February 12, 2006

Setelah Lama Menyepi

Hampir 8 bulan PokNeng menyepi diri dari mencatatkan liku-liku kehidupan di blog ini. Memang terasa rindu. Banyak detik2 dalam kehidupan yang dilalui tidak dapat dicatatkan. Sekurang-kurangnya untuk tatapan masa depan. Itulah satu dari kelebihan jika dapat meneruskan usaha mencatatkan apa jua peristiwa yang dilalui di blog ini.

Banyak perubahan yang berlaku dalam temph 8 bulan itu. PokNeng sekarang kembali menghuni hutan batu Kota Kosmpolitan Kuala Lumpur. Bersama-sama arus manusia mengisi kehidupan harian dicelah-celah kesibukan kota. Menjadi sebahagian dari mereka yang bagun di wal pagi. Bergegas ke tempat kerja dan sebelah petangnya bekejaran menaiki kenderaan pulang ke sarang kehidupan buat menghilangkan lelah berkerja seharian.

Kak Long sudah menjejakkan kakinya ke New Zealand. Melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati - perakuanan di salah sebuah universiti di sana. Bang Ngah mengisi masa menunggu keputusan SPM dengan mengikuti Khidmat Negara. Bang Alang meneruskan pelajaran di sekolah lama di KT. Tidak mahu turut berpindah atas alasan untuk menumpukan perhatian menghadapi peperiksaan PMR hujung tahun ini. Kalau pindah sekolah, tentu banyak adjustment perlu dibuat.

Bang Chik meneruskan pengajian di bidang tahfiz di bandar yang kami huni skearang.

No comments: