June 24, 2003

Anugerah Penghargaan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan ...

Hari ini PokNeng menerima surat dari Yayasan T yang menyatakan KakLong telah dicalonkan oleh pihak sekolah untuk menerima anugerah penghargaan tersebut kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun lepas. Namun begitu, disebabkan KakLong tidak dilahirkan di negeri T, maka PokNeng perlu mengisi borang Pengesahan Mastautin Bapa dan perlu ditandatangi oleh Ketua Kampung/Penghulu/Wakil Rakyat serta bukti yang menunjukkan PokNeng berhasrat untuk terus tinggal di negeri T ini.
Antara bukti yang diperlukan untuk menunjukkan seseorang itu berhasrat untuk terus menetap adalah telah membeli tanah/rumah di negeri ini. Mujurlah baru-baru ni PokNeng dan Mek telah membeli tanah "sekangkang kera" cadangnya untuk membina teratak kami disini. Jadi bolehlah PokNeng gunakan pembelian tersebut sebagai bukti hasrat PokNeng nak terus menetap disini.

No comments: