May 16, 2002

Yahooo...nak balik rumah....

Pokneng bangun awal pagi hari ni...jam 4.45 pagi dah tersedar dari tidur. Terus capai berus gigi dan mandi sunat Hari Jumaat. Kan hari ni hari Jumaat. Lepas solat sunat, sempat baca Yaasin.

5.45 pagi ..terus bergegas ke Masjid KLCC yang berhampiran dengan apartmen tempat pokneng menginap. Jemaah macam biasa... lebih kurang 15 orang. Kerana hari ni hari jumaat, Imam akan membaca Surah As-Sajadah pada rakaat pertama. Selesai 15 ayat yang pertama dibaca ..terus sujud...ooooh syahdunya..di keheningan pagi hari yang mulia ini dapat menghambakan diri ini kehadrat Allah s.w.t. Syukur ke hadrat Allah kerana masih memberikan waktu untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini.

Jam 6.30 pagi..selesai bersolat....terus bergegas ke apartmen. Sempat menyambar suratkhabar...Alhamdulillah skuad Piala Thomas Malaysia berjaya mengalahkan China 3-1. dan tentunya masuk ke final. Pokneng sempat juga melihat ketangkasan Hafiz bermain. Tahniah untuk mereka semua. Tentunya Malaysia BOLEH. Usahakan untuk mengusung balik Piala Thomas ke Malaysia tahun ini.

Lepas membelek-belek suratkhabar...pokneg perlu berkemas..melipat pakaian yang telah dipakai sepanjang minggu untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian.

Selesai berkemas...turun ke lobi apartment untuk check-out.
Lepas check-out, bersarapan di coffee house. Selesai mengalas perut seadanya...berjalan kaki menuju ke pejabat.

Pokneng: Yahooo..nak balik dah. Rindu sungguh rasanya ngan Mek, Kak Long, Angah, Alang dan Acik.


No comments: