May 12, 2002

Perjalanan Dari KL ke KT

"Kami mengalami kes kecemasan. Kami meminta sekiranya ada doktor dikalangan penumpang tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan. Terima kasih"

Begitulah antara lain bunyi pengumuman yang pokneng dengar sewaktu kapalterbang dijangkakan berlepas. Ooooh...delaylah nampaknya flight kali ini.

Alhamdulillah, seorang wanita bertudung yang duduk jaraknya beberapa kerusi dibelakang bangun dan bergegas ke bahagian hadapan kapalterbang. Doktor lah..tu...

Hampir 15 minit kemudian, doktor tersebut kembali ke tempat duduknya. Sibuk juga penumpang lain bertanya. Pokneng tak berapa dengar bunyi perbualan mereka. Tapi pokneng pasti..tentunya...doktor tu tak akan bercakap banyak...etika perubatan menghalang seorang doktor dari memberikan maklumat perubatan kepada khalayak ramai.

Perjalanan ke Kuala Terengganu memakan masa 45 minit. Penumpang hanya dihidangkan dengan minuman jus.

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tepat jam 8.30 malam.

Mek dan acik setia menunggu di sana. Acik demam...panasnya kejap hilang kejap datang. Selsema lagi...kesian dia. Alhamdulillah Mek dah bawa berjumpa doktor. Nampaknya penting betul peranan seorang doktor dikalangan kita ini.

Kepada para doktor, teruskan usaha murni anda. Sesungguhnya bakti murni anda semua amat diperlukan.

Esok di suratkhabar..baru pokneng tahu siapa yang mengalami kecemasan tersebut...seorang pemimpin terkenal di negara kita ini.

PokNeng: Dulu ada juga bercita-cita nak jadi doktor...tak kesampaian.

No comments: