May 03, 2003

Berenang di Lautan Cetera...



Tiga hari cuti panjang telah berlalu.Cuti sempena Hari Pekerja. PokNeng menghabiskan masa dengan membaca sebuah buku berbentuk autobiografi yang ditulis sendiri oleh penulis Allayharham Maaruf Mahmud sewaktu beliau dilantik menjadi Karyawan Tamu DBP. Beliau merupakan seoarang penulis buku kanak-kanak yang tak asing lagi kerana antara hasil karya beliau - Anak Din Biola telah dijadikan teks rujukan Tingkatan Satu sekolah menengah ketika ini.

Membaca biografi tersebut, membawa diri menyusuri peristiwa dan pengalaman beliau sewaktu Tanah Melayu di zaman penjajahan, zaman jepun dan selepas kemerdekaan. Melihat gambar "Buku Biru" yang diberikan oleh bapa beliau, teringat PokNeng diari yang ditulis oleh bapa seorang penyair British yang terkenal dengan Puisi Bunga Daffodil - William Wordworth di Lake District, UK sewaktu melawat rumah penulis tersebut beberapa tahun lepas. Catatan didalamnya amat lengkap - dari lahirnya William...perbelanjaan persekolahan anak-anaknya dan berbagai lagi. Terlintas di benak PokNeng ketika itu, bangsa melayu tak mungkin ada yang membuat catatan seperti itu kerana budaya menulis tiada dalam budaya mereka apatah lagi untuk mencatat dengan teliti rakaman kejadian kehidupan mereka. Namun telahan itu terjawab dengan sendirinya apabila melihat "Buku Biru" Almarhum Cikgu Mahmud tersebut.

Rupanya catatan-catatan tersebut merupakan satu pemberian yang tidak ternilai harganya kepada anak-cucu beliay. Bagi Penulis Maaruf, beliau menggunakan Buku Biru catatan al-marhum bapa beliau untuk menyusur keturunan beliau serta mengetahui sejarah kehidupan beliau sewaktu kecil. Selanjutnya menggunakan buku tersebut untuk menulis autobiografi bapa beliau sendiri - Harimau Guru Malaya. Catatannya juga menjadi rujukan kepada sejarah awal kepada penubuhan UTM.

"During the Japanese occupation, it underwent a name change to Technical College, and was known as �Shihan Gakko� then at its High Street (now Jalan Bandar) premises. It was headed by a Mr. Arimoto and assisted by Mr. N.A.K. Nair who in 1958 became it principal."

Tak mustahil juga catatan-catatan yang dibuat oleh Geng-geng Jurnal dapat berfungsi seperti itu, apatah lagi dalam masa 30-40 tahun akan datang.

No comments: