yang dititipkan kepada kami.

Hari ini, 14 Jun 2002, dengan berlatarbelakangkan gambar sejambak ros merah, pokneng rakamkan kata-kata yang tertera di kad tersebut untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16. Antara kata-kata yang tertera di kad tersebut;


"The Secret of Staying In Love"

The secret of staying in love
is sharing our thoughts,
our feelings, and our dreams,
taking time to plan
the special days
that we enjoy together,
remembering
to do the little things
that warm each other's heart,
going out of our way
to be there for each other
with help and understanding...

The secret of staying in love
is really no secret at all -
it's finding someone
as wonderful as you
to love and cherish forever


Happy Anniversary with All My Love

Sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan kami...tiada kek..tiada lilin...cuma doa setulus hati kami moga jodoh kami di kekalkan Allah SWT. Keberkatan dan limpah Rahmat Allah yang berterusan disamping diberikan kekuatan dan ketabahan dalam meniti hari-hari mendatang.

Lepas bersarapan, kami berdua mengambil masa kami untuk berdua-duaan menyusur pesisir pasir pantai berhampiran rumah....melayani ombak yang sesekali memukul kaki...sambil menyorot masa yang telah berlalu serta merancang masa depan. Pelajaran anak-anak.Yang pastinya kami bercadang dalam masa yang terdekat untuk mencukupkan tabungan bagi menunaikan fardhu Haji. InsyAllah.

No comments: