May 12, 2003

13 Mei 1969


"Nah...abang kena pergi report duti kat Port Dickson ...curfew" kata ayah pada Emak.
Aku termangu-mangu...Ayah nak gi Port Dickson..kita nak berkelah kat pantai ke...kurfew tu apa mende?
Itu lah antara yang masih aku ingat bila tarikh 13 Mei setiap tahun berlalu.

Ketika itu aku baru sahaja masuk Darjah Satu. Ayah yang menyertai Pasukan Askar Wataniah diminta melaporkan diri ke Kem Si Rusa, Port Dickson. Tinggal aku, dan adik-adik di temani oleh Mak. Ayah pergi dengan menaiki motosikalnya.
Waktu itu kami sekeluarga tinggal di sebuah estet getah tidak jauh dari kampung ayah di Selandar. Sebelah petangnya, Pak Ulong Yaasin (Allahyarham) datang menjemput kami sekeluarga pulang ke rumah beliau. Beliau merupakan guru silat sendeng di kampung. So kami sekeluarga tak risau sangat keselamatan kami sepemergian ayah ke PD.


No comments: