May 24, 2002


Dalam penerbangan balik ke Terengganu, pokneng duduk di bahagian tepi tingkap. Kerusi tengah, seorang budak lelaki yang pokneng dapat tahu dari perbualan kami berada dalam darjah enam. Emaknya di kerusi depan kami. Selesai membaca suratkhabar, pokneng menghulurkan pada budak lelaki itu yang nampaknya berminat untuk membacanya. Beberapa ketika kemudian pokneng mendengar beliau bertanya kepada ibunya menerusi celah kerusi.

"maam, what m..o..l..e..s..t..i..n..g..mean?" tanyanya dengan mengeja perkataan yang baru dilihatnya itu.

Sambil itu dia menghulurkan suratkhabar yang dibacanya itu kepada ibunya.
Ibunya lantas mengambilnya. Budak lelaki itu terus menunggu jawapan ibunya. Mungkin tak sabar menanti, dia bertanya lagi.

"maam, what m..o..l..e..s..t..i..n..g..mean?, I want to know"

Ibunya terus leka membaca suratkhabar tersebut tanpa memperdulikan pertanyaan anaknya itu.

Lama lepas itu, dia bertanya lagi. Apa yang pokneng dengar ibunya hanya berkata "wait...".

Akhirnya kapalterbang pun mendarat. Mungkin tak sabar untuk mengetahui jawapannya, sewaktu penumpang sudah mahu bergerak turun, budak itu terus bertanya ibunya dengan mengulangi soalan yang sama. Kali ini ibunya agak berang dan memberitahu anaknya dengan nada yang agak sinis. Mungkin memberitahu anaknya untuk menanti masa yang sesuai untuk menjelaskan persoalan anaknya itu dan tentunya tidak sesuai untuk menerangkannya di khalayak ramai.

Sesungguhnya menjadi tugas dan tanggungjawap ibu-bapa untuk menerangkan hal-hal yang sulit terutama berkaitan dengan seks dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya kepada anak-anak remaja mereka. Pokneng pun kalau dalam situasi tersebut, susah juga nak menerangkannya. Terfikir juga nak membantu..tapi..biarlah ibunya sendiri yang menerangkannya. Perlu juga kita mempelajari teknik dan strategi untuk menerangkan hal-hal tersebut kepada mereka. Apatah lagi dalam membincangkan perkara tersebut tersebut seolah-olah macam taboo dalam masyarakat Melayu.

PokNeng: Banyak lagi yang kena belajar ni...

No comments: