July 27, 2002

Bergayutan...berlompat-lompatan"

Salah satu cara merayau di alam siber ni adalah menerusi "link" yang terdapat dalam webpage. Kita seolah bergayutan dari satu pokok ke satu pokok, melompat dari satu dahan ke satu dahan. Silap lompat...kena dahan reput...bad link. Tak per boleh, kita boleh klik butang "back". Pulang ke tempat kita bergayut sebelum ini.

Acara lompat melompat, gayut bergayut inilah yang boleh membuatkan kita leka dan alpa, kerana kita akan bertemu dengan pelbagai maklumat - yang berguna maupun yang kurang berguna untuk kita. Jadi untuk mengelakkan kita membazirkan masa, terleka dengan maklumat yang menarik tetapi mungkin tidak diperlukan, sebaiknya kita merancang sebelum kita merayau di alam internet ini.

Search Engine umpamanya dapat membantu kita mencari maklumat yang kita perlukan. Gunakan ia sebaiknya.Mungkin maklumat yang kita cari akan dipaparkan dalam 100 website - adakah kita nak menziarahi semuanya - mungkin ada baiknya kita melihat sekadar 10 website yang teratas. Mana-mana yang baik dan dirasakan kita nak menziarahinya masa akan datang, masukkan ia dalam senarai "Favourite".

Seeloknya, selepas satu jam, cuba berhenti sejenak dan bermuhasabah - memeriksa diri kita - apa yang kita perolehi dari perlayaran kita selama itu? Adakah kita menemui apa yang kita cari? Atau kita sekadar berlompat-lompatan dan bergayutan dari satu link ke link yang lain tanpa arah dan tujuan.

No comments: