October 06, 2002

"Home Made Roselle Jam"




Semalam, seharian PokNeng menuai buah "bunga raya" - atau lebih dikenali sebagai "Roselle" untuk dibuat jam. Roselle atau nama saintifiknya - Hibiscus sabdariffa L. mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Benihnya yang diambil dari rumah seorang sahabat - kini telah mengelurkan buahnya setelah ditanam di tepi pagar kira-kira 3 bulan lepas . Walaupun hanya dua batang - buahnya begitu banyak. Setelah di tuai dari tangkainya, penuh dua bakul - kira-kira 5 kg beratnya.

Selepas dibasuh, bijinya perlu dikeluarkan. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Dengar khabarnya daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari - belum lagi PokNeng mencubanya.

Mek kata elok dibuat jam. Minta Angah ke kedai untuk membeli gula dan roti. Selepas di kisar, salut bunga tersebut dimasak bersama gula - secukup rasa...jadilah Jam Rosella. Petangnya kami sekeluarga minum petang - roti berjemkan rosella - buatan sendiri. Huh enak. Itulah...berbakti pada bumi, tak rugi.

Khasiatnya:
"ROSELLA (Hibiscus sabdariffa Linn.): Rosella riches in Vitamin A, Niacin, and Calcium. It acts like natural electrolyte beverage to substitute minerals sweated out while playing sports. It also decreases inflammation of kidney and urinary tract. Scientists found it is good for arteriosclerosis and reduce blood hypertension. "

No comments: