March 08, 2003

Setelah hampir sebulan tinggal di asrama, semalam Pokneng,Mek dan acik menziarahi Kak Long di KB. Angah dan Alang tak dapat ikut sama kerana masing masing ada tuisyen. Perjalanan memakan masa kira-kira 2 jam 15 minit. Ikut jalan pantai. Dari KT melalui Penarek, Besut, Tok Bali dan Bachok. Walaupun agak jauh, tapi Pokneng seronok melihat suasana di kiri dan kanan jalan. Terutamanya melihat rumah-rumah bungalow yang baru di bina. Cantik-cantik dengan warna cat yang pelbagai. Yang paling ketara dan banyak kelihatan adalah yang dicat kuning, beratap merah.Walaupun ada rumah-rumah yang agak daif, namun banyak kawasan perumahan baru yang dibina.

KakLong nampak gembira dengan kedatangan kami. Mengadu jadual belajar begitu ketat dan laju.Banyak kerja rumah. Tapi masih boleh "cope". Makan pulak...sedap. Alhamdulillah.



Kami kemudian mengambil kesempatan untuk ke Pantai Cahaya Bulan. Kali pertama ke sana. Pantai tidak begitu sibuk. Sempat juga Mek membeli beberapa helai T-Shirt untuk anak-anak..RM10 sehelai. PokNeng pula mengambil kesempatan membeli kain pelikat..RM10..(ehhmm...murah)..kalau jenis yang sama di KT...RM15-18..kat KL..RM22-25.

Jam 530 petang kami pulang ke KT.

Hujung bulan nanti, InsyaAllah KakLong balik sendiri menaiki bas bersama rakan-rakan.

No comments: