May 17, 2003

Cuti-cuti Malaysiaaa...

Kami sekeluarga menghabiskan cuti panjang - Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Hari Wesak di kampung. Masa dua hari di habiskan dengan perjalanan dan juga mengecat rumah baru yang sedang PokNeng bina di kampung.

Jumaat, 16 Mei.
Hari Guru... Selamat Hari Guru untuk Mek...dan juga bekas-bekas guru yang pernah menabur bakti mengajar kita semua mengenal erti kehidupan dan peri pentingnya ilmu.
Terima kasih tak terhingga buat Cikgu Thaibah, Cikgu Norehan, Cikgu Azman, Cikgu Kamariah, Cikgu Jamaliah, Puan Norma, Mrs Palanisamy dan ramai lagi individu cikgu yang menerangi kehidupan ku selama ini. Semoga ilmu yang di curahkan akan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan dan kesejahteraan ummat manusia mendiami dunia ini.

Untuk meneruskan cita-cita menambahkan ilmu, kini melangkah ke alam persekolahan semula...tapi kini di peringkat kedoktoran..hari ini merupakan hari perjumpaan pertama kali dengan penyelia kajian PhD - Dr AR. Berdasarkan proposal asal, beliau mencadangkan agar dibuat beberapa pendetailan terhadap skop kajian, soalan kajian dan juga isu-isu yang akan dikaji. Masa seharian dihabiskan di kampus universiti.

Sabtu, 17 Mei.

Awal pagi telah bertolak pulang dari rumah. Perjalanan yang jauh mengambil masa hampir sembilan jam. Ini termasuk berhenti untuk "brunch" di Kuantan dan juga berehat (tidor..sebentar) untuk mengelakkan dari mengantuk semasa memandu. Alhamdulillah selamat sampai ke KT sekitar jam 4 petang.

Jam 5 petang bersiap untuk memenuhi jemputan jamuan kenduri kahwin salah seorang GJ..Kaezrin....Mek tak dapat ikut kerana keletihan dek pejalanan yang jauh. Hanya Acik sahaja yang nak mengikut..menemani PokNeng.
Dengan berpandukan peta yang terdapat dalam kad jemputan, kami sampai di perkarangan rumah besar keluarga Elin...para tetamu tidak berapa ramai ..maklumlah...dah dekat jam 6 petang..."waktu kecederaan untuk bertandang"...nampak pasangan pengantin sedang sibuk berposing..sessi fotografi di halaman rumah. Kami disambut mesra oleh Elin dan suami serta ayah pengantin... hanya maaf dipinta kerana agak lewat sampai..tak berkesempatan bertemu rakan-rakan GJ yang menurut Elin telah datang lebih awal...Sebelum menjamah hidangan.. meminta jurugambar PokNeng...Acik mengambil gambar PokNeng bersama pasangan pengantin baru...ni lah hasilnya...


Selamat Pengantin Baru...Elin dan Jazz

No comments: