March 17, 2003

Everyone Can Fly...



Setelah berada hampir dua minggu di Kuala Terengganu, semalam PokNeng mengiringi PakTua pulang ke kampung halaman. Memandangkankesihatan Pak Tua yang agak tidak mengizinkan perjalanan selama hampir lapan jam dengan menaiki bas, PokNeng telah menempah 2 keping tiket menerusi AirAsia untuk ke KLIA. Tempahan dibuat terus dari rumah mengggunakan kemudahan internet.

"Kau dah beli tiket ke belum? tanya Pak Tua.
"Dengan adanya Internet, tempahan boleh dibuat tanpa meninggalkan rumah" jawab PokNeng kepada beliau.

Keesokan harinya, bila terbangun dari tidur, PokNeng perasan ada pesanan "SMS" di telefon.

"URGENT:AIRASIA FLIGHT AK6XX KT-KLIA A 16AMAR03 RETIMED TO 1X.XX AM.
PLS CALL 03-76512222.THANK YOU.

Penerbangan pagi itu ditangguhkan ke masa yang baru. Mujur juga. Kalau tak, puas juga tertunggu-tunggu di Lapangan terbang - walaupun jaraknya tak begitu jauh dari rumah.
Ini merupakan pengalaman pertama PokNeng menggunakan penerbangan AirAsia. Masa Check-in, hanya perlu tunjukkan kod tempahan dan juga kad pengenalan.. Free sitting.Tiada nombor kerusi diberikan. Disebabkan menemani PakTua, PokNeng dinasihatkan supaya duduk di bahagian hadapanBoarding lebih awal bersama-sama penumpang kanak-kanak dan golongan kurang upaya. Memasuki pintuk pesawat, terus ke kerusi paling hadapan. Kalau pesawat MAS..tu barisan Kelas Pertama. Cuma bila duduk depan ni, ada satu aja yang kurang enak. Maklumlah pakaian pramugari yang serba merah tu agak kurang kainnya. Masa berlepas dan mendarat, depa dok duduk berdepan dengan penumpang barisan pertama. Terpaksalah menyibukkan diri membaca majalah yang disediakan.

No comments: